Tuesday, 22 August 2017

Dipermainkan Oleh Instafemes, Blogger Cun

PengakuanKu

Assalamualaikum w.b.t.Aku Senah (bukan nama sebenar). Pernah bekerja dalam bidang professional selama 5 tahun dan berhenti kerja selepas bersalin atas banyak faktor.Tak pernah menyesal berhenti kerja kerana atas pilihan sendiri. Sekarang masih mampu bayar sebiji kereta sedan dan sebuah rumah teres 2 tingkat atas bantuan keluarga dan suami.

Ok sebenarnya tu adalah intro sahaja..Disebabkan aku rasa asset tu adalah milik aku,aku rasa bertanggungjawab untuk membayarnya.So,aku kerah keringat sendiri untuk berniaga online.Bermula dari dropshipper handsock sahaja dan sekarang dah jadi founder (bukan jual handsock dah).Founder memang nampak gah tapi hakikatnya cukup-cukup makan sebab kedai online aku sangatlah kecil.Purata sebulan hanya RM800..Baru setahun lebih berniaga.Tak berhutang,semua duit simpanan sendiri.

Semua ilmu fb ads, tips marketing aku follow rapat orang-orang yang dah berjaya.Semuanya aku study sendiri.Produk aku jual pun aku guna model, graphic dan kamera pinjam mama.Baru-baru ini aku hadir seminar fb ads untuk memantapkan lagi ilmu yang aku ada.Balik daripada seminar memang banyak aku labur untuk marketing..Labur-labur dan labur banyaklah page likes, whatsapp dan PM.Aku seronokk sangat.Duit masuk banyak,duit keluar pun banyak juga..Masih ada duit berbaki beberapa ratus untuk main rolling iklan,page likes, dan cari customer baru.

Tiba-tiba bila syokk sangat marketing dan hari-hari ke Poslaju..aku sedar aku penat berbisnes sebab pulangan takla masyuk sangat tapi Alhamdulillah masih cukup..Aku duk termenung dan fikir macammana nak dapatkan sales lagi nie.Fb ads nie tak cukup nie.Kena pow kawasan Instagram plak.Maka beralihlah aku aktif di Instagram pula.Terasa nak buat IG Review.Kakak aku cadangkan guna blogger yang femes dan baik tu.Dia memang sesuai lah sangat.Deal punya deal…bayarlah aku RM 250 .. Dia pun kata nak iklan hari Sabtu/Ahad seperti yang aku minta.Aku nie ha memang seronokla kan sebab berharap sangat dan nak tengok impaknya dekat perniagaan aku.Maklumla brand baru nak naik.Kenalah korban sikit duit.Memang berani matilah spend walaupun tau dah dalam akaun seciput sangat dan sangatlah percaya kepada so called instafamous/blogger nie.

Tunggu punyalah tunggu…Tiada sebarang review yang dibuat..Dahla si dia galak ja update insta pada hari tersebut.Habis segala mala throwback dia buat dan karangan.Review aku tak buat pun walaupun aku dah sediakan text dan gambar. Aku termenung lama sangat.Tak boleh tido ahad malam tu.Bangun menangis dekat Allah..mengadu domba.Muhasabah diri..Habis tu p nangis kat husband plak…Dan sempat aku whatsapp dia dan tanya adakah aku silap faham dia tulis..Selepas 3 hari barulah dia reply dan mohon maaf kata anak-anak tak sihat..Dia berjanji nak review malam Selasa tu.Aku pun kata ok ,dah maafkan dia dan minta maaf dekat dia.Tunggu lagi sampai pukul 12 malam..Dia tak review pun. RM 250 tu ya Allah aku dapat sales untuk seminggu tau.Sales ok..bukan untung..Sakitnya hati aku rasa macam putus cinta tu..Dengan duit dalam bank ada beberapa puluh ringgit saja..hihi..Padan muka..galak sangat nak buat marketing..Aku bangun tengah malam dan berempas pulas habiskan setengah juzuk bacaan Alquran.Nangis puas-puas dekat Allah.Solat taubat semua…Pastu tdo.

Bangun pagi nie aku harap dia lembut hati, tapi dia masih dia.Tiada reply.Post di Instagram acah-acah baik dan suci.(mungkin dia betul-betul baik tapi sebab aku tengah marah aku guna jala acah-acah tu.LOL).Cerita punya cerita…Boleh dak nak tanya pendapat korang?Apa patut aku buat?Aku dah minta dia refund tapi dia tak balas.Kalau dia masih diam tiada review/refund..Boleh ke aku report sebagai kes penipuan?Maksud aku ke keskakitipuonline tu..Aku kesian pulak dekat dia sebab dia nampak baikk sangat..Follower dia setengah juta.Aku tak suka aibkan orang tapi aku rasa marah sangat nie.Aku rasa aku teraniaya.Apa perlu aku buat??TOLONGGGGGG……

Aku buntu dan kesedihan – Senah

– Senah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.