Thursday, 24 August 2017

How To Get Into Big Company

PengakuanKu

Salam & hi to job seekers out there!

Aku percaya ramai yang tengah tunggu hari konvokesyen sambil scroll LinkedIn, JobStreet, dan bermacam-macam lagi job sites yang lain. Tak lupa juga yang hari-hari refresh e-mail dan menunggu phone berbunyi (mengharap ada panggilan dari recruiters). Aku pun dulu sama macam korang, (dulu means 2 months ago). Since harini aku agak free, jadi aku nak share tips untuk mendapat tempat di industry giants dengan gaji minimum RM2.5k-RM4k kepada fresh grads di luar sana.

Okay, pernah tak korang dengar pasal Management Trainee Program / Graduate Trainee Program / Young Aspiring Leaders? Kalau belum pernah, bolehlah teruskan membaca. Untuk pengetahuan korang, program yang aku sebut ni adalah 100% berbeza dari SL1M. Jadi, apa bezanya? Aku bercerita berdasarkan pengalaman aku yang dah pernah memohon & went through all recruitment procedure for both of the programs.

Jadi ini lah tips untuk join those industry giants with a decent starting salary. Management Trainee berbeza dari SL1M in term of their application process. Bagi aku, terlalu mudah untuk join SL1M. Cuma perlu isi borang, phone interview & face-to-face interview tanpa perlu menduduki apa-apa assessment. Berbeza dengan Management Trainee Program, dimana proses permohonannya agak kompleks tapi yang pasti, akan berakhir dengan saat paling manis kalau kau berjaya masuk.

Apa itu Management Trainee Programme? Program ini biasanya berdurasi selama 12-24 bulan, bergantung kepada syarikat yang dipohon. Selama tempoh tersebut, akan ada professional training, job rotation (dimana kita akan ditempatkan dalam pelbagai fungsi) sebelum akhirnya ditempatkan di sesuatu jawatan selaras dengan bidang masing-masing – ini merupakan sebab kenapa aku selalu encourage kawan-kawan yang high achievers untuk mohon program ini. Antara sebab lain, hari-hari aku ternampak posting dari recruiters yang merungut disebabkan ‘fresh grads are demanding for high starting salary’. Really? RM3k is too high? Guys (fresh grads), if you think that you are capable of doing something big and deserve better pay than those Sdn. Bhd. companies offer to you, then aim for the industry giants.

Macam aku beritahu awal-awal tadi, memang manis diakhirnya. Tapi perjalanan ke sana tak semudah ABC. Cara untuk apply adalah dengan pegi ke website syarikat tersebut, ataupun kau Google jelah. Antara syarikat yang menawarkan program ini adalah: Nestle, Johnson & Johnson, Unilever, Shell, BP, British American Tobacco, PwC, HSBC, dan sebagainya. Sebab itu sangat penting untuk kau tetapkan focus / aim kepada sesuatu industry sebelum mula memohon. Contoh, kalau kau berminat dengan FMGC maka teruslah ke website industry leaders in FMGC. Sebab program ini juga menentukan hala tuju career korang dalam jangkamasa panjang.

Aku rasa tak perlulah aku cerita what it takes to become a Management Trainee di industry giants. Sebab sesuatu yang terbaik memang perlukan pengorbanan yang besar juga untuk mencapainya. Tak kira lah dari segi academic results, achievements, extra curricular activities, soft skills, technical skills, your knowledge on a particular industry, and how big your contribution to others? Semua ini akan dinilai semasa assessment. Biasanya proses pemilihan akan melibatkan resume screening, online assessment (technical, aptitude test, etc.), assessment day (biasanya diberi case study discussion) dan interview (both group and individual interviews).

Akhir kata, aku pernah ditanya oleh salah seorang Manager di Selamberjer (bukan nama sebenar). He asked, “Tron (bukan nama sebenar), what do you think about Malaysian economic nowadays?”. I answered, “I think it’s slowly growing”. Then he continued, “How much do you expect for your starting salary?”. I said, “I guess, the standard starting salary for a fresh grads currently is RM2.5k”. Then he said, “Tron, you know what, that was my starting salary 20 years ago. So that’s what you mean by ‘growing’?”. You, you, and you. Please help me to answer his question. Thank you, and thanks for reading!

Regards,
Tron – a teeny tiny ant, in a big big world.

– Tron – a teeny tiny ant, in a big big world.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.