Thanks admin approved cerita aku. Aku Min, nak cerita pasal roomate aku, Ana. Rasa rugi tak share, sebab kisah hidupnya mungkin boleh mengubah hidup orang lain sebab aku pun dapat tempias juga.
Berbalik pada cerita Ana, kalau tengok dia memang macam gadis lain, biasa saja tapi dia sangat istimewa yang tak semua nampak. Ana ni boleh dikategorikan cantik yang natural beauty tanpa makeup, wajahnya tulus, bersih dan licin. Bukan sebab lambakan product di pasaran sebabnya dia hanya menggunakan pencuci muka, kadang-kadang ada juga dia sapu toner tambah sikit lipbalm dengan bedak, itu je. Kalau aku cerita pasal maskara ke concealer, memang blur habislah minah ni. Kadang-kadang Ana cakap, takpelah wudhuk jadi alat makeup dia. Deep juga rasanya. Patutlah cantik kulit dia, sentiasa berwudhuk rupanya. Kalau tengok Ana ni sejuk mata memandang, tenang je tengok wajahnya. Ana ni suka pakai baju besar-besar and tudung or shawl pon dia labuhkan.
Ana ni jenis tak tunjukkan kebaikan or ibadah yang dia buat. Lately ni baru perasan, tapi selama tujuh bulan kitorang jadi roomate ada suatu perubahan besar dalam hidup aku. Hampir setiap hari Ana ni bangun awal, ya dia bangun untuk bertahajud dan beribadat. Tapi dia tak buka pun lampu, dulu aku rasa weh kau ni bajet alim ke apa bangun awal. Jahilnya rasa waktu tu. Suatu hari, aku berpeluang tanya dia pasal bangun solat malam, Ana tanya aku tersedar ke sebab dia bangun awal,dia cepat-cepat minta maaf kalau dia mengganggu tidurku, aku tanya “kenapa taknak Min tahu?” Dalam hati rasa macam dia ni nak masuk syurga sorang-sorang ke. Ana bagitahu kalau boleh ibadat yang dia lakukan biarlah sembunyi-sembunyi, taknak orang tahu takut timbul riak dalam diri dia. Allahurabi, bersalahnya aku syak wasangka kat Ana. Dia tanya lain kali kalau dia terjaga nak ke kejut aku juga. Of course, semangat aku nak beribadat juga.
Aku hairan macam mana aku tak perasan bunyi alarm dia, rupanya Allah memang jaga dia, dia tak set pun alarm, tapi Allah kejutkan dia bangun untuk beribadat. Subuh tak payah cakaplah, selama aku sebilik dengan dia tak pernah terlajak subuh kecuali time Ana period terbangun lewat sikit tapi still tak lepas waktu syuruk. Sekarang baru aku rasa Ya Allah nikmatnya bangun subuh awal-awal, takde dah istilah subuh gajah. Allah hantarkan Ana untuk sedarkan aku.
Ana ni kerja gaji tak besar sangat dalam RM2000 camtu, fresh grad kan, berbanding aku yang gaji lebih dari 3k. Tapi hairan aku, gaji dia sentiasa cukup, ada lebih lagi. Kadang-kadang siap ada kawan dia yang berhutang. Aku pernah korek tanya macam mana pengurusan kewangan dia. Satu, Ana cakap nak dapat keberkatan dalam hidup mestilah kita kena berbakti kepada kedua ibu bapa, duit jangan berkira dengan mereka dan adik-beradik. Setiap bulan wajibkan dalam diri untuk bagi kat parents. Lepastu jangan berkira untuk bersedekah. Biar nilai sedikit tapi berterusan. Haritu pergi Aeon Big dengan Ana, dia nampak kotak yg mintak sumbangan tu terus dia masukkan duit cepat-cepat, mungkin sebab dia taknak orang lain nampak. Sama juga time pergi pasar malam ke kedai makan, dia bagi je duit kat peminta sedekah. Kalau kira dah banyak tisu yg dia dapat. Patut kalau minta tisu dari Ana, memang selalu ada je.
Aku pernah tanya cukup ke gaji, Ana cakap setiap bulan dia mampu saving 40-50% dari gajinya. Sedangkan Ana bukan yang jenis berjimat sampai ikat perut, dia makan 3 kali sehari, lepastu siap beli buah-buahan dengan snek untuk kitorang kat rumah makan. Weekend dia keluar juga, kadang-kadang ada je dia beli tudung dengan pakaian. Kalau nak kata parents dia bagi pun macam tak logik sebab family dia biasa-biasa saja, ada adik-adik dia yang perlu ditanggung. Mungkin sebab dia jenis tak berkira dan dia bukan boros beli barang-barang branded. Tu sebab gaji dia sangat berkat.
Ana selalu cakap apa yang kita buat niatkan kerana Allah, bekerja, mandi, makan dan sebagainya supaya hidup kita ada keberkatan. Betul sangat, rasa dipermudahkan setiap yang dilakukan. Tambahnya lagi hidup kita memang banyak dugaan tapi kalau kita letak pergantungan kat Allah, semuanya akan smooth dan kita tenang hadapi dugaan tu. Satu lagi Ana pesan, kalau ibadat tu jangan kita lakukan sebab nak sesuatu, contohnya dhuha sebab nak rezeki yang melimpah ruah tapi niatkan kerana Allah, untuk tambahkan keimanan kepada Allah, InsyaAllah diberi nikmat seriringan dengan itu. Ana juga pesan hidup kita memang tak mampu nak puaskan hati semua orang tapi kita usahalah agar tidak menyakiti hati orang. Contohnya, kalau kita tahu orang tu tak suka cerita tentang berat badan, jangan kita mengada nak cerita pasal kurus ke gemuk.
Ana ni solat sunat Dhuha dan solat sunat sebelum subuh dia jadikan macam solat wajib pula, hari-hari mesti dilakukan. Selepas maghrib mesti Ana baca Quraan, Ya Allah merdunya suara dia. Tenang je aku dengar, dulu aku rasa annoyed je budak ni, sajalah nak menunjuk tapi sangkaan aku meleset. Dia mengaji sebab nak dekat dengan Tuhan. Berdosanya berperasangka buruk kat Ana.
Ana ni jenis jaga pergaulan, Ana takde pon kawan lelaki apatah lagi boyfriend. Ana ni masih single lagi, aku rasa Allah jaga dia untuk lelaki yg baik. Doakan Ana dapat jodoh yg baik ya. Untung siapa dapat Ana, tak pernah bercinta, lelaki pun dia tak pandang. Dia jenis yang tak upload gambar dia kat facebook ke any social media. So, mana ada yang nak kenalkan. Kadang-kadang hairan juga, dahla cantik, sopan dan baik budi pekerti tapi takde ke orang nak. Aku tanya pasal kahwin kat Ana, sambil gelak dia cakap kalau boleh lelaki yang sukakan dia terus jumpa mak ayah dia and ajak kahwin, taknak couple, cuma berkenalan camtu jelah. Aku tanya lagi takde ke orang usha, Ana cakap dulu waktu belajar ada juga beberapa orang yang mesej nak berkenalan tapi dia tolak sebab dia taknak couple, dia cakap taknak nanti dia rindukan seseorang yg tak patut dia rindukan. Mak aii sentap sis, aku dah dua tahun kot couple. Sekarang ni aku dah jarang keluar or bergayut dengan bf aku, betul juga kalau dah couple memang melaghakan. Habis masa dan wang ringgit, aku cakap dengan bf aku, dia setuju untuk kahwin tahun ni.
Ana ni macam penyelamat aku dari lembah kegelapan. Indirectly, dia sedarkan aku banyak perkara. Dulu aku rasa mustahil orang macam Ana wujud, dia satu dalam seribu. Dia tak pernah pandang rendah kat orang lain, dia tidak meletakkan diri dia lebih baik dari orang lain. Patut Ana ada ramai kawan, orang sekeliling suka dia. Dia wanita Melayu terakhir yang bukan hanya berkain sarung tapi pandai masak. Sedap sangat dia masak macam kat kedai. Ana juga seorang pembersih, yang selalu cuci toilet, mop lantai dan sapu sampah kat rumah ni.
Cuma Ana ni jenis lurus dan clumsy sikit. Kadang-kadang bila Ana bercerita pasal diri dia, aku dapat rasa orang selalu ambil kesempatan di atas kebaikannya. Semoga Allah melindunginya dari manusia yang tidak baik. Walaupun baru tujuh bulan aku sebilik dan serumah dengan Ana, tapi aku rasa macam dah bertahun kitorang kenal. Aku sayang sangat kat Ana dan persahabatan ni. Aku harap Ana akan terus menjadi pembimbing hidupku. Sebenarnya banyak lagi nasihat yang Ana berikan, tak mampu nak tulis semuanya. Semoga aku, Ana dan semua readers mampu menjadi insan yang lebih baik.
– Min
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment