Assalaamualaikum, bila terbaca kisah yg Yana tulis tentang memasak haritu rasa nak share pula pengalaman.
Aku abang sulong dalam keluarga, dari kecil lagi suka memasak, tolong nenek, mak kat dapur dan paling best sekali waktu raya.
Mungkin minat tu timbul sbb ayah aku sendiri pun pandai memasak. Dia kalau pergi mana2 kedai dengan hanya rasa kuah lauk tu dia dah boleh detect apa bahan2 yang digunakan. Lepas tu balik dia try experimen jadi pulak tu! Macam2 dia masak dari masakan cina, arab hatta nasi kolok yang kitorang makan kt Kuching pun dia try haha
Macam dalam family aku, mak aku pun sama macam mak mertua yana bila makan ajinomoto akan sakit kepala. So kalau makan kat kedai yang guna banyak ajinomoto datang la sakit kepala dia tu. Makanya kat rumah kami tak ada ajinomoto dan memang guna bahan-bahan asas je. Dan aku pula suka masak ‘from scratch’ (dari kosong) dan tak gemar sangat yang instant2 (kalau sempat la hehe). Sebab kepuasan penat lelah tu rasa best dan berbaloi. Pernah dulu nenek aku bila nak buat kuih buah melaka (warna hijau yang ada gula dalam tu, luar ada salut kelapa) pun amik ubi kat belakang rumah, parut dan keringkan lps tu tumbuk dan kisar jadi tepung dia, guna daun pandan utk bagi warna hijau + wangi.. cuma gula dia beli la huhu.. sedappp..
Macam sekarang duduk kat mahallah peraturan dia tak boleh masak, so selalunya masak bila kat rumah sendiri or masa pergi rumah kawan. Kadang2 tu curi2 juga masak guna dapur portable (sorry pak guard, fellow), tu pun kalau ada gathering apa2. Walaupun dengan kos barang yang semakin meningkat, tapi aku suka sediakan makanan dan panggil kawan2 makan sebab kepuasan bila tengok orang makan tu susah nak gambarkan. Tapi memasak ni memang perlukan tawakal sbb kadang2 dah biasa dah masak lauk tu tapi still rasa dia lari, sbb yang beri rasa sedap tu pun milik Allah SWT.
Kadang2 ada ternampak iklan kelas memasak dekat kolej2 komuniti, walaupun terbuka bukan untuk perempuan sahaja, tapi rasa malu sangat nak pergi walaupun hati kata nak pergi. Entahlah. Apa-apa pun just nak bagitahu semua orang teruskan memasak tak kira siapa sahaja dan di mana anda berada sebab aku berpegang teguh dengan kata2 hikmat Chef Gusteau dalam cerita Ratatouille “everyone can cook”…..
– Little Chef
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment