Assalammualaikum. Thanks kalau approvekan confession ni. Aku nak cerita pasal family aku. Aku ade tiga orang adik beradik perempuan 4 lelaki. Even kitorang dah besar tapi kitorang still macam budak kecik sikit2 cari ayah dengan mak. Satu hari tu tak sah la kalau tak tengok muka ayah dengan mak. Lagi sekarang aku tengah cuti sem. Lagi seronok la aku duk umah dapat bergurau senda dengan family.
Aku dengan kakak aku memang tak malu la kalau keluar ke, gi mana2 ke pegang tangan ayah. Sebab aku rasa selamat. Aku tak faham kenapa orang suka sangat tanya “tak malu ke dah besar nak rapat dengan ayah, peluk cium ayah”. Kau peluk cium pakwe kau tu aku tak penah tanya apa-apa pun.
Tolong la ubah sikit cara berfikir tu, ayah kot. Orang yang Allah jadikan untuk jaga kau, untuk sayang kau. Certain je manusia yang hatinya kotor dan terpengaruh dengan bisikan syaitan. Sebab tu tergamak makan darah daging sendiri. Jangan nanti ade yang komen “eleh kang ayah kau dah buat kat kau, kau buat another confession “. Sila jangan jadi ba****g abadi. Aku lempang kang.
Parents tu tiada galang ganti. Selagi diorang masih ade hargai. Aku tau lain orang lain cara dia tunjuk kasih sayang. So ini cara aku tunjuk sayang aku kat parents aku. Tak usah la nak tengking mak ayah. Hentikan benda yang tak elok. Jaga akhlak. Iman memang tak dapat diwarisi sis and bro tetapi boleh je nak wujudkan iman dalam diri dengan berguru.
Sekian.
– cik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment