Thursday, 3 November 2016

Tip Untuk Para Isteri Jaga Kecantikan

PengakuanKu

Assalamualaikum & hellooooo semua. First of all aku bukan student uia, cuma pengikut setia page ni je. Bosan lak aku sorang kat rumah, bini outstation. Jadi aku ingat nak share benda yg bagi aku mungkin boleh membantu isteri2 diluar sana sebab lately asyik nampak post pasal isteri tak lawa buat suami cari makan luar, suami kedekut taknak bagi duit kat bini sebab tu bini tak cantik mcm sebelum kahwin. So meh aku cerita sikit apa yg aku tengok bini aku amalkan sepanjang 6 tahun perkahwinan kami. Aku pernah suruh bini aku share tapi dia kata malas nak taip panjang2. Heheh

1. Berbekam di muka

Biasa dgr berbekam kat belakang or kaki je kan. Bini aku ni pulak bukan setakat belakang je ! Ngan muka2 dia sekali dia bekam, sebulan sekali. Lepas je bekam tu mak aihhhh, merah sana sini, bengkak sana sini. Tapi beberapa jam kemudian surut lah bengkak tu. Nak hilang merah betul2 kena tunggu 2-3 hari tak silap aku. Tapi kesan dia fuhhhh ! Putih berseri muka bini aku. Kalau ada jerawat cepat je hilang. Bangun pagi pun cantik comey je aku tengok. Berbaloi2 kesakitan masa berbekam tu. Nak tau lebih lanjut encik google ada.

2. Minum jamu kunyit homemade

Bini aku minum jamu kunyit setiap pagi sebelum breakfast. Dia kata dia amalkan since dari anak dara lagi. Tak pernah miss ! Kecuali masa dia tgh pregnant. Dia kata untuk bagi sihat dalaman sebab kalau dalaman sihat luaran mesti cantik. Kesan dari jamu kunyit ni ? Bini aku jadi superwoman. Tak liat bangun pagi, tak mudah penat. Balik dari kerja terus masak, lepas tu cuci baju, kemas rumah, layan kerenah anak lagi. Ishhh aku pulak yg penat tgk dia. Korang jgn kata aku tak tolong lak tau. Aku tolong dia potong ikan potong ayam, mop lantai, sidai baju. Hehehe. Makcik yg jual jamu kunyit ni kata, elok utk awet muda jugak. Mmg betul ! Bini aku tahun ni 36, tapi demi Allah, org yg tak kenal dia ingat dia baru umur 20 an. Bangganyaaaaa aku. Skrg ni aku pun dah start minum air kunyit tu kdg2 je la. Hari2 tak sanggup lah. Rasa dia…..erkkkkkk.

3. Minum plain water 2-3 liter sehari

Mmg kuat minum air bini aku ni. Sejam sekali pegi toilet. Aku yg rimas tengok weh ! Tapi kesannya ? Aku tengok bini aku ni susah nak sakit. Pening kepala ke, demam, flu, batuk memang susah nak kena. Kulit pun tak berkedut. Aku ni dah nampak dah garis penuaan tu.

4. Bedak amoi

Sebelum tido atau kalau duduk rumah je, bini aku akan pakai bedak amoi yg segiempat tu. Yg ni aku tak pasti apa kebaikan dia. Tapi bini aku cakap dr kecik nenek dia suruh guna bedak tu. Takde bahan kimia katanya. Aku tak pernah lak tanya details. Tapi bila bangun pagi, bini aku tetap lawa masya Allah ! Takde minyak2 pun. Ni pun aku kdg2 pakai kalau rajin.

Tu je so far yg aku tau n ingat. Mungkin ada jugak benda lain yg bini aku amalkan. Tapi, tak pernah inject/makan vit c, kolagen, botox bagai tu. Tak pakai skincare mahal, pakai safi je. Alhamdulillah selamat duit aku hehe. Cuma brg makeup dia lah mahal sikit dia pakai mac. Sebab dia kata tahan lama pastu sesuai ngan kulit dia. Aku tgk bedak mac dia tu tahan sampai 2-3 bulan. Ni dia beli guna duit sendiri hehehe. Aku bukan kedekut, tapi dia sendiri yg taknak aku belikan.

Kesimpulannya, takdelah perlu kos yg mahal2 nak jaga kecantikkan ni aku rasa. Mungkin lain org lain effect. Tapi aku rasa stop la fikir kalau takde duit, tak cantik. Cuba cari alternative lain. Mcm bini aku, dulu jerawat dia teruk sangat. Mcm2 produk pakai. Last2 dia fedup, dia start pegi berbekam badan n muka, lama2 licin lembut berseri mcm sekarang ! Aku rasa dah 2 tahun gak la dia amalkan bekam tu. Dia jugak amalkan petua tradisional. Walaupun kesan lambat, tapi mmg skrg jerawat susah nak tumbuh kat muka dia.

Kalaulah aku boleh share gambar isteri aku, mesti korang tak caya dia dah nak masuk 36. Bukan nak angkat bakul, tapi memang kenyataan.

Semoga membantu. Selamat mencuba !

– Suami yang bangga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.