Saturday, 4 March 2017

Kakak Syu

PengakuanKu

Kakak Syu

Assalamualaikum dan hye, Terima kasih iium kalau confession ni disiarkan. Aku tulis confession ni seikhlas hati tentang kakak tunggal ku. Aku mempunyai empat adik-beradik, dua lelaki dan dua perempuan. Sebagai anak bongsu semestinya lah aku rapat dengan adik-beradik yang lain, apa yang aku idamkan semestinya akan dapat terutamanya dari kakak aku.

Kalau sambut hari lahir semestinya akan buat serentak sebab tarikh lahir kitorang hanya beza sehari walaupun lahir pada tahun yang berbeza. Dari kecil kalau ayah nak hadiahkan barang kemas mesti ayah akan beli dua barang, satu untuk si kakak dan satu untuk si adik. Keadaan ni menjadikan kitorang makin rapat walaupun jarak umur aku dengan kakak beza tujuh tahun.

Kalau nak ikutkan muka antara kami dua memang jauh beza, sebab kakak ikut mak putih-putih manis dan aku ikut ayah hitam-hitam manis. Dari segi pembelajaran aku lebih baik masa upsr dan pmr namun aku kecundang masa spm. Kakak lah yang menjadi teman setia memujuk aku supaya terima hakikat. Kakak lah yang memberi kata-kata semangat kepada aku untuk terus berjuang di masa hadapan.

Masa aku tingkatan lima, Kakak ditemukan jodoh dengan teman sekerjanya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kakak nampak sangat-sangat berseri masa majlis . Namun tahun berganti tahun bulan berganti bulan, kakak masih lagi tidak mempunyai zuriat. Bukan kakak tidak mencuba tapi belum ada rezeki agaknya. Dari jumpa doktor pakar sampailah bidan semuanya cakap kakak dan suami tiada masalah. Aku tahu kakak stress dengan keadaannya itu, dengan orang asyik tanya bila nak ada baby, dengan sepupu yang lambat kahwin pun dah ada baby sendiri. Satu benda yang aku rasa kakak aku ni special sangat, kakak aku sentiasa senyum walaupun dia dalam masalah dan kakak sentiasa akan balas pertanyaan orang fasal zuriat tadi dengan “doa-doakan lah bagi cepat dapat zuriat” sambil senyum .

Raya nanti genap empat tahun kakak nikah, kami sekeluarga sentiasa bersangka baik mungkin belum ada rezeki. Nasib abang ipar aku ni sentiasa berada di sisi kakak aku, sentiasa bagi motivasi kat kakak aku. Sekarang pun nasib baiklah ada anak-anak abang aku yang boleh bagi hilang sunyi kat kakak aku. Manja sangat budak-budak tu dengan makngah diorang . Kakak aku ni jenis melayan budak-budak tu, tak pernah kedekut. Budak-budak tu nak mainan kakak aku beli, nak makan kek kakak aku buatkan yang spesial. Kalau raya mesti sorang dapat sepasang baju, kat aku semestinya akan dapat dress ,kalau tak pun kakak belanja tudung kat aku, mak dan kakak ipar aku. Bukan dia beli yang murah, dia beli yang berjenama okey. Setiap bulan duit kat mak ayah memang tak akan kakak lupa walaupun kakak tengah perlukan duit. Masa aku belajar ni kakak aku selalu je hulur-hulur duit, bukan sikit kakak hulur tapi banyak. Kakak aku pun ada buat dropship, aku pun selalu order barang kat dia. Bila aku nak bayar tu memang jangan haraplah dia nak ambil duit tu. Sebab tu lah aku malas nak membeli kat dia tapi itulah nanti dia cakap kat aku pulak, “adik bukan nak beli kat akak dah”, “akak dapat lagi murah dari tu”. Nak tak nak aku pun kena lah membeli kat kakak dengan kadar bayaran free.

Kadang-kadang kitorang dua selalu keluar berdua ke town or pasar malam etc. Bila keluar ni barulah ada can nak belanja kakak contohnya, aku bayar makan senyap-senyap. Kadang-kadang aku balik dari U aku tanya kakak nak tudung Tak? actually aku memang beli untuk dia tapi sengaja cakap beli tapi tetiba nampak tak lawa. Apa yang aku perasan rezeki kakak memang murah sebab kakak tak pernah kedekut dengan keluarga dan kawan-kawan. Bab rezeki zuriat tu mungkin memang Allah belum bagi lagi kat kakak. Aku tahu mungkin ada yang akan cakap ala baru nak masuk empat tahun, awal lagi enjoy dulu tapi hati perempuan yang dah kahwin mana yang tak nak anak cepat kan?

Walaupun aku seorang adik aku pun sentiasa berdoa supaya kakak dicepatkan kurnia zuriat. Baru-baru ni pun di luar pengetahuan kakak, aku kirimkan doa kepada senior aku untuk berdoa di Makah supaya kakak dicepatkan kurnia zuriat. Cubit paha kanan paha kiri yang terasa, begitulah perasaan aku bilamana orang menanyakan persoalan tentang zuriat terhadap kakak. Bersangka baik mungkin Allah nak bagi yang lebih baik dulu kan.

Aku bukan mahu minta simpati mahupun minta kritikan, aku hanya mahu pembaca sekalian mengambil sedikit mana-mana yang baik dari sikap kakak aku itu. Semoga kakak Syu aku cepat dikurniakan zuriat, Aminn. Doakan yang baik-baik untuk kakak Syu aku ye. Terima kasih ;) .

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.