First, terima kasih kepada admin sekiranya penulisan aku ini dipublishkan. Aku merupakan seorang pelajar master di salah sebuah IPTA tempatan dan kisah yang bakal kalian baca ini merupakan satu pengalaman mistik yang aku sendiri lalui di tempat aku belajar. Aku tinggal di hostel. Disebabkan aku ni pelajar postgrad, aku memang jarang balik rumah kerana banyak kerja berkaitan dengan thesis aku. Lagipun, aku kerja part time jadi research assistant. Jadi, aku jarang balik sebab aku tahu kalau aku balik rumah, of course la kerja tak berapa sentuh.
Semester berjalan seperti biasa sehinggalah cuti midsem dan aku tak balik, duduk bilik di hostel je. Hostel aku ni pun sunyi la sebab budak2 undergrad balik. Tapi, dalam sunyi2 tu, aku rasa lega sikit sebab di blok postgrad ni, ada jugalah yang tak balik bercuti. Dan lagi melegakan bila aku dapat tahu jiran sebelah bilik aku tak balik. Aku ni rajin juga lah bertegur sapa dengan jiran2 terdekat bilik aku ni. Kiranya, takdelah nak rasa creepy sangat bila dapat tau ada jiran terdekat yang tak balik. So, satu hari masa cuti midsem baru bermula beberapa hari, aku keluar dan balik bilik dalam pukul 8pm camtu. Aku perasan jiran sebelah bilik aku ni dia nak keluar, dia cakap ada kenduri.
Selepas solat isyak, aku pun mengaji. Time tu, baru aku perasan. Dah seminggu lebih aku tak mengaji. Terasa teruk benar diri. Aku pulak masa tu baru sedar diri yang aku ni selalu come up dengan excuses untuk diri sendiri bila2 aku rasa nak mengaji. Kalau lepas subuh aku nak ngaji, aku cakap kat diri sendiri “ah, lepas zohor lah”. Lepas zohor pulak nanti aku cakap lepas asar lah. Dan benda tu berlanjutan selama seminggu lebih. Sehingga lah malam tu.. Alhamdulillah, aku tersedar diri juga. Aku pun mengaji surah al-Mulk. Ntah kenapa, malam tu aku rasa aku mengaji guna suara extra kuat pulak. Mungkin sebab excited dah seminggu lebih tak ngaji. Mungkin lah.
Malam pun terus berlalu.. sampai lah pukul 11 pm, aku perasan jiran sebelah bilik aku ni tak balik lagi. Aku ni bukan busy body, tapi penakut tu ada lah sikit. Dalam hati, aku berharap dia balik cepat. Aku taknaklah nanti bila nak tidur, takde orang langsung berdekatan dengan bilik aku. Dalam pukul 11.45 pm, jiran aku tu pun balik. Aku tahu sebab aku dengar bunyi kunci, orang nak bukak pintu dan aku dah kenal bunyi pintu bilik dia. So, aku pun rasa lega lah sikit. Dalam pukul 12 am tu, aku pun bersiap-siap nak tidur. Kemas apa yang patut. Tutup lampu dan baring atas katil.
Aku pun bacalah ayat kursi dan al fatihah. Inilah bacaan aku yang selalu aku amalkan sebelum tidur, tak kisahlah tidur siang pun, aku akan baca sebabnya aku perasan, pantang tertinggal, layanlah mimpi ngeri/pelik2. Selesai bacaan tu, aku pun layan mata. Hampir terlelap ni, tiba2 aku dengar bunyi orang bilik atas aku ni macam hentak kaki/melompat. Aku tak sure lah dia hentak kaki atau melompat tapi kuat lah bunyinya. Aku duduk aras dua. Blok aku ni ada tiga aras. Sepanjang aku duduk sini, tak pernah2 pulak orang atas aku ni hentak kaki kuat2 ke apa. Pendek kata, orang yang duduk bilik atas aku ni, tak banyak bunyi la.
Aku pun sebenarnya tak tau bilik atas aku ni penghuninya ada ke tidak masa cuti midsem ni. Takde la sampai aku nak round satu blok nak tengok sapa tak balik cuti. Bunyi hentak kaki/melompat tu diikuti dengan bunyi seretan kerusi. Bunyi tu berlanjutan jugalah dalam 5-10 minit. Aku ni nak bersangka baik. Aku pun cakap lah kat diri sendiri “Oh budak atas ni mungkin tengah buat senaman burpees. Agaknya dia terlalu menyesal tak exercise masa siang hari sampai sanggup gigih bersenam tengah2 malam” Well, we never knew kan and siapalah aku nak judge dia kalau dia nak bersenam tengah malam pun. Kalau kalian tak tahu burpees tu macam mana, boleh la refer di youtube.
Akhirnya bunyi tu berhenti dan aku pun tidur. Esok tu aku bangun solat subuh dan entah kenapa hari tu aku ngantuk sangat, maka, aku pun tidur semula selepas subuh. Biasanya, aku tak tidur dah lepas subuh. Aku pun tak ingat aku baca ke tidak amalan sebelum tidur aku tu. Nak jadi cerita, time aku nak terlelap tu, aku rasa badan aku ni makin berat, macam daya tarikan graviti tu tiba2 jadi melampau sangat dan aku tak boleh bergerak. Nak buka mata pun susah. Aku pun cubalah gerakkan jari jemari aku dulu. Lepas tu aku cuba gerakkan kepala pulak.
Lepas kepala dan jari boleh digerakkan, aku pun cuba buka mata walaupun mata aku ni macam degil pulak, nak sangat pejam. Masa tu aku tidur hadap dinding. Dalam mata aku tengah buka tutup tu, time ni la aku freaked out sikit. Sebabnya aku nampak ada tulisan kat dinding aku. Penuh satu dinding, tulisan warna hitam, besar2. Tulisan tu pulak aku tak tahu tulisan apa. Aku tak pernah tengok. Tapi kalau nak describekan, huruf2 dia nampak macam huruf2 sanskrit. Cuma aku pun tak pasti betul ke itu tulisan sanskrit. aku cuba mendongakkan kepala. Tulisan2 tu ada jugak kat dinding belakang kepala aku. Yang buat aku rasa lagi terkejut, aku pandang tangan kiri aku.. tangan kiri aku kena rantai dengan rantai besi. Melilit-lilit rantai besi tu kat tangan kiri aku.
Aku pun dalam kepala macam, “Aduh apa pulak ni. Tak pernah kena lagi sampai macam ni”. Aku dulu masa kecik sampai sekolah menengah, aku memang boleh nampak macam2. Bila dah masuk U, kebolehan aku tu dah makin berkurang dan makin jarang nampak. Sepanjang aku duduk U yg aku belajar ni, ini lah pertama kali aku nampak benda pelik sampai macam ni. Selama ni pun kalau kena pelik2, dalam mimpi je. Tak nampak apa2 lagi kat U aku ni. Aku ni pun dah third sem, so aku assume U aku ni takde pape lah kot. Kalau ada pun, eloklah tak nampak (aku dah memang taknak nampak semua ni huhu).
Sambil bergelut nak bergerak tu, aku pun baca ayat kursi dan al- fatihah berulang-ulang dalam hati. Yela, tengah2 kena macam tu, suara tak boleh keluar pulak. Akhirnya, aku pun boleh bergerak. Masa tu tercungap juga lah sebab penat sangat dok melawan whatever it is yang aku lawan tu. Dan disebabkan terlalu penat, aku pun tidur semula. Serius penat, memang takda tenaga nak bangun.
Aku rasa lah, apa jua benda yg kacau aku malam dan pagi tu, aku agak dia marah sangat aku mengaji. Dah la aku mengaji kuat pulak kan malam tu. Jadi, pengajarannya di sini, apa-apa pun, kalian rajin lah mengaji. Paksalah diri mengaji. Aku pun sekarang ni still memaksa diri mengaji walaupun kadang rasa malas tu ada. Benda2 pelik dan ada niat jahat kat kita ni, benda2 ni tak suka kalau kita baca ayat-ayat Allah ni. Kalau yg selalu kena kacau ke apa, rajinkan diri mengaji. Paksa diri mengaji kalau malas pun.
Itu lah dia kisah yg aku nak share. Aku ni pun ada pengalaman dan tau makhlus halus yg ada niat jahat ni tak suka ayat-ayat Allah ni pun sebab dulu rumah aku penuh dengan benda2 pelik. Masa tu orang hantar sihir kat mak aku. Banyak pulak tu makhluk yang dihantarnya. bukan dua atau tiga. Jadi kalian kalau ada yg rasa diganggu tu, mengajilah selalu.
– levy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment