Hidup Ini Satu Perjuangan
Kisah yang ingin aku kongsikan disini adalah kisah hidupku sendiri. Bagaimana perjuangan hidupku selama lebih 40 thn aku berada di dunia ini.
Harapanku, kisah ini boleh beri sedikit semangat dan panduan buat anak2 muda sekarang, kerana hidup ini bukan mudah. Jadi kita perlu lebih kuat dari itu. Kita perlu berjuang…perlu berikhtiar.
Aku anak bongsu dari 3 beradik. Dan aku sorang sahaja anak perempuan ibuku. Tapi kedua ibu bapaku bukannya jenis yang memanjakan anak. Mereka tegas dan memarahi jika kami melakukan kesalahan.
Sewaktu aku berada di darjah 4, bapaku kahwin lain. Ibuku amat marah dan bermulalah episod kelam keluarga kami. Setiap hari pasti mereka bergaduh besar dan bapaku akan keluar dari rumah bawak beg pakaian dan tak pulang berhari-hari… (tapi selepas beberapa hari akan pulang semula).
Ibuku sentiasa berkurung menangis dalam bilik dan kami anak2 tidak dihiraukan. Sedih dan lapar…sehingga kami mula lebih banyak pulang dan bertandang ke rumah nenek dan ibu saudara, selepas sekolah.
Ibu saudaraku…ada keluarga yg besar dan anak2 lelaki yg sudah remaja diwaktu itu.
Ibu dalam keadaan tertekan.. Beliau tidak menghiraukan kami adik beradik…mungkin juga sebab ingatkan kami ada nenek dan sepupu2 yg boleh melayan kami. Aku mula kerap tidur dirumah nenek dan ibu saudaraku. Nenek dan ibu saudara tinggal bersebelahan rumah.
Sehinggalah terjadi suatu peristiwa hitam kepadaku…sepupuku sendiri cuba mencabul kehormatanku. Nasib baik aku sempat tersedar dari tidurku di rumah makcik waktu tengah malam..dan terus lari lintang pukang ketuk pintu rumah nenek. Esoknya aku beritahu nenek perkara itu. Tapi aku amat sedih bila nenek minta agar aku mendiamkan dan tidak memberitahu ibu bapaku…alasannya supaya tak putus saudara. Nenek amat maklum perangai ibu bapaku yg garang.
Selepas itu aku jadi seorang yg pendiam dan pemurung. Aku terus berhenti berkunjung ke rumah nenek dan ibu saudara…kecuali bersama ibu atau bapa (itupun jika dipaksa), dan pergipun sekejap sahaja.
Aku mula membaca, meminjam buku2 dari perpustakaan dan berkurung dalam bilik untuk membaca. Terasa sukar mempercayai orang lain..hatta keluarga sendiri. Abang2 pun tak begitu rapat dgn aku..kerana jarak usia, dan mereka mempunyai kawan kawan mereka sendiri.
Takdir Allah aku seorang yang pandai dalam kelas dan amat mudah memahami pelajaran yg cikgu ajarkan.
Tingkatan 1 aku berjaya ke SBP yang terletak agak jauh dari rumah. Aku lega…aku tak perlu kerap balik. Cuti pendek aku lebih suka berada di hostel. Waktu ini aku banyak berteman buku. Tak ramai yg mahu berkawan denganku kerana aku agak serius, tak pandai bergurau dan susah percayakan orang lain. Aku juga tak gemar suasana bising dan riuh rendah bila kawan kawan berborak/ bergurau.
Kawan baik pun satu.. satu meninggalkan aku.
Aku pernah alami depression kerana tiada kawan. Pernah alami insomnia (tak boleh tidur malam), fikiranku terlalu serabut dengan pelbagai pemikiran. Krisis berlanjutan ibu bapaku dan peristiwa hitam hampir diperkosa (saudara yang amat aku percayai) memburukkan krisis jiwaku.
Perkara ini berterusan hingga aku berada di alam universiti. Walaupun serabut dengan konflik diri…aku mampu score dan cemerlang dalam setiap exam. Allah beriku ujian hidup dari usia muda, namun Dia galang gantikan dengan mudah memahami dan mengingati ilmu…aku juga mudah tersentuh hati mendengar nasihat nasihat berbentuk keagamaan.
Aku mula putus asa mencari kawan baik..kerana kerap ditinggalkan kawan setelah kepercayaan kuberikan.
Aku lebih banyak berkawan dgn buku2…Novel yg kubaca, bukan kisah cinta tetapi cerita kehidupan susah yang sebenar di ceruk rantau dunia. Aku mula memahami makna survival diri. Banyak juga aku baca buku2 agama dan motivasi. Dari buku, aku belajar cara untuk fokus, cara mengawal minda, cara bertenang dan mengawal diri dan cara untuk mengubati jiwa sendiri. Buku2 perubatan dan rawatan islam pun aku baca (dengan niat merawat diriku sendiri). Aku praktikkan ilmu-ilmu yang dibaca dan jadi lebih positif dalam hidup.
Sewaktu aku di Universiti juga, kedua ibu bapaku sudah kurang bertekak. Bapa sudah berubah menjadi lebih lembut, seorang yg pendengar dan pemaaf. Garang ayah berkurang 80 peratus. Ibu pun mula kurang berleter, menyindir ayah dan sebagainya. Setiap kali balik cuti, aku rasakan perubahan suasana dalam keluargaku. Ibu bapaku banyak berbual berdua dan ketawa bersama. Kadang2 aku boleh dengar mereka berborak seawal jam 4 pagi, dan banyak bercerita mengenai kami anak anaknya. Ibu pun mula boleh menerima isteri kedua bapaku. Hanya selepas 10 tahun…baru ibuku dapat menerima madunya. Nenek meninggal dunia dan aku tidak lagi berkunjung ke rumah lama nenek dan ibu saudaraku.
Dipendekkan cerita, aku berkahwin dengan rakan sekuliahku sendiri, seorang lelaki yang kaki masjid dan yang menyukaiku dalam diam. Bila dia sampaikan hasrat hatinya, waktu tu kami di tahun akhir, hatiku terbuka menerima dan memberitahu bapaku. Bapaku terus menyiasat latar belakang beliau dan hanya selepas itu, bapa bersetuju dgn pilihanku. Kami berkahwin dan hidup bahagia. Dia suami yang baik. Pernah suatu malam, aku berbicara dengan Tuhan seusai solat sunat, memberitahuNya yang hidupku sudah cukup serba serbi.
Namun tak pernah terduga, aku diuji lagi dengan ujian yang sangat hebat pada usia perkahwinan mencecah 10 tahun. Kami berdua mempunyai kerjaya yang stabil dan pendapatan yang agak besar. Rupanya lelaki bila berduit, banyak mata pula yang memerhati dan ramai pula yg ingin mendekati, atas alasan masih kosong 3 tempat lagi. Aku mengetahui perkara itu bila sudah begitu hampir dengan tarikh pernikahan mereka. Aku tidak pernah diberitahu…tidak diajak berbincang. Rancangan mereka..untuk memberitahuku selepas selamat bernikah. Alasannya untuk menjaga hatiku…tak mahu melukaiku. Walau aku cuba menghalang…tetapi aku tidak berdaya dan mereka tetap berkahwin.
Awalnya aku cuba hidup bermadu…aku kuatkan hati…aku melayan baik anak- anakku dan tidak pernah sesekali membiarkan anak anak merasa kurang kasih sayang atau terpaksa berlapar. Aku menangis sendirian setiap hari ..sewaktu memandu kereta pergi dan balik dari kerja…tetapi bukan dirumah didepan anak anakku. Aku sebolehnya mengelakkan pengalaman masa kecilku dirasai pula anak2 ku.
Tetapi aku tak cukup kuat. Aku mula menimbang dan merancang perceraian…atas banyak faktor. Tapi faktor yang utama…suamiku sudah banyak berubah. Dia bukan lagi suamiku yg dulu…sikap, perangai, pemakaiannya dan paling utama, kasih sayang terhadapku dan anak2 sudah berbeza. Kami mempunyai 5 anak yg kecil pada masa itu. Anak sulung baru darjah 2. Aku yang lebih banyak menghabiskan masa dan bantu anak2 belajar pada masa itu.
Aku rasional. Aku senaraikan Pros dan Cons keputusanku. Aku kira dan rancang teliti perancangan bajet seandainya aku bercerai. Gajiku agak besar pada waktu itu. Dan iya…aku mampu hidup selesa dan mampu menyara hidup anak2 sekiranya aku bercerai dan sekiranya suami tidak beri nafkah. Aku juga merekodkan dengan teliti perkara buruk dan layanan buruk/ tak patut suami dan maduku terhadapku dan anak anakku…termasuk mesej mesej mereka yang melukakan perasaanku.
Kemudian aku failkan perceraian kami di mahkamah. Berkat doaku dan sikap tidak putus asaku berjuang untuk kehidupanku sendiri, akhirnya mahkamah mengizinkan perceraian dan semua anak-anak diserahkan kepadaku.
Aku bersyukur dan bermulalah episod baru…aku membesarkan anak anakku bersendirian. Hanya dibantu seorang orang gaji. Pengalaman lalu dan ilmu yg kuperolehi dari pembacaanku…menjadi panduan hidupku. Susah senangku…aku hanya mengadu kepada Allah setiap kali solat dan Tahajud. Aku sudah terbiasa tiada kawan baik, jadi aku tak biasa mengadu masalah hidup kepada kawan kawan. Anak2 kubesarkan dengan tidak menyimpan dendam kepada sesiapa. Bekas suami dan bekas madu boleh melawat dan mengambil anak anakku pada bila bila masa..dan aku ajari anakku agar menghormati dan menyayangi mereka…dan menghormati semua makhluk tuhan di dunia ini.
Alhamdulillah…rupanya segala pengalaman burukku yang lepas adalah untuk menyiapkan diriku agar manjadi lebih kuat, seorang pemaaf dan yang paling penting menjadi manusia yang lebih baik dan ibu yang penyayang buat anak anakku. Dan jadi hamba yang lebih baik setiap hari dengan Rabbku.
Tentu ramai yang tidak bersetuju dgn keputusanku untuk bercerai…tapi aku berpendapat, hidup ini suatu pilihan. Hanya diri kita sendiri yang tahu tahap kesabaran dan kekuatan jiwa kita.
Dan bila kita ada Allah bersama kita, kita punyai segala galanya
– Thuraya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment