Sebelum apa – apa aku nak ucapkan terima kasih lah kalau confession ini terkeluar dalam timeline nanti. Lagipun ini pertama kali lah aku nak buat confession kat IIUM ni, bukan pelajar IIUM. Dulu-dulu aku buat confession kat forum cari. Tapi hati aku sakit sangat ini, walaupun aku dah sujud dah redha ini hukuman dan Allah nak tegur aku melalui scammer lahanat tu.
Straight to the point aku ni suka sangat travel, cakap lar ceruk mana yang tak pernah pergi, setiap bulan mesti ada tempat aku plan. Dan aku ini akan plan dari awal tahun. Contoh: 2017 sampai bulan Ogos 2017 aku dah full planner, yer aku merancang Allah yang tentukan. Berbalik kisah aku ini, dalam pada dok survey tiket flight murah terjumpa lah satu posting ni dalam Facebook. Ticket Murah massyallah terbeliak lah mata aku ni selalunya aku akan survey dulu testimoni, search kat internet keujudan company ni, cari no contact etc etc.
Entah kenapa hari itu, hari yang malang aku macam terpukau *ibarat, terus jer aku bank in bagi details semua ya total tak sebesar mana bagi korang MYR 441 – 3 orang punya ticket flight ke Lombok. Percaya tak??! Kalau ikut akal waras aku memang tak percaya tapi tu lah Allah punya kuasa nak tegur sifat tamak aku. Tanpa fikir panjang aku bank in MYR441 ke scammer durjana tu.
Lepas bank in aku macam berdebar-debar, scammer tu diam tak balas whatsapp apa-apa, tiada resit, tiada notis pembayaran, and aku tersentak mana dia flight time, scammer tu jawab 3 minggu sebelum tarikh baru dapat flight details. Masa tu aku dah CONFIRM memang sah lah aku kena scam!
Aku apa lagi bertalu-talu aku whatsapp dia, hanya di balas 3 minggu sebelum dapat flight ticket.. Argh! malunya wei aku selalu pesan kat kawan-kawan jangan percaya online, aku baru jer gelak sorang kawan aku dia beli handbag online kononya murah alih-alih bila dapat parcel its a FAKE GRED AAAAA and harga bag tu kurang 500 jer dari original .. Allah tegur aku sekejap jer., aku gelakkan orang Allah bagi aku rasa mcam mana kena tipu dengan scammer. sakit betul hati.
Aku immediate call bank, aku bayar thru debit card, bank jawab aku “kita tak tahu puan betul ke orang tu scammer kita tak boleh buat apa-apa, lagipun puan yang bank in dengan kerelaan hati” aduss! aku rasa nak tumbuk jer dinding masa tu. sakit hati weih! memang mengelabah lah. 1-2 hari aku memang sedih gila kesian laki ngan anak, bila laki tanya aku kata kerja banyak kat office. Padahal bini dia yang sangat alert pasal penipuan ni kena tipu sayang oiiii!
Ya, aku tak bagi tahu sesiapa pun termasuk laki sendiri.. so aku tunggu 28 November 2016 if betul 3 minggu sebelum aku akan dapat ticket if not, memang burn lah duit aku tu. Kesimpulannya di sini apa yang kita rasa kita tak akan kena, tak akan di tipu jangan cakap besar sangat, jangan mendabik dada kononnya tahu semua ,kerana tak ada yang paling berkuasa melainkan Allah.
Lepas tu, aku doa banyak-banyak, buat solat taubat, salah sendiri aku yang tamak, aku yang salah aku yang tak buat research. Aku redha.
Kesan kepada aku besar, sebab aku tak sangka senang juga aku di tipu, hanya sekali baca iklan terus aku pi bank in. Tapi aku redha sebab Allah tegur aku cara ini. Untuk korang di luar sana ramai manusia yang makan duit cara begini, Please be alert aku sebenarnya tak tahu cara macammana nak dapatkan duit tu balik, Sedangkan report polis tentang bini and anak kena pukul laki pun polis tak layan inikan if aku buat report kena tipu MYR 441 silap-silap report aku masuk tong sampah.
Terima kasih lah korang sudi baca sampai sudah.
– Travelina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment