Friday, 25 November 2016

Verbal Bully Yang Sangat Kejam

PengakuanKu

Terima kasih admin published post saya. Baru-baru ni ada baca post pasal dikambing hitam oleh bos. Saya nak cerita kawan saya kene verbal bully oleh bos dia. Kita gelarkan je kawan saya tu cik B. Cik B ni kekurangan dia dari segi rupa tapi Allah tu adil, walaupun cik B kurang rupa tapi dia seorang yang jujur amanah. Tutur kata dia lembut sopan tak pernah marah tak pernah dengar pun dia menengking orang. Cik B belajar tak tinggi sebab datang dari keluarga susah. Tu serba sedikit background pasal cik B.

Dalam bulan 3 tahun ni, cik B kasi tahu dia dapat kerja di butik baju. Dia pun tak confident boleh dapat jawatan tu sebab dia tahu dia takde rupa tapi owner butik tu dah serik nak ambik orang cantik jadi sale girl butik dia. Bak kata owner kedai baju tu, muka cantik tapi tak pandai buat kerja tak jadi jugak asyik melepak dengan pakwe je depan butik tak jadi jugak. 2 bulan cik B kerja alhamdulillah semua ok. Peak time orang beli baju masa nak raya. Masa tu owner puji kaw2 cik B sbb dapat buat sale banyak. Tapi lepas tu semua berubah.

Lepas raya orang dah mula habis duit orang dah x membeli sangat. Sampai dalam 1 hari langsung tak ada sale. Nak salah kan staf pun tak boleh jugak kalau owner sendiri tak restock baju2 baru mcm mana nak promote pada customers kan. 1 hari tu cik B balik singgah dekat rumah dengan mata bengkak dan sembab. Boleh cam yang dia nangis. Dia cakap nak berhenti kerja sebab bos dia cakap macam-macam. Jarang tengok cik B nangis teresak-esak macam ni melainakn hal yang betul2 buat dia sedih.

Apa korang rasa kalau bos korang cakap macam ni:

“Sebab kan kamu ni muka buruk macam hantu tu yang orang takut nak masuk dalam butik dan sebab tu tak ada sale langsung”
“Kamu ni asyik kerja lepas tu berhenti macam tak ada masa depan”
“Saya tak kisah langsung kamu nak berhenti saya boleh dapat orang yang lebih baik dari kamu, kamu sorang berhenti 10 orang datang nak kerja dengan saya”
“Kamu duduk je dekat butik langsung tak buat sale tapi gaji dapat jugak apa lagi yang kamu nak?”
“Dapat bos yang baik pun tak reti nak hargai lagi”

Hari-hari ada je benda yang bos dia tak puas hati ada je benda yang nak dimarah. Sampai kan dia tak buat apa2 salah masih kene marah. Sale cuma rm200 kena marah takde sale lagi lah kena marah. Jadi hari tu cik B nekad nak berhenti kerja. Batu pun boleh retak apatah lagi hati manusia kalau tiap-tiap hari kena keji caci marah tanpa sebab.

Tercengang terkedu dengar cik B cakap satu-satu apa yang bos dia cakap. Allahhu. Bongkak sombong sungguh manusia sebegitu. Semoga orang semacam tu cepat2 sedar yang rezeki tu datang dari Allah bukan dari dia. Sekali Allah nak tarik setiap satu kesenangan dia sekelip mata Allah boleh tarik. Cik B sekarang trauma nak pergi cari kerja sebab terlalu berbekas dalam hati. Semoga cik B boleh recover dari kesan verbal bully ex-bos dia. Semoga Allah balas penganiayaan yang dia dah lakukan pada cik B dan juga sekiranya ada pada orang-orang lain.

– Kawan Cik B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.