Salam 1 confession buat semua. Terima kasih admin yang approve kan confession ini. Tulisan ini adalah sebagai respond aku kepada confession bakal cik doktor yang bertajuk “Kahwin bukan fokus utama” pada 21/8/17. Tulisan ni agak panjang sedikit ye, lama dah pendam nak kongsi ni. HAHA. Ok, betul apa kata dia tu. Aku hadapi situasi yang hampir sama dengan dia cuma aku ni bakal cikgu. Tambahan lagi, aku belajar di IPTS dimana yurannya yang jauh lagi berganda mahalnya daripada IPTA. Walau aku nak sangat masuk IPTA sejak dari Diploma dulu, tapi rezeki aku tetap di IPTS sampai degree ni, Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Walau PTPTN hanya cover separuh dan selebihnya aku kena bayar sendiri, kau fikir aku ada masa nak cintan cintun dan nak fikir soal kahwin? Tipulah takde fikir, tapi kahwin bukan fokus utama aku sekarang sebab fokus utama aku sekarang ialah nak balas jasa mak ayah dan bantu adik-adik, disamping nak selesaikan beberapa hutang yang aku miliki dan bina masa depan aku.
Bilamana fokus kau bukan kahwin sekarang lebih-lebih lagi perempuan yang macam aku, berusia 24 dan keatas, dah menjadi adat pula orang sekeliling akan bertanya itu dan ini pasal jodoh. Aku faham perasaan bakal doktor tu dan sesiapalah yang hampir sama dengan situasi macam ni. Sampai satu ketika sedara mara aku cakap jangan nanti kau kahwin dengan laki orang sudahlah, memilih sangat sampai terdesak nanti. Tersentak juga dengan ‘concern’ mereka tapi senyum jelah. Senyumlah dari hati sebaiknya. Mereka concern kan, walau hati sudah panas seterik mentari pagi dengan concern mereka tu. Hehe..
Bilamana adik perempuan aku yang bakal kahwin tak lama lagi, lagilah meriah suasana2 melodi TV3 yang aku kena hadapi sebab aku anak perempuan sulong. HAHA. Aku bahagia je adik aku yang nak kahwin dulu sebab niat dia nak kahwin masa belajar. Lain orang, lain perancangan dan hala tuju hidupnya. Maktok aku pulak bekas mak andam dulu, fuh lagi high demand dia minta aku request serba satu barang kemas. Kalau tak, itulah. Inilah. Tapi aku simple je, nak santuni warga emas, aku request je rantai. Tapi rantai tu nanti aku niatkan nak bagi kat mak aku sebab mak aku takde rantai. Aku tahu je mak aku nak juga merasa tapi banyak dah melabur duit kat kami anak2, jadi tu sebagai hadiah lah buat dia daripada aku sempena nak dapat menantu, hehe. Syarat utama aku sebagai kakak sulong ialah adik aku dan tunangnya kena hafal surah Waqiah (awal2 lagi adik aku beritahu dia nak kahwin, aku dah beri syarat ni). Aku akan semak hafazan mereka sebelum nikah nanti, hehe. Kenapa Waqiah? Sebab surah tu pembuka pintu rezeki. Insha-Allah, harapan aku moga surah menjemput rezeki tu dijadikan amalan oleh mereka daripada sebelum kahwin sampailah bila-bila. Mudah-mudahan rezeki mereka tak putus-putus, Amiin.
Berbalik kepada perancangan dan hala tuju fokus seseorang, kita tak boleh simply judge kenapa dia plan macam tu dan macam ni. Sebab setiap perancangan yang direncana, ada sebab musababnya sendiri yang orang tu je tahu. Termasuklah aku. Bilamana kahwin bukan fokus utama aku sebab fokus utama aku ialah keluarga dan karier, aku ada sebabnya. Macam yang aku mention awal2 diatas, nak balas jasa mak ayah dulu yang penat lelah membesarkan aku dan nak bina masa depan aku sendiri. Tidaklah aku cakap lepas kahwin tak boleh nak berjasa kepada mak ayah, tapi selagi belum ada komitmen lain, aku nak gembirakan mereka dulu. At least, aku dapat bawa diorang jalan2 ke, beli something yang menjadi idaman diorang ke. Insha-Allah. Aku target sasaran untuk aku berkahwin 28 paling awal. Sejujurnya, ada je yang approach, tapi aku cakap awal2 dan terus terang kepada mereka yang approach aku target kahwin umur berapa. Ada yang cakap boleh tunggu, ada yang cakap kita kawan dulu, ada yang memberi nasihat untuk tidak memilih sangat, etc. Tup tap, orang2 tersebut dah kahwin dan ada yang nak kahwin. Kau rasa? Aku rasa macam nak berhuhu je dan membuatkan aku lagi malas nak fikir sebab sejujurnya memang aku belum bersedia untuk kearah itu. Insha-Allah, aku yakin ia akan sampai bila tiba masanya. Aku ada je merujuk dan meminta nasihat daripada beberapa orang yang aku percayai berkenaan perkara ini, insha-Allah. Kata mereka, yakin dengan jodoh itu pasti ada bila tiba masanya dengan orang yang sebetulnya *shyshy
Lebih baik aku fokus kepada perancangan2 hidup aku termasuklah habiskan degree ni dan jika ada rezeki aku nak further study samada di local Uni atau oversea (doakan kite ye, awak2 yang membaca, moga tercapai impian ni insha-Allah). Ikutkan kawan2 dan sedara2 yang sebaya aku, semua dah bekerjaya dah, aku je terlambat sedikit sebab kerja dulu lepas diploma. Sedara mara semua sekali lagi concern pasal aku kenapa lah asyik nak study je, bila nak kerjanya. Sampai abahtok aku cakap “sudah-sudahla belajar tu, nak juga merasa gaji cucu-cucu ni”. Tapi dia lupa bahawasanya masa lepas aku diploma, aku kerja dulu 2 tahun (sebelum aku further degree) dan aku ada hulur gaji aku kat nenda aku tu beberapa kali okeh. Apapun, mak aku lebih merestui dan berharap untuk aku kerja dulu sebagai seorang guru, so doakanlah moga aku dapat peluang utk kerja dibahagian kerajaan sebab tu harapan mak aku yang tersayang. Ok mak, no worries. insha-Allah, angah akan usahakan untuk kerja as a gomen teacher nanti dan nak sambung Master juga ye. Sila restu ya jika angah dapat peluang ke oversea, hehe.. kenapa oversea? Sebab makin jauh kita berjalan, makin luas pemandangan kita terhadap nilai sebuah kehidupan. Bahkan aku punya impian untuk jadi solo traveler, gitu. Insha-Allah, mudah-mudahan Allah perkenankan.
Kenapa nak study je? Sebab semakin banyak yang kita belajar, kita akan realize yang makin banyak yang kita tahu. Ilmu yang kita miliki sekarang ni hanyalah setitis je daripada selautan ilmu Allah SWT. Itupun ada beza tau antara pengetahuan dan ilmu. Student nowadays lebih banyak cenderung kearah exam oriented. Belajar hanya untuk dimuntahkan kedalam dewan pepriksaan bukan dipraktikkan. *muhasabah diri. insha-Allah, aku niat untuk jadi pakar di dalam bidang aku sekarang ni, mudah-mudahan aku boleh menyumbang kepada Ummat Islam melalui kepakaran aku di dalam bidang ni. Kenapa nak menyumbang kepada Ummat? Siapa lagi yang akan bantu orang Islam jika tidak orang Islam sendiri, kan? *jom tepuk dada tanya iman
Kepada student2 yang sudah ada fokus perancangan hidup masing2, teruskan utk lebih bersemangat di dalam mencapai PASSION you all dengan PATIENCE. Pada masa yang sama, raih pengalaman sebanyak yang boleh masa zaman belajar ni, macam join persatuan, kelab2 mahupun NGO, kerja part time, etc yang membolehkan kau berinteraksi dan berhubungan dengan masyarakat. Macam aku, aku join Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), yang merupakan NGO Student di Malaysia ni yang sangatlah banyak memberikan aku panduan dan pencerahan tentang SIAPA AKU, apa TUJUAN AKU DIHIDUPKAN dan KEMANA AKU SELEPAS HIDUP ni. Bukan tu je, macam2 skill, lesson/value dan experience yang aku dapat daripada aku join PKPIM ni. Ikutlah masing-masing punya PASSION dan usahakanlah dengan PATIENCE. Sebab nanti kau bekerja, benda2 macam ni jugalah yang akan membantu kau dari sudut pengalaman disamping guideline dalam meneruskan kehidupan sebagai Hamba & Khalifah Allah. #SisSupportYouAll
Selain tu, buatlah kerja part time. Macam aku, aku buat kerja part time since aku dari SPM dulu, masa belajar diploma dan sampailah sekarang. Alhamdulillah, sedari kecil aku terdidik untuk menjadi seorang yang berdikari dan harus bijak dalam menjaga diri. Alhamdulillah adalah pengalaman sikit2. Ada kerja kat ladang sawit (angkat buah sawit bhaiii HAHA), kedai makan, housecleaning service, waiter kat hotel, home tutor, cikgu ganti, 7E, printing shop dan lain2 lagi. Sekarang ni pun, aku buat 3 in 1 sebab macam2 nak kena bayar beb, life nowadays kan. Lagi pulak aku ramai adik beradik, tak nak lah susahkan parents sangat. Beb, betul kata bakal doktor tu dalam confession dia, hidup ni tujuannya bukan untuk kahwin semata-mata. Banyak lagi yang kita boleh usahakan untuk jadi MANUSIA BERGUNA. Erti hidup itu kan pada memberi, beb. Dan bukankah sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat untuk orang lain? And what you give, you get back babe!
Aku kan student dan aku sedih tengok keadaan mahasiswa2 aka student2 zaman sekarang ni yang fokusnya hanya pada 4K. bangun pagi, pergi Kuliah (‘K’ pertama). Dah habis Kuliah, pergi Kafe (‘K’ kedua) untuk makan. Then, otak dah tepu, perut dan kenyang, balik rumah/hostel, rehat sekejap makanya ‘K’ yang ketiga ialah Katil. Tidur sat. Tidur dah, makan pun dah, ‘K’ yang keempat Korea/Karaoke. Which means hiburan. Malam2 layan movie ke, pi karok ke, wayang ke dengan member2. Beb, memang lah zaman student ni kena ‘manfaatkan’ sepenuhnya, tapi bila mana kau tiada persediaan untuk menempuh alam pekerjaan (which next level up in your life), kau jangan menyesal di kemudian hari sebab kau enjoy sangat beb, sedangkan masa2 student nilah kena develop pontential yang kita ada untuk bina siapa diri kita dimasa hadapan. Kalau nak tengok rupa pemimpin masa hadapan, tengoklah pemuda masa kini. Kitalah, beb. Siapa lagi.. Aku ni pun, banyak lompang sana sini juga tapi jomlah sama2 kita sibukkan diri kita dengan perkara2 kebaikan dan bermanfaat atau kita yang akan disibukkan dengan perkara2 lagha yang menyesatkan. Satu kisah yang menjadi salah satu inspirasi aku dalam meneruskan dan memperbaiki kehidupan aku ialah kisah seorang pemuda dimana kematiannya yang menghidupkan, kisah Syahid Ahmad Ammar. Boleh google utk tahu kisah kematiannya yang menghidupkan! Serius, beb, highly recommended!
Belajar untuk mandiri (berdikari) walau dimana pun kita berada dan siapa pun kita sebab tak selamanya kita akan senang dan tak selamanya kita akan susah. Allah itu Maha Adil, Pengasih dan Penyayang. Yakinlah dengan rezeki yang Dia tetapkan untuk kita, sebagai Hamba-Nya. Like one of the previous confessor sebelum ni ada yang mengatakan tentang konsep LOA (Law of Attraction), macam tu lah. Kepada yang belum baca berkenaan LOA tu, aku recommend untuk baca, nice beb. As long as kita berusaha dan istiqamah, insha-Allah. Bukankah Allah tidak akan ubah nasib kita selagi kita yang tidak mengubahnya sendiri? *tazkirah free sekejap ye, hehe.
Justeru, hormatilah dan raikanlah pendirian, keputusan mahupun keadaan orang2 sekeliling kita. Lain orang, lain ujian dan dugaan mahupun cara dia melalui dugaan tersebut. Santuni diri kita dan mereka sebaiknya, teruskanlah berjalan sebagai hamba Allah yang yakin dalam redha dan berusaha, seterusnya tawakkal pada setiap usaha yang dilakukan kerana apapun, kita hanya mampu merancang, namun Allah jualah yang sebaik-baik Perancang. Dia lebih tahu pada apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu. Yakinlah, saudara seislamku! “Boleh jadi apa yang kamu benci itu terbaik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu menyukai terhadap sesuatu padahal ia buruk bagimu. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (Surah Baqarah : 216) *love
Last but not least, aku nak share dengan pembaca semua kata-kata dari Buya Hamka. “Kalau hidup sekadar hidup, khinzir di hutan juga hidup. Kalau makan sekadar makan, kera di hutan juga makan”. Lalu apa bezanya kita sama mereka binatang-binatang itu? Nah, tanyakan saja dirimu sayang, apa mahumu dalam hidupmu, dan jangan kau lupa SIAPA KAU, apa TUJUAN KAU dihidupkan dan KEMANA KAU selepas kehidupan di dunia ini. Sungguh kerana dirimu begitu berharga, terutama Wanita!
Ampun maaf jika ada terkasar mahupun tersilap kata, hanya cebisan suara dari insan sederhana yang sedang berusaha untuk membina masa hadapan di dunia dan diakhirat sana. Suara yang juga pesanan untuk diri sendiri juga, sebenarnya. Sebarang pendapat, teguran mahupun cadangan penambahbaikan sangat dialu-alukan. Moving towards to a space of positive thoughts and life! Terima kasih, Wallahu’alam.
Hidup Biar Berjasa #HBB
– Melati Putih
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment