Wednesday, 19 July 2017

Dilema Si Gagap

PengakuanKu

Cukuplah saya beritahu disini bahawa saya adalah seorang perempuan dan sudah berkahwin. Sejak kecil saya memang sudah mnghidapi penyakit ini; iaitu GAGAP.

Tetapi semasa kecil ia tak begitu ketara, bila saya meningkat dewasa penyakit itu menjadi semakin teruk dan sangat menganggu hidup seharian saya. Maksud seharian tu saya susah nak berkomunikasi dengan orang sekeliling termasuklah ahli keluarga saya. Umpamanya apa yg ingin saya luahkn hanya di minda saya sahaja, bila nak mula brcakap peti suara seolah terkunci. Ada beberapa ayat sahaja yg boleh saya ucapkan.

Selalu ahli keluarga dan kawan2 tak faham dgn apa yg saya cuba sampaikan. Apa yg terjadi semasa gagap tu saya tak boleh menyebut beberapa huruf seperti K, T, C, dan huruf2 lain yg senang org lain sebutkan. Saya juga perasan masalah ini akn mnjadi semakin teruk jika saya brcakap di telefon. Jadi, saya mmg fobia utk menelefon org dan hanya selesa mnghantar teks shaja.

Ttapi saya cuba menganggap diri saya seperti org normal yg lain jadi saya selalu menyembunyikan kekurangan saya itu. Contohnya saya akn tukarkan dgn ayat lain yg sama makna yg mudah saya sebutkan. Kalau tidak saya akn mghadapi masalah ini. Benda tu brlarutan shingga skarang dan mnjejaskan cita-cita saya utk mndapat kerja. Saya lepasan ijazah dan sudah banyak kali ke temuduga kerja tapi smpai skrg masih tak dpt kerja yg sesuai. Saya juga takut utk bekerja kerana masalah ini.

Puncanya saya rasa panel temuduga tak berapa yakin dgn diri saya kerana saya akn tergagap bila mnjawab soalan mereka. Ttapi saya bukan minta benda ni terjadi. Saya tak pernah mnceritakan perkara ini pda ssiapa pun hatta pada suami saya sndiri kerana rasa malu yg teramat tinggi. Ahli kluarga saya sudah biasa dgn masalah saya ni sebab ia tidaklah trlalu teruk pada mereka dan mereka beranggapan saya boleh mmperbaikinya.

Ttapi hakikatnya penyakit ini sperti sudah sebati dgn diri saya dan sukar utk dihilangkan. Saya slalu mnghadapi masalah kalau ingin prtama kali bersosial dgn org baru. Kerana saya akn trgagap brtanyakan soalan pd mereka. Saya tidak nervous tapi bnda ni diluar kawalan saya. Saya slalu berasa sedih dgn takdir diri yg begini dan rasa diri tak sempurna dgn org lain. Saya slalu berasa takut org lain akn salah faham dgn saya kalau saya susah nk mnyebutkan perkataan dan lambat menyampaikan apa yg saya ingin cakap.

Org lain pasti beranggapan saya seorang yg lembab dan senang diperbodohkan. Sedangkan fikiran saya normal sperti org lain cuma saya sedikit susah nk mnyebut prkataan. Semasa di universiti, saya tidaklah pandai, hanya biasa biasa sahaja, lulus semua pperiksaan sperti org lain. Pergaulan saya brsama rakan2 tiada masalah walaupun rakan2 saya mnyedari masalah saya ni. Mereka tidak mendiskriminasikan saya cuma saya pernah diejek kerana cuba brcakap tapi berkesudahan dgn gagap. Saya sedih skali tetapi apakan daya itulah diri saya.

Walaupun saya sudah byk kali membentangkn krtas kerja di hdapan pensyarah dgn harapan penyakit ini akn brkurangan ttapi tidak. Saya tetap dgn masalah yg sama. Ia seperti sudah mnjadi satu karakter diri saya. Saya brtemu dgn suami saya semasa saya menjalani kursus di tmpat dia bekerja. Ajaibnya, saya boleh menyembunyikan masalah saya ini sehinggalah saya berkahwin. Ttapi seperti biasa bnda yg disembunyikan pasti akn terserlah dan saya pernah bercakap gagap dihadapannya. Mujur suami saya tidak mngejek dan dia seperti tiada masalah dgn bnda itu.

Ttapi saya tetap dgn tabiat saya yg sering menukarkn ayat yg susah kpada yg mudah saya sebutkan. Paling tidak, saya hanya diam sahaja kalau saya rasa seperti akn trjadi masalah gagap itu. Cuma saya kecewa kerana saya susah nk menyampaikan apa yg saya rasa. Saya hanya mampu berdoa pada Allah agar suami saya dpt menerima diri saya seadanya. Saya tidak meminta simpati para hadirin yg membaca ttapi saya memohon pendapat semua pembaca apa yg perlu saya lakukan supaya masalah saya ni dpt diselesaikan. Saya tak pernah brjumpa dgn pakar terapi kerana tak tahu bagaimana nk bjumpa mereka. Banyak yg ingin saya lakukan ttapi terhalang kerana masalah ini. Bantulah saya.

– Amy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.