Saturday, 26 August 2017

Postgraduate Itu Indah

PengakuanKu

Hi thank you admin if confession saya ni disiarkan.

Confession ni reply khas kepada confessor POSTGRADUATE BAZIR MASA. Saya pun seorang postgraduate student (master) di Universiti Awam. Confessor mungkin tengah sedih atau kecewa tentang apa yang berlaku kepada dirinya sepanjang dia menyiapkan Master. Tp perlukah awak pukul rata semua yang semua postgraduate bazir masa?

Saya habiskan master dalam 1 tahun setengah dengan 10 publication international( ISI). Supervisor(SV) saya juga letakkan syarat berapa publication saya perlu siapkan untuk graduate (KPI lecturer). Tapi saya tak mudah melatah. Buat ja apa dia nak. Lagipun kita dibayar kan bukan free. Ilmu pun dapat. Publication pun dapat, master pun dapat. WIN-WIN SITUATION.

Jika baca confessor postgraduate membazir dia ada sebut tentang grant, jadi kemungkinan besar dia master in research. Jadi bagi yang fikir untuk sambung master in research jangan risau, biasanya lecturer ada Grant untuk setiap projek yang mereka akan jalankan. Duit RA(research assistant) boleh guna untuk bayar yuran dan ada setengah UA yang ada skim GRADUATE ASISSTANT dimana anda hanya perlu bayar yuran RM500-RM800 sahaja 1 SEMESTER(murah kan? Boleh bayar pakai duit RA). RA master usually around RM1500-RM1800 sebulan ada juga yang bayar RM2k above depend kepada jenis projek). Kepada yang nak gaji tinggi-tinggi silalah pilih kerjaya anda di industri sana. Untuk yang sambung belajar hanya untuk yang berminat belajar ke level tertinggi. Bagi saya belajar umpama kita naik bukit, lagi tinggi kita daki bukit, kita akan nampak pemandangan yang sangat luas dari atas. Jadi kenapa confessor POSTGRADUATE BAZIR MASA tu cakap bebal kalau sambung kerana ilmu? Dari awal awak sudah salah niat.

Memang jika diikutkan setiap postgraduate student akan alami situasi yang mana anda sangat stress. Tapi sebagai seorang yang postgraduate mental harus kuat. KITA CARI SOLUTION bukan FIKIR MASALAH. Kalau fikir masalah je memang kerja tak jalan la awak. Stress memanjang. Cuba ubah kepada CARI SOLUTION. Insha allah semua lagi mudah! Apa yang penting positive environment. Jika ada rakan-rakan atau adik adik junior, kita sebagai senior perlu beri sokongan dan mencipta positif environment. Jangan menjatuhkan atau mematahkan semangat orang lain untuk sambung belajar. Langsung tidak rugi menimba ilmu!

Seperti saya alhamdullilah saya dapat kerja di industri dengan gaji master dan syarikat juga menyediakan biasiswa untuk sambung PhD. So rugi ke sambung belajar kerana ilmu ? Kerja dan rezeki semua kerja Allah kita hanya perlu usaha dan tawakkal sahaja. Jangan mengeluh! Kalau awak mengeluh dari awal awak dah GAGAL.

Yang rugi apabila kita terlalu negatif dengan semua benda. Tidak fikirkan solution! Berubahlah confessor. Ada hikmah setiap kesabaran dan pengorbanan yang kita buat.

Tentang buat master 5-6 tahun saya tak pasti pula tapi sangat sangat jarang berlaku. Sebab KPI lecturer juga untuk student Graduate on time(GOT). Paling lama aku pernah dengar 3-4 tahun ini pun sebab student menghilang dan tidak rancang betul-betul apa yang dia nak buat. Kena ingat postgraduate bukan macam undergraduate. Semua kena suap. Kalau kau tunggu SV kau suap memang logic la 5-6 tahun baru siap. Postgraduate student kena PROACTIVE. Buat kerja sendiri dan rancang timeline sendiri.

Sebenarnya postgraduate life sangat indah. Tak dinafikan memang kita akan jumpa macam-macam perangai dan masalah. Ini namanya pengalaman. Pengalaman yang mematangkan kita.

Kepada adik-adik yang nak sambung master atau phd teruskan niat anda! Insha allah percaya kepada rezeki Allah dan jadilah seorg yang positif. Sebarkan aura positif kepada orang lain. Bantu orang lain. Insha allah semua akan dipermudahkan.

– Postgraduate student yang tabah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.