Thursday, 24 August 2017

Tidak Tenang Dengan Ibubapa

PengakuanKu

Assalammualaikum all. Ribuan terima kasih kepada admin kerana sudi approve cerita saya ni. Sebab saya memang sangat perlukan tempat utk meluahkan perasaan. Sori confession ni panjang sangat.

Aku anak bongsu laki umur 20an. Aku dtg dari family yg boleh kata strict juga, tapi takdelah teruk sangat masih lagi dalam level tolerable. Dari keluarga yg boleh kata orang senang jugak. Aku ada satu masalah dengan parent aku. Terutama mak aku. Mak aku ni jenis meticulous, cerewet, kuat membebel, kuat nagging dan strict. Tak garang Cuma tegas. Ok aku cerita dari awal. Dari kecik lagi aku selalu kena tinggal dan berdikari sbb both parent kerja.

Waktu kecik2 dulu waktu siang pengasuh jaga. Lepas tu dah tak bwk ke pengasuh dah, abg & kakak aku jaga pulak. Diorg pun takda la tua mana, beza berapa tahun je. Waktu sekolah rendah la. Kitorg mmg bnyk berdikari, bnyk buat benda sendiri, kena independent sikit la. Biasa lah tu. Kerja2 rumah, bab makan etc. Then waktu sekolah menengah aku dah tak dijaga sapa2. Jaga diri sendiri je. So tengahari tu mkn sendiri2. Pergi sekolah naik bas awam, kadang2 balik lewat sebab macam2 aktiviti. Basicly kira independent la jugak kan. Ok tu waktu sekolah.

Lepas SPM masuk IPT. Benda masih sama aku kalau balik akan tolong buat kerja rumah. Sekarang dah habis belajar, aku kerja, dekat dgn rumah. Masih sama, aku memang tolong mak aku. Aku kesian kat dia buat kerja rumah sorang2 dah tua. Aku tolong tengok apa yg tak ada kat rumah, aku beli barang2 runcit tu. Susun barang2 tadi elok kt tmpat yg sepatutnya. Hampir setiap malam atau tengahari waktu cuti aku masak atau belikan makanan. Everytime waktu makan aku tolong hidang. Lepas makan aku tlg kemas dapur, basuh pinggan mangkuk lap meja, simpan makan lebih dlm peti ais. Kutip sampah, buang sampah. Masak air dan isi air masak dalam bekas air. Air minum sentiasa penuh. Isi tray ais makes sure cukup. Kemas bilik, kemas rumah, especially tidy up ruang tamu. Rumah sentiasa dalam keadaan bersih, dan teratur. Sinki sentiasa bersih dan kosong tak ada pinggan cawan tak berbasuh. Meja di ruang tamu & ruang makan tu sentiasa kosong, bersih, Cuma ada hiasan, tak ada benda2 asing yg mencacatkan pandangan. Sentiasa bersiap siaga seolah2 macam orang Anjung Seri nak datang buat cover anytime. Laman aku tlg sapu, bersihkan, siram pokok bunga. Pakaian aku, aku lipat & gosok sendiri. Basuh tak sebab aku tak pandai sgt guna mesin canggih2 ni. Satu lagi sbb mak aku ni very meticulous. Almost perfectionist. So apa saja aku buat mesti ada yg tak kena. Lpastu dia complaint. Aku tak basuh baju, sebab nak basuh baju tu ada cara dia. Ada baju boleh campur, ada tak boleh campur, ada pakai tangan, ada kena pakai net, ada certain2 setting utk certain2 condition atau certain2 pakaian yg tertentu. So complicated. End up aku memang tak basuh baju kalau kat rumah. Cuma tlg sidai & angkat je. Tu pun mesti kena tegur kalau tak ikut cara dia. Sebab mak aku ni cerewet, semua benda ada cara dia. Walaupun benda tu aku buat dah betul, tapi tak ikut cara selera citarasa dia akan bising. Bila nak tolong dah la penat, dia tak appreciate pulak. Bila kita buat benda tu betul atau sometimes better than expectation dia, tak pernah pulak dia puji. Aku mmg dari dulu2 kecik2 lagi jenis tolong dia buat kerja rumah. Sebab mana ada orang gaji. Parent dua2 kerja. Aku mmg quite independent jugak. Tapi nak memorise SOP mak aku tu susah. Sebab terlalu banyak condition dan variables yg boleh effect satu2 task tu. Benda simple je, tapi bagi dia tak, semua tu kena perfect. Cerewet gila. Aku nak tolong mak aku sbb aku kesian kat dia. Tapi kalau macamni susah la. Apa2 saja aku nak buat mesti kena tanya mak aku sebab nnt dia tak puas hati. Tak boleh nak jangka apa kehendak & expectation dia even after all these years. Kalau tgh bz kenduri atau majlis tu mmg payah org lain takut nak tolong. Aku pun nk kena bnyk tanya dia, tapi bila dah kalut2 dia marah kata kenapa asyik tanya dia, tak boleh ke buat sendiri. Padahal kalau aku buat sendiri nanti dia condemn pulak. Itu ini tak kena. Bukan aku tak boleh buat, tapi dia yg tak pernah puas hati dengan apa yg orang lain buat. Dia selalu complaint penat, sakit belakang, tak larat, tapi mostly punca dari dia overwork sebab buat kerja rumah. Kita buat benda ukur baju di badan sendiri. Kalau penat tak larat, kita buat ikut kemampuan, tak perlu la nak nak buat perfect. Bagi dia tak, nak jugak everything perfect. Aku ni bukan cincai orgnya, aku pun terikut mcm mak aku jenis teliti orgnya. Kawan2 aku pun ckp macamtu. Tapi mak aku ni level lain telitinya & cerewetnya. Bila org lain tolong tapi tak mencapai expectation dia bising. Kalau ikut aku boleh je buat tak tahu biar dia buat kerja sorang2 baru dia tahu yg selama ni orang yg tolong dia tak Nampak. Kuat gila nagging. Tetamu datang rumah aku la tolong buat air, set up meja, kdg2 kalut2 keluar beli makanan, hidang lagi. lepas tetamu balik aku la yg tlg kemas balik basuh pinggan mangkuk, susun balik kat tempat asal dia. Nampak benda senang tapi kalau main dgn org cerewet jadi susah, Bnyk benda aku buat tak kena. Aku pendam je. Tadah je telinga, tapi kadang2 meletup jugak. Ye lah dah semua benda nak bising, stress aku, tak tenang dok rumah ni. Ikut hati aku fed up dah. Tapi aku buat jugak sebab kesian kat dia. Dia mak aku. Aku kalau boleh nak dia senang dan tenang. Ada masanya mak aku lagi rilek sbb makan aku masak atau beli, hidang, lepas semua dah makan, aku kemas2 pulak dapur tu settlekan semua. Barang2 dapur siap beli dan kemas. Rumah kemas. Laman kemas. Bukan nak berlagak tapi bayangkan anak laki buat segala kerja rumah, org lain jeles nak ada anak macam aku. Lelaki tapi rajin & cekap buat kerja rumah. Suami idaman nih. Haha.

Aku ni jenis suka duduk rumah. Malas keluar. Dah la rajin, baik pulak tu lekat kat rumah. Haha. Tapi kadang2 bila nak keluar tu susah gak. mak aku ni bnyk sgt tanya macam2. Rimas aku. Kadang2 nak lepak2 ngan membe2 balik lewat malam tu punya lah payah. Bukan selalu pun. Sekali dlm 2,3 minggu je. Orang lain sebaya aku ni every week keluar. Lepak plg kurg pun seminggu 2,3 kali. Kalau lepak tgk bola ke futsal ke, kdg2 pukul 3, 4 pagi baru balik. AKu takde la macamtu. Boleh bilang dgn jari sebulan berapa kali aku keluar. Bukan la apa kan tapi patutnya mak aku bersyukur la aku bukan jenis macamtu. Sesetangah org cakap redah je. Parent mula2 akan bising tapi lama2 diorg tak kata apa dah. Tapi aku kalau boleh taknak la buat macam tu. Sebab parent aku ni orang senang la juga. Jadi cuba bayangkan apa orang fikir kalau satu anak orang senang ni dia selalu dapat apa yg dia mahukan dan buat benda ikut suka hati dia. “Spoiled brats”. Aku tak nak jadi macamtu. Mak aku ni kuat nagging dan paranoid dia, tarik org lain skali. Tak bagi keluar malam. Sunyi, bahaya. Banyak orang jahat. Padahal dia tak pernah keluar malam tengok macamna orang ramai kt mamak, mall, uptown semua tu. Parent aku ni jenis semua benda kena ikut cakap diorang. Tapi kalau benda tu aku tahu contohnya komputer ke, phone ke, diorg tak nak dengar cakap aku pulak. Tapi suruh aku uruskan benda tu. Tapi bila aku pesan something taknak dengar. NI semua sbb terpengaruh dgn kwan2 social media la tu. Orang buat dia, pun nak buat. Tak ke bahaya tayang itu tayang ini kt orang. Seolah2 macam nak show off. Bila ada certain benda tu cara dia susah sikit tahu pulak complaint, tapi dia susahkan orang takpa pulak?

Orang cakap untung kalau duduk rumah, banyak benda boleh jimat, tapi orang tak fikir yg duduk rumah ni mental torture. Tak tenang. Bagi aku la. Mungkin korang akan kata aku ni tak bersyukur bagai. Tapi aku dah tak tahan. lama kena macamni. Orang yg tak kena mungkin tak faham. Benda kecik kalau banyak, lepas tu pendam lama, dia akn jadi besar. Sebab tu lah kot ada orang pesan, kalau dah kahwin jgn duduk rumah parent atau mertua. Ni la sebabnya. Kalau ikut hati aku nak keluar je dari rumah ni, menyewa kt tempat lain. Biar la bnyk keluar duit pun, janji aku tenang. Boleh dpt penyakit wey stress hari2. Kerja dah stress, balik stress lagi. Paling aku takut orang yg cerewet ni selalu org benci, tambah kat pejabat & masyarakat. Mak aku bkn setakat cerewet & kuat complaint, dia sangat2 judgemental. Aku takut org buat apa2 je kat mak aku. Sekarang kan org kuat lagi main bomoh. Nak bawak berbincang slow talk memang tak la. Dia takkan dengar. Bagi dia, dia je betul, orang lain salah. Kalau dia buat salah pun dia akan sgt defensive dan salahkan orang lain jugak. Dia tetap betul.

Fikir2 balik aku just pujuk diri la. Dia mak aku. Syurga bawah tapak kaki ibu. Dia jaga aku dari kecik sampai besar. Dan satu lagi sebab diorg ni tak pernah nak nafikan apa yg aku nak. Apa aku mintak selalunya dapat. Aku mintak pun bukan demand benda bukan2, semua tu keperluan jugak, cumanya parent aku tak lokek nak bagi apa yg aku mintak yg aku rasa benda tu baik buat aku. Itu sajalah motivasi aku utk teruskan hidup ni. I think that’s the price to pay to live a wealthy life. Hidup tak pernah sempurna. Jadi jangan la kita tgk orang senang tu hidup dia takde masalah. Tuhan bagi something, tapi tarik something, somewhere. Ni baru sikit. Yg jenis gaduh dgn family, yg dpt sakit kronik, yg ada ahli keluarga OKU, etc.

Sori sebab panjang sgt. Hope ada yg sudi baca awal sampai habis. Terima kasih

– karim (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.