Assalamualaikum admin dan kepada semua readers iium confession.
Typical headline, Thanks admin sebab sudi untuk approve confession aku ni. Hahaha
Sebelum ni, aku dah beberapa kali buat confession dekat sini. Alhamdulillah dapat sambutan yang agak baik daripada readers. Kebanyakannya memang curious nak tahu setiap detik dan saat saat kami sebagai perawat berusaha dalam menyelamatkan setiap nyawa yang berada dihujung tanduk. Thanks sebab korang sudi baca dan hayati setiap moment yang aku lakar dalam bentuk penulisan. :)
Confession sebelum ni aku tulis based on pengalaman aku masa berpraktikal. Tapi kali ni, berdasarkan pengalaman semasa aku bekerja. Sebelum tu, disebabkan aku dah tamat pengajian, sambil menunggu panggilan PPW yang masih tidak pasti bila tarikhnya, aku mengambil peluang untuk bekerja dibahagian perubatan kecemasan sektor swasta yang berpusat di sebuah pusat membeli belah. Pusat beli belah ade medical base? Rare kan? Memang rare. Siapa yang selalu berkunjung ke shoping mall ni je yang boleh jangka dimana. Hehe
Okey, Lets proceed. Pada hari kejadian, aku ditugaskan untuk bekerja pada shift sebelah petang. Setiap shift akan ada 4 orang staff yang mewakili 2 team. Satu team akan merespond kes dan merujuk ke hospital berdekatan sekiranya perlu, dan satu team lagi akan tinggal di base untuk standby jika ada kebarangkalian terdapat dua kes yang perlu direspond pada waktu yang sama. Kami juga mempunyai seorang doktor di base.
Kebiasaannya, waktu petang agak sibuk. Disebabkan ramai yang ingin membeli barangan keperluan mahupun kehendak. Shoping complex yang agak besar dan gah. Memang menjadi tumpuan. Lebih lebih lagi di hujung minggu. Untuk pemahaman korang, kami akan menerima panggilan dari staff di kaunter informasi sekiranya terdapat kes kes kecemasan yang perlu kami respond.
Semasa kejadian, kami baru sahaja melakukan pertukaran shift. Tidak sampai satu jam team kami masuk kerja, telefon bimbit yang menjadi penghubung antara medical team dan kaunter informasi berdering. Aku berpandangan sesama sendiri dengan kawan yang lain. Bahasa isyarat disampaikan hanya menggunakan riak muka sahaja. Aku menjawab panggilan itu. Sambil mengangguk dan mencatitkan beberapa maklumat berkaitan mangsa dan lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, seorang lelaki yang berumur sekitar 50an telah mengadu sesak nafas dan sakit dibahagian dadanya. Lokasi hanya dalam 500 meter dari base. Aku merupakan team yang menjadi first responder pada waktu itu. Aku memaklumkan pada partner (shahir) untuk prepare peralatan seperti stretcher, tank oksigen dan equipment yang lain. Seterusnya kami bergegas ke lokasi untuk memberi rawatan awal kepada pesakit.
Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di lantai dan beberapa orang berada di kelilingnya. Aku terus mendapatkannya dan memeriksa tahap kesedaran pesakit tersebut. Ternyata dia sudah tidak sedarkan diri. Di sisi sebelah kiri, terdapat seorang wanita sambil menangis mencuba untuk menyedarkan patient ini. Isterinya mungkin. Terus aku memeriksa nadi carotid di bahagian leher. Denyutan nadi tidak dapat aku rasa. Pernafasan juga sudah terhenti kerana tiada pergerakan dada yang diperhatikan. Terus saja aku memberitahu shahir yang sedang sibuk menyediakan peralatan bantuan oksigen. CPR!!!
Aku melompat ke sisi sebelah kiri. Meminta si isteri beralih sedikit. Tekan dada aku mulakan. Shahir mula menghubungi base. Meminta backup dari team kedua dan doktor diperlukan di sini. Dia juga meminta dibawakan set AED (alatan mesin yang digunakan untuk mencetus renjatan elektrik) serta mesin suction (mesin menyedut cecair seperti kahak di saluran pernafasan). Selesai menghubungi base, shahir memakaikan BVM ( Beg Valve Mask, alat bantuan pernafasan) pada patient. Selesai 2 pusingan (30:2), aku meminta shahir bertukar melakukan CPR dan aku baging BVM.
Beberapa detik kemudian, team kedua bersama doktor sampai. Mesin AED dipasangkan. Tindakan seterusnya dilakukan berdasarkan arahan yang diberi oleh mesin. Kami turutkan saja tekan dada seperti yang di arahkan. Sampai suatu tahap, kami diminta untuk berhenti melakukan CPR dan jauhi diri dari menyentuh pesakit. Satu renjatan diberikan kepada pesakit. CPR diteruskan lagi. Masing masing cekap menggapai peralatan dan melakukan kerja. Salah seorang kawan aku mengambil bacaan tekanan darah dan spo2. Seorang lagi melakukan sedutan cecair di saluran pernafasan. Doktor pula mula melakukan tusukan IV (memasukkan jarum kedalam salur darah) untuk pemberian ubatan.
Selesai satu pusingan tekan dada, doktor memeriksa semula nadi patient ini. Nadi mula terasa menunjukkan resusitasi yang dilakukan efektif. Akan tetapi pesakit ini masih belum bernafas dengan sendirinya. CPR diteruskan oleh team kedua sehingga renjatan kedua diberikan. Doktor mengesan pergerakan jari patient. CPR dihentikan. Nadi dan pernafasan diperiksa. Pertama kali sepanjang aku mengendalikan kes kecemasan sebegini, patient survive dan degupan jantung berjalan seperti biasa. Memang hebat kuasa Allah. Nyawa seorang manusia diambil selama beberapa minit tanpa dengupan jantung. Kemudian dihidupkan semula selepas usaha kecil kami terhadap patient ini.
Pesakit ini tersedar dan mengadu rasa sakit di bahagian dada dengan suaranya yang lemah. Isterinya meraung sambil memeluk tubuh lemah sang suami. Mukanya pucat lesi. Dahinya berpeluh basah. Seterusnya pesakit di hantar ke hospital berdekatan. Team kedua kekal di base. Shahir memandu ambulans manakala aku berada di bahagian cabin bersama doktor dan isteri pesakit tadi. High Flow Mask oksigen diberikan sebanyak 15 liter. ECG (ritma jantung) pesakit dipasang dan diperhatikan juga. Aku monitor bacaan BP, kadar nadi dan spo2 pesakit. Ambulans meluncur laju dengan siren dipasang menandakan patient yang dibawa perlu mendapatkan rawatan dihospital dengan segera.
Sampai sahaja di jabatan kecemasan, kami memaklumkan kepada MA yang bertugas bahawa pesakit yang dibawa merupakan post resusitation patient dan patient survive tapi masih lemah. Perlukan pemantauan rapi. 3 siren dibunyikan menandakan satu kes resus perlu di masukkan ke ruangan red zone.
Aku menghela nafas panjang selepas pesakit ini dipindahkan ke katil kecemasan. Selesai doktor menyerahkan report pesakit kepada MO yang bertugas, kami melangkah ke arah ambulans sambil berpandangan sesama sendiri. Masing masing tersenyum puas. Doktor memegang bahu aku dan shahir. GOOD JOB katanya. Aku ketawa. Masuk kedalam ambulans untuk menyejukkan badan yang dibasahi peluh semasa beraksi tadi.
Baru aku teringat yang waktu asar sudah habis. Azan maghrib mula berkumandang. Waktu solat terlepas disebabkan kami merespond kes. Moga Allah mengampuni aku dan rakan yang lain. Kebanyakan dari kami sering menghadapi situasi ini. Lebih lebih lagi staff kesihatan yang bekerja di jabatan kecemasan. Moga Allah lihat. Moga Allah mengampunkan. Moga Allah merahmati kerja kami. Wassalam.
– Unsung Hero
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment