Friday, 25 November 2016

Pandangan Pelajar Ini Ubah Persepsi Mengenai Exam

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini aku ada pernah post sekali kat page ni, sekarang aku nak kongsikan sekali lagi pendapat aku , Hehe.

Aku nak share mengenai perangai-perangai student spm bila dah nak dekat spm ni, sejak exam bermula sekolah beri kebenaran utk budak berulang stay asrama sehingga tamat exam.

Dulu masa aku pt3, ustazah banyak nasihat kat kami murid-murid tentang exam dan usaha ni sebab ustazah perasan, murid banyak usaha mati-matian bila exam dah nak dekat and bila dah abes konsep ‘tawakkal’ hilang. Rasanya ramai pernah dengar kot mengenai konsep ‘DUIT’ kan? Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.

Ini beberapa tips untuk aku As budak kelas belakang yang jenis malas nak study, tips ini aku dapat sendiri drpd ustazah selepas dia tahu mengenai result pt3 aku yang teruk. Dia sendiri yang kasi tips semua ni dan sejak aku amalkan tahun lepas, Alhamdulillah pelajaran aku Agak memberangsangkan. Hehe.

1.Elakkan tidur selepas subuh.
Kalau bolehlah, As student pastikan elak tido lepas subuh. Sebab apa? Sebab time ni otak kita tengah segar nak terima benda baru, kalau bangun pukul 5 pagi, selepas tahajud , study sampai subuh. Then lepas subuh pergi ambil angin pagi segar kat luar, serius hari tu rasa bertenaga bila masuk nak study semula. Takpayah nak study straight terus, study 15minit then berhenti, lepastu sambung semula. Kalau boleh berhenti study sebelum pukul 12, and tidur sekejap sebelum zohor.

2. Cara study
Ini yang paling penting antara semua, cara study memainkan aspek utama ketika belajar.

Kalau lepas periksa form 3,cikgu-cikgu akan kenalkan ujian belajar apa ntah utk kenal pasti cara and belajar, boleh jugak ambil test melalui internet, pastikan jawab betul-betul. Sebab otak setiap orang tak sama, ada yang cara study dia melalui gambar, melalui tulisan dan note kecil warna-warni, melalui imaginasi dan macam-macamlah.

Jenis aku, aku lebih suka buat study plot dalam bentuk cerita (selalunya org yang cara study sama dengan aku ni, dia lemah subjek sains&matematik sebab dua subjek ini memerlukan kefahaman dan kurang memerlukan logik akal) aku akan sediakan fail khas utk setiap subjek, and mula lukis satu persatu note yang aku faham.

Then selepas bebetul faham, buat latihan bab tersebut yang kita buat nota tu tanpa rujuk nota.

Itu mengikut cara study aku ynag jenis lemah dalam subjek math&sains. Kalau dua subjek tu, aku hanya buat latihan dan rujuk kawan. Huhuhu.

3. Solat celup-celup
Ini yang paling penting, adalah sorang kawan aku ni, dia dari kelas lain aku panggil dia elly. Dia ni budak pandai tapi ramai yang tak suka kat dia ,aku pun taktau sebabnya, dulu Amy yang kawan baik aku tu pernah bagitau sebab apa tapi aku tak berapa nak ingat then bila dok asrama ni kebetulan Allah tetapkan kami stay satu dorm. Dari situ aku kenal perangai si Elly sikit-sikit.

Aku tengok si elly ni, sebelum exam tu bukan kemain nak nampak dia solat tu punya susah (taktaulah kalau dia tetiba solat atas bumbung) then, waktu exam tu siap ajak aku jemaah bagai, haaa. Suruh aku kejutkan dia pukul 5 tapi dia tak bangun pun, buat menyakitkan hati je kejutkan dia ni.

Then bila abes exam semalam, balek balek dorm mandi apa semua terus tido sampai pagi tadi. Solat zohor, asar, maghrib, isya’ dan tak se’istiqamah’ macam sebelum ni. Aku perasan ni pun sebab iyelah, sebelum ni dia yang beriya ajak jemaah sampai aku kacau aku, bila aku kejut dia, alasannya abc. Takmau kata apa, sebab rasanya baru semalam dok cerita cakap ada masalah hormon bagai.

Inilah yang aku nak kasi contoh, berusaha ketika exam je tpi tak amalkan sampai bebila. Aku bukan nak kata aku ni hebat atau alim sangat. TAKK! Aku sendiri pernah gagal, tapi takkan la nak gagal terus kan? Nak jugak budak kelas belakang macam aku ni rasa jugak ‘berjaya’ tu apa. Tapi cara nak berjaya tu salah!

Kita berusaha utk cemerlang dalam exam ketika exam dan hilang lepas exam. Dah hilang konsep tawakkal tu.

Ustazah pernah cakap, kalau ditakdirkan tuhan ‘result’ kita yang sepatutnya gagal tu entah-entah Allah bukakan hati si pemeriksa kertas utk luluskan. Selagi result tak keluar, selagi itu konsep tawakkal takkan berhenti. Jangan berhenti berdoa dan mengharap.

And bila aku fikir semula, sepanjang aku amek exam ni, aku terbayang semula diri aku waktu sebelum masuk form4 dulu.

Aku tak lepas fikir yang sebenarnya ujian Allah itu jauh lebih mencabar drpd ujian sekolah ni. Ujian nafsu sebagai seorang student.

Ujian nak belajar tu yang paling mencabar antara semua, ada hp la, tetiba novel yang hilang muncul semula, tetiba mak bukak TV nak tengok berita, tetiba adik datang ajak main, semua tetiba la .hahaha.

Kalau masa nak berjaya tu dah ‘stuck’ tengah jalan macammana kita harungi dunia Ipt pulak kan? Masih jauh perjalanan kita sebagai student, dan gelaran student itu takkan berhenti sampai kita mati.

So, untuk adik-adik yang bakal harungi spm untuk tahun hadapan, aku nasihatkan study lah elok-elok. Yang penting hormat kat guru tu paling penting.

Guru tu sebagai ibu bapa kedua kita , kalau boleh sporting la dengan cikgu walaupun cikgu tu garang sekalipun, jangan kutuk belakang kat cikgu. Ingat senang ka cikgu nak jaga anak-anak ular sawa yang tak reti nak duk diam-diam sekaligus? Hahaha, ayat cikgu fatimah.

Okaylah, sampai disini sahaja perkongsian aku rasa nak share. Tolonglah doakan agar result aku cemerlang untuk aku.

Tak kisah berapa ‘A’ yang kita peroleh tapi yang penting A yang utama adalah Allah. -Komik Misi Straight A karya Afiq&Nazry.

Yang penting tak kisahlah berapa A yang kita dapat, kalau boleh time doa tu kan, doa agar bila kita dapat result, result tu yang terbaik utk kita.

Ada je, yang dapat 3A-5A time spm tapi sekarang berjaya.

Bukan maksud aku, orang yang dapat 10A,11A tu tak berjaya takk! Maksud aku, even nanti bila dah dpt result tapi hasilnya tak seperti yang kita jangkakan, jangan sekali ragu dengan aturan Allah. Kita tak tahu apa perancangan Allah masa hadapan, mungkin lebih indah drpx apa yang kita jangkakan bukan?

Try baca surah albaqarah ayat-216. Hehe.

Okaylah, terima kasih kepada admin sekiranya sudi siarkan sekali lagi saya punya perkongsian ini.

Terima kasih semua, Assalamualaikum .

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.