Assalamualaikum admin.Aku nama Yang (bukan nama sebenar) berumur 26 tahun.Aku cuma nak share pengalaman diri sendiri tentang mentaliti sesetengah orang tentang anak yang berbin/binti Abdullah ini.Aku dibesarkan oleh keluarga angkat sejak lahir dan nama aku berbintikan Abdullah kerana ada kekangan ketidak lengkapan dokumen semasa pendaftaran sijil lahir.Hal ini terjadi kerana mak dan ayah kandung aku bergaduh semasa mak mengandungkan aku.Nama aku berbinti Abdullah kerana segala dokumen dibawa sekali oleh ayah dan oleh kerana itu mak tak dapat daftar nama aku guna maklumat ayah.Mak aku juga seorang Orang Kelainan Upaya(OKU) dari segi pendengaran dan bisu menyebabkan kesukaran untuk merekod keterangan yang sahih.Zaman dulu kala tidak semudah sekarang tambahan mak aku tidak tahu membaca dan menulis.Pada asalnya family angkat aku hanya nak membantu sahaja tapi saat akhir mak aku serahkan aku kepada mak ayah angkat aku sebab dia tak mampu nak besarkan aku dengan keadaan dia yang tak tentu arah/hampir meroyan dan tiada sumber pendapatan untuk menyara anak.Oklah setakat tu je aku boleh cerita siapa aku dan bagaimana aku boleh berbintikan Abdullah.
Sehubungan nama aku ada Abdullah, sejak kecil orang klasifikasikan aku anak tak sah taraf.Aku terima segala macam ejekan,persoalan dan pandangan dari kebanyakan orang yang berada di sekeliling aku.Aku berpegang teguh kepada satu sahaja iaitu aku bukan buat salah dan aku tak perlu rasa rendah diri sebab semuanya Allah swt dah susun untuk aku.Aku membesar sama seperti kanak-kanak dan remaja lain walaupun sebenarnya family angkat aku bukanlah sebuah keluarga yang harmoni.Contohnya bila daftar sekolah,aku uruskan sndiri start darjah satu hingga kolej dan report card pun tak ada yang kisah nak ambil dan semak.Hal ini kerana,mak angkat aku suri rumah sepenuh masa yang tak tahu membaca dan menulis manakala ayah angkat aku berkawen baru jadi semakin hanyut dengan keluarga baru dia.Aku tak nak cakap lebih-lebih sebab bagi aku tahu bukan hak aku nak persoalkan hal urusan mak dan ayah angkat aku.Aku dah cukup bersyukur mereka sudi pelihara aku dan jaga makan minum aku.
Sekarang aku nak cerita fasa aku mengenali lelaki atau memilih jalan mengenali pasangan.Lelaki pertama yang aku kenali bernama Johan, aku berkawan dengan dia dari sekolah lagi dan sampai satu fasa kami buat keputusan untuk menghalalkan hubungan kami tetapi aku rasa diri aku diperkotak-katikkan.Mak ayah Johan mempersoalkan kenapa aku ambil keputusan untuk tak nak buat majlis kenduri dan tak nak naik pelamin semua.Aku cuma mengimpikan sebuah pernikahan yang ringkas sahaja.Tapi ditentang keras oleh kedua orang tua Johan kerana dia adalah anak sulung dan keluarga mereka besar dan ramai kenalan.Jika sekadar kenduri kesyukuran sahaja macam nikah koboi.Aku diamkan lagi bila ada bunyi-bunyi macam itu sampai tahap aku timbul rasa tak nak lagi teruskan hubungan.Bila Johan mula suarakan sekali lagi nak menikahi aku,mak ayah dia timbul point baru pula,Mereka persoalkan nama aku binti Abdullah (pada awal mereka dah dimaklumkan tentang itu) dan mula kata tak sekufu dalam family besar mereka.Sejujurnya aku kecil hati sangat dan aku kecewa bila aku dipersalahkan sedangkan itu aturan Allah swt.Selepas dari isu tersebut aku mula menjauhkan diri dan semakin menyampah nak melayan Johan dan keluarganya atas sebab-sebab lain yang sengaja diisukan.Akhirnya aku ambil keputusan untuk tinggalkan Johan.
Aku mengumpul sebuah kekuatan dan berkenalan dengan lelaki bernama Iman (kawan yang kenalkan).Pada awal perkenalan lagi aku jujur menceritakan siapa diri aku dan asal usul aku sebab tak nak menipu mana-mana pihak.Iman menerima seadanya siapa aku dan kami menjalani proses berkenalan dengan baik.Dia sangat caring,menghormati aku dan keluarga aku,bertanggungjawab dan jujur.Akan tetapi hubungan kami tak dapat bertahan lama kerana apabila Iman menyatakan hasrat untuk menikahi aku serta menceritakan sejarah asal usul aku,keluarga Iman tak boleh menerima kehadiran aku.Keluarga Iman sangat mementingkan nasab yang jelas, bagi keluarga Iman aku sama taraf macam anak tak sah taraf dan mereka ada sejarah hitam dengan orang berstatus nasab tidak jelas.Aku dah agak isu ini akan timbul lagi sekali dan oleh itu,ak berbincang elok-elok dan dengan kewarasan akal aku setuju untuk memutuskan kami.Aku tak nak Iman menjadi anak derhaka dan aku juga tak kan teruskan hubungan jika tiada restu kedua orang tua dia.Aku tahu anak lelaki bertanggungjawab terhadap kedua orang tuanya sepanjang hayat dan dia sebagai anak wajar mematuhi arahan mak ayah selagi tidak bertentangan dengan agama.Sesungguhnya aku kecewa yang teramat sangat kerana mak ayah Iman tak pernah jumpa aku,belum pernah jumpa depan-depan mahupun bercakap melalui telefon,tetapi awal-awal dah menolak aku mentah-mentah sebab aku berbintikan Abdullah.Kenapa masih ada manusia mempersoalkan seterang-terangnya takdir Allah swt dah susun sejak azali.Aku sayangkan hubungan kami tetapi aku tak mampu melangkau keputusan yang dibuat bersama.
Sekarang aku fobia untuk mengenali lelaki sedangkan ramai orang disekeliling aku kenalkan aku dengan kawan-kawan mereka tetapi aku tolak untuk mengenali sesiapa pun.Aku dah tak kuat nak melayan kerenah manusia yang terlalu berpegang pada sekufu mereka.Aku ambil keputusan untuk terus membahagiakan diri sendiri dengan cara aku sendiri.Sememangnya aku serik,takut dan dah malas hal jodoh ini.Bila orang kata aku ni memilih sangat sebab itu tak kawen.Aku juga yang dipersalahkan lagi sedangkan hanya aku,dia dan Allah swt sahaja yang tahu apa yang terjadi selama ini.Aku cuma nak nasihat kepada korang yang pentingkan sangat sekufu,keturunan dan tak boleh menerima anak-anak berbinti/bin Abdullah ini untuk buka sikit mentaliti,kaji balik pendapat anda wajar atau tidak keatas orang itu sedangkan dia tak minta jadi sebegitu,kebahagiaan anak mak cik/pak cik bukan diukur dari segi darjat dan keturunan.Aku tak dendam kepada mana-mana pihak tapi aku sedikit kecewa dengan golongan otak sempit ini.Akan tetapi wajarkah aku menanggung takdir lampau?Takdir Allah swt itu untuk bentuk jalan kita bukan menjadikan penghukum atau pengadil untuk mengasingkan apatah lagi membezakan seseorang dalam kelompok kalian.
Insan Agliophobia.
– Yang Kechik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment