Assalamualaikum. Terimakasih sekiranya tulisan ini disiarkan. Sekadar untuk kesedaran dan peringatan bersama. Semasa aku mengarang tulisan ini, aku tengah duduk lepak dekat taman awam, perhati gelagat orang ramai.
Semua orang ada habits masing-masing kan? So siapalah aku nak menghalang semua habits orang kan. Aku ni mewakili semua orang yang tak suka dengan asap rokok, vape, shisha tu semua, sekadar nak berkongsi kepada pembaca iium confession semua apa yang aku alami selama 23 tahun aku hidup bila berdepan dengan active-smoker yang lepaskan asap dorang tanpa tengok kiri kanan.
Aku memang takboleh bau asap bukan rokok je, shisha, vape. Semua yang keluarkan asap, memang confirmlah aku jadi penat, batuk teruk. Ayah dgn abang-abang aku tak hisap rokok. So memang aku selama 23 tahun ni takpernah hidu asap rokok di rumah. Kalau dekat luar pun, dia tak hisap jugak. Aku pernah tanya dia kenapa tak hisap rokok sedangkan kawan-kawan dia hisap rokok. Dia cakap “adik, penatlah ayah kerja siang malam cari rezeki lepastu hisap rokok. Itu dah macam tak sayang nyawa ayah sendiri. Ayah cari rezeki untuk ibu, besarkan adik, abang long, abang ngah. Bagi ayah, tabiat tu atas diri masing-masing. Ayah takboleh halang dorang. Kita ni kawan-kawan, doakan jelah yang baik-baik untuk dorang berubah.”
Ya betul cakap ayah. Tu tabiat. Tapi kalau tabiat tu boleh bagi kesan dekat orang sekeliling dia, macam mana? Tak rasa bersalah ke? Sebab asap tu dari kita, orang lain yang dapat penyakit.
Untuk perokok sekalian alam, aku nak cakap sikit, nak merokok, vape shisha tu buatlah tapi masa nak sembur asap korang yang kepuk-kepuk plus wangi tu tolonglah tolong tengok orang kiri kanan. Kot ada budak kecik, baby, makcik-makcik tua ke apa. Nanti tak pasal lah yang non smoker terima nasib yang sama. Dari badan sihat, bebas penyakit, dah jadi berpenyakit. Kadang-kadang, hidup ni jangan pentingkan diri sendiri, cuba fikir kesan kepada orang lain.
Dua, dahlah merokok, lepastu buang pulak puntung rokok sambil berjalan. Wahwah. Sedar tak yang kau tu dah tambahkan bilangan sampah dalam negara kita ni? Bila sampah banyak, mulalah saliran nak tercemar. Cuba fikir dulu sebelum bertindak. Kita hidup bermasyarakat, jadi tolong fikir orang lain sama. Sekali kita buat baik, 10kali Allah balaskan kebaikan untuk kita tau. Itu baru puntung, kalau sekali kotak dengan plastik bungkusan dia kau main lempar ja atas jalan. Kau jangan ingat, tu kerja tukang sapu, so biarlah dia yang kutip. Otak tu tolong berfungsi sikit, kalau tak berfungsi, pergi amal makan kismis tiap hari.
Tiga, ni lagi satu, dah tahu dalam public transport takboleh merokok. Ada lagi insan-insan yang hisap rokok, vape dalam public transport. Yaaa tahu, bas-bas lama boleh buka tingkap nak bagi angin masuk, tapi cuba fikir, asap tu bukannya pergi ke belakang je, dia merebak bebas. Boleh bau asap rokok tu sampai ke driver. Ada jugak driver sendiri yang hisap vape. Ini terjadi kat aku sendiri. Vape ni wangi, yaaa tahu sebab ada macam-macam flavour kan? Kot yaa nak hisap, janganlah dalam bas. Sia-sia pakcik tampal sign ‘no smoking’ ‘no vape’ tapi pakcik sendiri yang hisap vape. Aku dah terbatuk-batuk, nasiblah aku bawak kain, bolehla pekup hidung sementara sebelum sampai ke pekan.
Empat, kadang-kadang kita ni nasihat orang, tegur orang, cakap baik-baik dengan orang, dorang salah sangka dengan kita. Ada yg cakap kita ni acah baik, bajet jaga kesihatan, buat teruk dan macam macam lagi lah. Ye, cakap lah apa yang kau nak cakap dekat aku. Bahagian aku dah selesai, aku dah tegur baik-baik. Lepastu, terpulanglah dekat kau nak terima ke tak. Taknak terima, jangan cakap aku macam-macam. Kadang, aku tegur sebab aku sayang, aku nak kau berubah. Nak suruh jaga kesihatan. Cuba luaskan kotak pemikiran kau tu, cuba fikir yang tersirat, kenapa dia ni tegur aku? Otak tu jangan stuck dengan satu pendirian je, iaitu “hidup aku, suka hati aku” fikirlah sikit. Semua dah besar, takkan nak lenturkan kau lagi. Fikir positif lah sikit.
Last. Cuba bayangkan, satu family seronok nak spend time sama-sama, pergi makan dekat restoran. Tengah makan, ada gangguan asap sekeliling dorang disebabkan asap yang dihembus oleh pelanggan lain. Kau rasa dorang masih lagi berselera ke nak jamah makanan tu? Dorang seronok nak menikmati lauk sedap, tetiba ada yang spoilkan mood dorang. Kalau jadi dekat kau, rasanya aman tak nak makan? Mesti tak kan? Kita ni kena letak diri kita dalam situasi orang lain, baru kita tahu apa orang rasa. Janganlah jadi penghalang kepada orang lain. Kalau kau nak sembur dekat couple-couple dok berdating dekat taman awam tu, semburlah. Aku tak halang, tapi nak sembur pun guna otak jugak eh bukan dalam exam je kau guna otak, stay up sampai pagi, menelaah buku yang takpernah kau sentuh tu.
Dahla, aku tulis panjang panjang ni takut ada yang taksuka dengan penulisan aku ni. Minta maaf andai ada yang terasa. Aku tegur sekadar nak ingatkan bahawa, dunia berputar, harini jadi dekat orang lain, lain hari, jadi dekat diri sendiri, mak ayah, adik-beradik, keluarga terdekat, jangan masa tu kau nak menangis, dah takda guna. Sekian.
– Ajat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment