Saturday, 26 August 2017

Sakit Mental

PengakuanKu

Lately ni ramai yang confess tentang sakit mental. Sedikit sebanyak aku rasa puas bila dah ramai yang faham apa itu sakit mental dan bagaimana cara untuk kita tanganinya.

Well, aku pun salah seorang pengidap sakit mental dimana aku merupakan salah seorang dari pesakit anorexia nervosa. Sakit ni muncul sejak aku berumur 18 tahun lagi dan telah mendapat hikmat rawatan hampir 3 tahun. Sekarang umurku sudah menginjak ke 23 tahun but so sad I have nothing. Sepatutnya budak seusia aku tengah sambung degree tapi sebab sakit mental ni, aku quit dari universiti aku.

Sebenarnya seorang dari sahabat aku pun tak ada yang tahu kalau aku adalah pesakit psikiatari. Pada aku benda ni sangat memalukan memandangkan aku ni gadis yang ramai kawan dan ceria, gila-gila orangnya. Insta aku boleh tahan ramai followers jadi aku takut kalau suatu hari aku terjumpa dengan orang yang kenal aku melalui social media waktu aku ambil ubat dekat psikiatari.
Masa tu pasti keyakinan diri tahap astaqfirullahalazim sebab kita semua tahu bagaimana tanggapan orang ramai terhadap pesakit psikiatari. Gila? Itu sudah pasti. “Kau sakit mental ke?”. ” Kenapa lah kau bodoh sangat diet seteruk ni sampai tinggal tulang.” Ya. Pada yang tak faham mungkin mereka menggangap ianya bodoh tapi pada yang mengalaminya, kau lebih minta mati. Nak makan tapi takut nak makan, kau dah kerempeng tapi kau rasa badan sebesar balak. Hari-hari kau rasa sedih dengan keadaan tubuh yang gemuk melalui ilusi tipu daya mata kau. Bila tengok adik beradik semuanya berjaya, timbul rasa down. Sibling aku semuanya bijak dan kerja bagus tapi kenapa satu dalam adik beradik aku je yang susah sangat nak berjaya. Aku ada result spm bagus pun statik dan stay dirumah sebab sakit. Betullah orang cakap, kesihatan lebih berharga dari wang dan harta benda. Tapi aku bertuah sebab dapat sibling yang memang langsung tak pernah nak berkira dengan adik dia. Tak pernah menunjuk dan tak pernah membandingkan. My mom too. Tak pernah rasa anak dia menyusahkan even aku rasa akulah anak paling susah nak jaga sebab bangun kencing waktu malam pun suruh mak teman lol(sampai sekarang). Pernah tanya doctor “boleh tak saya nak stop ubat?” And she ask me why. Aku cakap ada ke lelaki yang nak beristerikan perempun yang mengidap sakit mental. Kalau dia nak, how about keluarga dia? Aku rasa daripada aku susahkan semua orang or malukan diri sendiri, baik tak payah kahwin je. Aku rela hidup membujang sampai tua dari hidup dicaci mulut orang. Aku senang, orang lain pun senang.

Tapi jawapan doktor tu sangat mengejutkan bila dia cakap dia pun mengidap sakit mental iaitu bulimia nervosa dimana penyakit tu hampir sama dengan aku cuma simptonnya sedikit berbeza. So dari dia, aku rasa masa depan aku dah kembali wujud. Aku tak boleh fikir orang sakit mental ni tiada masa depan, tiada angan-angan, tiada cita-cita kerana manusia itu punya hak ke atas tubuhnya. Buktinya, berapa ramai artis barat yang juga pengidap sakit mental namun berjaya dalam kariernya. (Sila google).

Hari ini dan esok tidak sama jadi tak perlu untuk letak impian yang sama setiap hari. Mungkin hari ni kita rasa macam nak mati, macam nak bunuh diri tapi siapa yang menduga kita bakal kuat untuk esoknya.
Atau mungkin hari ini hari terakhir kita dan sangat rugi jika kita menjadikan hari terakhir kita sebagai hari untuk bersedih.

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.