Thursday, 20 July 2017

Jangan Malu

PengakuanKu

Assalamualaikum, Terima admin sudi siarkan confession saya ni..Harap disiarkan lah.. Saya singkatkan ja..

Apa yang saya hendak tulis adalah tentang penilaian seseorang pada seseorang. Mungkin tajuk yang diberi tu tak sama dengan apa yang ingin dikongsikan. Kalau ok, ngamlah..hoho

Kadang tanpa kita sedari setiap teguran kita ni kadang kadang membuatkan seseorang terasa.
Tak ada manusia yang jahat ingin terus menjadi jahat..Hakikatnya,mereka juga ingin berusaha menjadi baik..cuma, mereka tiada pembimbing dan menyokong mereka untuk berubah..

Dalam ramai aku berjumpa dengan mereka2 ni..bukan aku kata yang aku ni tersangatlah baik..aku ni pun kadang ada juga perangai janam janam ni, hahaha. Cuma bila mereka berjumpa dengan aku..Dan menjadi kawan aku..Titik perubahan mereka perlahan lahan aku nampak..ada yang mula baru nak belajar solat, ada yang baru mula nak ingat cara ambil air wudhu dan ada juga yang baru nak belajar mandi wajib. Dan ada yang baru nak belajar baca Iqra.
Allah..semua tu aku nampak sendiri..Bila aku tanya pada mereka..mereka kata tiada yang ajar..dan mereka malu bila mereka ingin berubah orang akan bercakap tentang keburukan mereka dimasa lalu . Dan aku terfikir sejenak, mungkin itu yang menjadikan mereka takda usaha untuk berubah, sebab mulut2 manusia yang hanya tau menilai..

Bila mereka melihat dari perbuatan aku..cara aku bercakap, cara aku berhibur dan cara aku layan orang..mereka kadang terikut ikut ..Itulah sebenarnya cara aku mau ajar mereka..Melalui perbuatan..yang penting bila kita buat sesuatu tu kenalah ikhlas..
Kita semua bukan manusia yang sempurna. Tapi, bila ada seseorang yang ingin mencapai titik perubahan , cuba bantu dan bagi sokongan ..

“Jangan hanya kerana mulut kau , orang lain berhenti jadi baik”

Pesan saya, jangan kita pandang pada mereka yang jahat dengan pandangan yang hina..kita taktau sebenarnya dalam hati mereka ada terselit keinginan untuk berubah menjadi baik..

Dan bila mereka sudah mula berubah jangan diungkitkan lagi kisah silamnya..kerana itu menjadikan ia lemah untuk mereka terus berubah..cuba bagi sokongan padu pada mereka..agar mereka lebih bersemangat untuk teruskan perjuangan mereka menjadi yang lebih baik dan yang terbaik dimata Allah SWT..

Semoga Allah swt Meredhai Amalan Kebaikan Kita Semua..

– @enciktembikai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.