Thursday, 24 August 2017

Kawan Sendu

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Hai semua pembaca iium confesssion. Terlebih dahulu aku nak berterima kasih kepada admin jika cerita aku ini disiarkan.

Cerita ini tentang seorang kawan sekolah lama aku. Kami berlainan kelas, tetapi still berhubung rapat sehingga sekarang. Aku selesa berkawan dengan dia pada awalnya. Dia selalu bertanyakan khabar aku, comment di social media aku. Tetapi ada satu sikap dia yang aku rasa annoying sangat sampaikan aku jadi bengang. Dia ada pakwe yang study kat KL.

Yang membuatkan aku geram ialah, setiap masa dan ketika dia akan whatsapp aku, bercerita tentang that guy. Aku memang tak kesah sebab fikirkan kawan. Aku memang jenis suka mendengar masalah orang. Tapi ada lah batas-batas nya. Ini kalau dah 24/7 apa cerita beb??

Setiap pagi lepas subuh mesti whatsapp dia yang akan menjengah dulu. Macam biasa lah dia wish morning, then dia akan start cerita kat aku pasal apa yang berlaku antara dia dan Aman. Contohnya macam ni, “Weh semalam dia marah aku sebab dia kata aku menyibuk.” Aku pun cakaplah, mesti ada sebab dia marah kau. Kan aku dah cakap, kalau dia tengah busy, bagi space kat dia. Jangan push sangat. Kenapa dia marah kau? Tahu apa jawapan dia? “Aman marah aku sebab dia kata dia tengah study esok nak exam”
Haa dah tu yang kau asyik whatsapp dia setiap saat kenapa? Orang tu nak final exam, kena lah faham. Nak bermanja pun agak-agak lah weh. Aduhai.. Tapi aku tak reply macam tu pun. Aku just cakap dalam hati je. Hehehe. Kang kalau aku cakap begitu, confirm2 dia nangis nanti. Sebab dia jenis sendu gila.

Then bila si Aman tu attend class, haa mula lah si Ira ni dok whatsapp aku tak henti-henti. Asyik cakap,”Aku sedih lah nak nangis macam ni.” Bila aku tanya kenapa, dia jawab “Erm Aman tu tak reply whatsapp aku. Aku rindu dia. Lebih baik aku mati jelah macam ni sebab orang tak hargai aku.”

Ya Allah aku rasa nak tumbuk je paru-paru Ira tuu…Kalau dah tahu pakwe kau tu tengah busy ada class, ada meeting ke apa, kena lah faham. Bukan mati pun kalau whatsapp kau tak dibalas. Haihh. Tapi macam biasa lah, kata-kata tu hanya mampu berlegar dalam hati aku je. Aku tetap pujuk dia, cakap sabar. Suruh dia tenang.

Bila aku ada hal, aku lambat reply whatsapp dia, lepastu mulalah dia spam aku banyak-banyak. Dia tanya,”Weh kau busy ke? Aku tengah sedih ni.” Bila aku tanya sedih kenapa, dia cakap sebab Aman tak whatsapp dia. Dia risau Aman tengah buat apa, dengan siapa. Readers faham tak perasaan aku waktu tu? Aku tengah busy ada kerja, si Ira boleh pulak spam aku banyak gila. Aku ingatkan dia ada masalah besar ke apa, kot kucing dia accident ke..Tapi semata sebab Aman??

Setiap masa Ira whatsapp aku. Dia bagitahu aku apa aktiviti Aman, Aman pergi mana, dengan siapa. Tak sekarang ni, aku tak pernah pun jumpa si Aman tu haa, apatah lagi kenal. Yang dia nak cerita semuanya kat aku kenapa? What’s the main point?? Aku just balas OK untuk sedapkan hati dia.

Then Ira cerita lagi yang Aman ada problem dan tak layan dia. Aku pesan, bagi ruang dekat pakwe kau. Bagi dia settle dulu masalah dia. Kalau kau nak support dia, support lah. Tapi jangan kau buat angin cemburu kau tu. Dia ada life, Ira. Bagi dia ruang. Nanti dia dah cool, pandailah dia chat kau nanti. Kau sabar jelah. Bukan dia lari kemana pun. Dan Ira akan reply, “Hmm aku rindu dia. Aku sayang dia. Kenapa time nak anniversary je, mesti macam ni.”
Aku mampu geleng jelah. Haihh macam-macam hal.

Bukan masalah aku jealous dengan Ira sebab dia ada pakwe. Tapi aku rimas. Faham tak erti kata rimas? Setiap masa chat aku, mesti cerita pasal apa yang dia borak dengan Aman. Cerita pasal berapa orang anak dia nak bila dah kahwin, pasal dia video call dengan Aman. Sampaikan dia pernah tanya aku macam ni, “Weh patut tak aku call mak Aman?” Aku tanya untuk apa? Dia jawab, “Aku nak tanya Aman buat apa. Sihat ke.” Haihh aku rasa nak je sound dia, tapi aku sabar je. Pasal hal kecik pun dia nak tanya aku apahal? Aku ni kaunselor dia ke? Personal Assistant dia?

Bila aku lambat reply 2 minit je, Ira call aku banyak kali. Tak cukup whatsapp audio, dia call biasa. Kadang tu dia voicenote banyak-banyak tanya aku buat apa. Aku dah kata aku busy nak masak, nak urus ibu aku lagi. Tolonglah faham woii manusia…Alahai tak tahu nak cakap macam mana dah.

Aku tak pernah bercerita pasal Ira dekat sesiapa, even dengan kawan baik aku sendiri. Aku diam je. Hakikatnya, aku tersangatlah terganggu dengan Ira. Kalau jarang-jarang tu takpa. Ini setiap masa,setiap saat dia suruh aku teman dia,layan apa dia nak share. Aku bukannya taknak, tapi kena lah faham yang aku ada masalah aku sendiri.

Bila aku share masalah kat dia, dia punya respond tu macam minta kaki je tahu tak. Aku punya lah serabut dengan macam-macam hal nak urus, tapi dia?? Asyik mengadu, menangis setiap masa kat aku. Aku memang nak jadi a good listener untuk kawan-kawan, tapi janganlah sampai aku rasa meluat dengan kau ! Bila aku share masalah aku bukan main panjang, Ira reply ciput je. Dari atas sampai bawah, jawapan dia cuma “Sabar ok.” Itu je?? Tak ada opinion mahupun suggestion. Cuma perkataan sabar yang dia mampu ucap. Bila aku bercerita tentang masalah aku tu, dia bukan nak dengar sepenuhnya, malah dia pulak yang bercerita pasal dia tengah sedih sebab Aman.

Bila aku tengah busy masak, aku cakap awal-awal kat dia yang aku busy. Dia kata OK. Tapi lepas 2 minit dia whatsapp lagi, “Weh kau busy ke tu?” Aku diam tak reply. Dia whatsapp lagi tak henti-henti. Aku terus silent phone. Sebab aku tahu, dia takda masalah besar pun selain pasal Aman.

Ada satu hari tu, Ira bagitahu aku yang Aman takda internet nak chat dia. So dia berhajat nak pergi belikan topap. Aku pun iye kan saja lah. Lepastu, dia voicenote banyak-banyak. Aku ingatkan kenapa. Rupanya dia tanya aku macam mana nak bagi topap tu dekat Aman? Ya Allah rasa nak azan je kat telinga dia. Aku cakap, mesej biasa jelah bagi kod topap. Simple. Then dia cakap, “Weh macam mana Aman nak masukkan topap dia? Dia guna celcom, kat kertas topap ni takda pun dia suruh masukkan topap?”

Serious jantung aku laju masa tu. Antara marah dan kesian. Marah sebab benda simple macam tu pun dia nak ngadu kat aku. And kesian sebab kenapa dia slow sangat??? Takkan lah si Aman tu dungu sangat sampai tak tahu nak masukkan topap macam mana. Kalau dah ada kod topap tu, masukkan jelah macam biasa dia masukkan. Betul tak? Readers, lebih baik anda mengangguk tanda setuju. Kalau tak, aku azan jugak kat telinga anda semua.

Dan pada ketika aku menaip confession ini pun, aku sedang terganggu dengan Ira. Dia chat aku banyak gila. Lepastu call aku setiap 5 minit. Aku tengah tidur tadi pun, terjaga terus sampai sakit kepala aku dibuatnya. Kang mula lah kat whatsapp status dia update yang dia sedih nak menangis. Bila tanya kenapa, dia jawab “Kenapa Aman tak chat aku? Dia pergi mana weh?” Hmm kemurungan terus diri ini.

Setiap malam aku chat dia, borak dengan dia, mesti topic dia tentang pakwe dia. Dia akan cerita semua conversation dia dengan Aman. Ibarat macam hal kelambu suami isteri, semua dia nak luah kat aku ni. Aku tahu lah aku ni takda pakwe macam kau, tapi tak payah serabutkan aku dengan hal remeh temeh boleh tak?? Serious aku mula fed up dengan dia. Tersangatlah fed up. Sampaikan bila aku busy nak urus hal yuran uniersiti aku pun, dia tetap nak call aku banyak kali.

Whatsapp aku banyak-banyak semata nak mengadu tentang Aman tak chat dia. Why me??? Why??? Terus terang aku cakap, Ira berlainan sangat dengan kawan-kawan aku yang lain. Kalau kawan lain, memanglah diorang ada jugak cerita pasal kekasih masing-masing. But not all the time. Just sikit-sikit je. Tapi Ira?? Tak lain tak bukan, mesti pasal lelaki.

Banyak kali aku pesan kat Ira, jangan terlalu sayangkan pakwe kau. Sebab dia belum tentu jodoh kau, apatah lagi milik kau selamanya. Lelaki ni, jangan terlalu paksa dia. Bagi ruang untuk life dia. Kalau dia betul sayangkan kau, dia tahu nak chat kau later on. Tapi segala pesan aku ibarat mencurah air ke daun keladi. Langsung tak meresap masuk kat dalam minda dia tu.

Kalau setiap masa kau nak menangis mengadu dekat aku dari sekecik kecik hal, for what? Aku bukan taknak dengar, tapi kau langsung tak bagi ruang untuk aku bernafas langsung ! Aku ada komitmen jugak, ada masa yang aku boleh consider, ada masa aku perlu bersendirian untuk diri aku. Tapi kau tak pernah faham. Kenapa??

Ganggu hidup aku setiap saat, setiap masa. Kau tu tak kerja, duduk rumah terperap dalam bilik boleh lah. Aku ni ada tanggungjawab kerja,dengan nak belajar lagi. Bila aku suruh sibukkan diri, sikit pun taknak dengar. Ada sebab lah aku suruh busy kan diri tu. Bila busy kan diri dengan apa-apa aktiviti, dapatlah kau tenangkan kegelisahan diri tu hah ! Tengok tv ke, pergi riadah sekejap ke, jadilah. Ini tak..duk terperap dalam bilik, melayan perasaan sedih tu. Aku speechless sangat-sangat. Aku doakan moga hidup kau bahagia sentiasa,wahai member.

Sekian, itu sahajalah luahan aku kat sini. Sorry geng sebab confess kat sini. Sebab aku tak pernah cerita tentang hal ni pada sesiapa. Kalau anda ada pendapat or comment, silakan. Aku terima dengan hati yang terbuka. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan juga saya. Have a nice day ! Assalamualaikum—

– Nana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.