Assalamualaikum, aku Imah (bukan nama sebenar), sudah bekerja, umur awal 20an. Perkongsian ini aku tulis setelah memerhati ‘friendship’ sepanjang usia aku sebagai panduan untuk aku dan juga untuk orang lain, mana yang boleh ambil, ambil kalau tak ada abaikan saja.
Aku pernah berjumpa bermacam ragam manusia yang mana kita boleh buat kawan dan mana yang tidak. Selalunya mula-mula kita kenal seseorang, kita tak akan tahu perangai seseorang walaupun muka suci dalam debu, pijak semut tak mati.
Sebelum kenal tu elok perhati dulu la cara seseorang tu bercakap, akhlaknya, pemikiran dia, kalau tersilap langkah melekat tak boleh nak elak. Sebab aku pernah kena, konon nak mesra alam sampai semua orang kau nak rapat silap2 ada yang kianat belakang kau.
1. Bercerita buruk tentang orang dibelakang
Aku pernah jumpa ramai orang macam ini, lelaki ke perempuan ke sama je. Belum cukup 24jam kenal, first day kenal dah bawa cerita buruk pasal orang lain. Ini aku sangat tak berkenan perangai macam ini. Tolong elakla kawan jenis ini. Perhati la 2, 3 minggu, kalau selalu sangat suka cerita buruk dan ada unsur tak elok, tak puas hati dengan orang lain. Jauhkan diri. Ada kemungkinan besar belakang kau pun dia mengumpat. Aku lagi rela FOREVER ALONE.
2. Kuat merungut
Orang merungut ini aku tak selasa sangat sebab nampak jenis tak bersyukur. Hari-hari nak merungut kerja stress cuba tengok orang yang tak dapat kerja, bersyukurlah. Gaji tak cukup? ada yang gaji RM500 sebulan je dah bersyukur, kamu dapat gaji terus beli benda tak perlu. Rumah tak cukup itu ini. Sudah-sudah la. Cuba bersabar, tarik nafas panjang-panjang, tengok orang yang lebih bernasib malang dari kamu. Bersyukur. Boleh berkawan dengan orang jenis ini tapi aku pulak yang terjangkit stress dia.
3. Tak tahu malu
Okay ini aku berhadapan dengan manusia yang aku tak percaya masih wujud. Pengalaman aku, aku satu geng nak makan tenghari, beli makanan aku ambik lauk telur jela nak jimat, kawan aku ini ambik lauk ayam. Time aku bayar, dia panggil aku “wei belanja aku ye, aku tak de duit”. Aku rasa tertampar disitu. Kalau cakap awal-awal nak pinjam takde masalah tapi die suruh belanja. Kawan macam ini kempis poket kau tau. Elakla, bagi alasan kau takde duit jugak. haha. Tengoknya dia buat tiap-tiap hari.
4. Ambil kesempatan
Ini macam sama kat atas kan tapi ini lagi teruk level dia. Aku kat uni dulu takde la pandai sangat tapi aku rajin. (Tak menunjuk tapi betul) Kawan aku sorang ini suke berebut nak partner dengan aku kalau group discussion. Aku pulak tau dia memang suka copy paste kerja, malas nak berfikir punya orang. Die rajin tapi sebab banyak komitmen persatuan jadi macam tu agaknya. So aku faham sebab aku pun kuat berpersatuan. Tapi habis semua kerja aku buat dia yang dapat markah aku tak sanggup pulak nak complaint kat lecturer. Takpe aku berlembut sikit. Tapi frienship kitorng tak lama. Ikatan jiwa takdak. Dia pun tak pernah bertanya kaba dengan aku lepas graduate. Aku pernah tanya kaba die tapi dia hilang macam tu je.
Ada banyak contoh tapi tak sanggup seksa reader iium confession. Setakat itu sahaja pun cukup dah kite perhati perangai orang yang kita akan jumpa. Apa yang penting pilihla kawan bukan sombong tapi nak cari kawan sejati tu payah. Jangan pula cari musuh.
Adios
-Imah
– Observer
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment