Wednesday, 19 July 2017

Luahan Adik

PengakuanKu

Assalamualaikum kepada admin dan pengikut setia iium confession. Terima kasih kepada admin kalau post cerita saya ni. Dan minta maaf kepada pembaca kerana luahan saya ini agak panjang.

Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya sebagai Sofea sahaja dan berumur 23 tahun. Saya seorang pelajar tahun akhir ( sem akan datang) di universiti tempatan di ibu kota dan rumah saya juga berdekatan dengan kampus saya. Saya sudah tidak mempunyai mak dan ayah , ayah meninggal sewaktu umur saya 14 tahun dan mak meninggal bulan November yang lepas. Saya mempunyai enam adik beradik dan saya anak keempat.

Luahan saya ini berkisar tentang saya dan ahli keluarga saya. Tidak sama sekali saya mahu memburukkan mereka, namun saya hanya ingin meluah apa yang terbuku di dalam hati saya.

Sewaktu mak saya sakit, saya banyak menjaga beliau oleh kerana saya masih tidak berkahwin dan tidak mempunyai tanggungjawab yang berat ( abang2 dan kakak sudah berkahwin dan ada anak, adik dua orang sekolah asrama). Daripada bulan July tahun 2016 dimana saya fail satu subjek saya oleh kerana saya tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran dan tidak dapat menumpukan kepada peperiksaan oleh sbb risaukan mak saya yang terlantar di hospital. Sejak dari bulan Julai tahun lepas, saya menjaga beliau ketika sakit.

Dipendekkan cerita, selepas mak saya meninggal saya berasa sangat kesepian , jika di bayangkan, masa saya berbulan dihabiskan utk mak saya, even nak pergi kelas pun saya ulang-alik dari hospital ke kampus. Jujur saya cakap saya sangat terasa dengan kehilangan mak saya. Setiap malam saya menangis sbb rindukan mak saya. Untuk pengetahuan semua, saya tidur bersama mak saya sewaktu sudah pulang ke rumah di dalam bilik tetamu (tingkat bawah, rumah kami dua tingkat). Apabila mak saya dah tiada, saya sorang2 dan sendirian walaupun ada adik2 beradik yang lain kat rumah tu.

Dijadikan cerita, Februari lepas, saya telah mengalami kemalangan motorsikal (langgar lari) semasa ingin ke kuliah yang agak dasyat bagi saya sbb kecederaan yang saya alami amat sakit bagi saya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Saya meraung ketika nurse mencuci luka2 saya kerana terlalu sakit ditambah kesedihan dengan perkara yang saya alami. Saya merasakan ketika itu begitu berat sekali ujian yang Allah beri pada saya.

Selepas pulang dari hospital, abang sepupu saya ( sudah mempunyai isteri dan 3 anak perempuan yang hampir sebaya dengan saya) datang melawat saya di rumah dan mengajak saya untuk tinggal di rumahnya oleh kerana rumahnya juga terdapat kakak beliau yang tinggal sekali dengan dia. Mereka boleh tengokkan saya.

Setelah hampir empat bulan saya tinggal dengan mereka, adik beradik saya mula memanggil saya untuk pulang semula ke rumah kami kerana mereka tidak mahu menyusahkan sepupu saya dan keadaan saya sudah sembuh sepenuhnya. Makcik2 saya juga agak memarahi saya kerana kata mereka saya seperti kacang lupakan kulit. Saya sedikit sebanyak agak terkesan dengan apa yang dikatakan oleh mereka kerana mereka tidak tahu keadaan saya jika saya tinggal di rumah saya sendiri. Saya seronok tinggal di rumah sepupu saya sebab anak2 buah saya tu selalu menceriakan hidup saya yang agak kesunyian selepas kematian mak saya. Kami selalu borak sama2.

Untuk pengetahuan pembaca, pointer saya sem lepas yang keluar baru2 ni amat menggembirakan bagi saya dimana saya dapat pointer 3.62 berbanding semester sebelum2 ini yang hanya 2.35. Berkat usaha saya, rezeki yang Allah anugerahkan, sokongan rakan2 saya mampu capai pointer macam tu. Mungkin bagi orang lain pointer 3.62 tu tidak seberapa, tetapi terus terang saya katakan, amat sukar untuk bangkit daripada kegagalan kalau bukan dengan izin Allah dan semngat yang ada dalam diri kita sendiri.

Saya tak kuat dan sangat2 lemah bila mak saya meninggalkan diri saya ditambah lagi dengan accident yang menimpa saya. Saya sangat lost waktu tu. Bersyukur kerana Allah menggerakkan hati sepupu saya untuk menjaga saya sehingga saya sihat dan kembali bersemangat. Sehinggakan kawan saya menegur bahawa saya lebih happy jika dibandingkan waktu dahulu yang selalu murung dan berseorangan. Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki mereka sekeluarga.

Selepas raya yang lepas, saya sudah mula pulang ke pangkal jalan ( bak kata kakak saya ) iaitu pulang semula ke rumah saya yang asal. Sekarang saya sedang menjalani latihan industri berdekatan dengan universiti saya dan saya ulang alik dengan menaiki LRT. Masalah nya sekarang adalah kakak saya ialah seorang perokok tegar sejak 2010 (walaupun sudah mempunyai anak) dan dia seringkali merokok di dalam bilik air tingkat bawah iaitu bilik air yang bersambung dengan bilik yang saya diami. Dan saya perasan, sekarang saya sering sakit kepala terutamanya di kesan terhantuk di atas jalan raya semasa kemalangan yang lalu. Apatah lagi semasa dia merokok, dan asap tersebut masuk ke dalam bilik saya. Saya juga sering mengalami semput (memang ada athma sejak kecil) sehingga lepas bersin saya terus mengah. Saya sedih sebab dia yang suruh saya balik rumah asal kami tetapi dia tak pernah fikir apa yang saya rasa. Akhirnya, selepas habis merokok, dia naik ke tingkat atas untuk masuk ke bilik dan meninggalkan asap2 rokoknya di bawah untuk dihidu dan di sedut oleh saya.

Saya tak tahu nak tegur macam mana, tidak kasihan ke dia dengan anak yang masih kecil? Memang dia tidak merokok di hadapan anaknya namun asap rokok yang melekat di baju dan rambutnya, susu yang dihisap oleh bayinya.. adalah masih ada zat yg baik untuk kesihatan si kecil? Terus terang saya tidak gembira semasa tinggal di rumah asal saya sebab saya sunyi. Kakak dan abang2 semua dah ada keluarga masing2. Saya kene berdikari sendiri dan tak boleh harapkan siapa2. Dan saya tak nak susahkan keluarga saya.

Ada yang cakap saya patut bernikah, tetapi kekasih saya
berkata bahawa dia perlu bekerja lama sedikit oleh kerana dia baru menamatkan pelajarannya dan baru bekerja. Dan juga dia ada kata nak bantu keluarganya terlebih dahulu. Saya hanya mampu bersabar sahaja.

Saya rasa mungkin itu saja luahan saya kali ini. Minta maaf sebab terlalu panjang. Saya berharap kalian mendoakan saya agar tabah menghadapi dugaan dan jika ada nasihat atau idea untuk kakak saya. Kot2 dia baca luahan saya ni. Bye.

– Sofea

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.