Aku tertarik dengan confession Postgraduate Membazir Masa dan juga Postgraduate itu Indah. Kedua-duanya pada aku, aku yakini ia memang berlaku tapi terletak pada dua nilai yang extreme. Maksud aku, kedua dua confession menampakkan situasi terlalu gelap dan juga terlalu indah dalam dunia postgraduate. Bagi, kedua-dua situasi tersebut sangat jarang berlaku. Ada, tapi jarang.
Aku juga pelajar postgraduate (PG) by research. Pernah mengalami sisi gelap dan sisi indah dunia PG ini. Sekarang ni dah masuk dua tahun, inshaAllah akan settle dalam tahun ni.
Oleh itu, ada beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum turun ke medan tempur postgraduate.
1. Dunia postgraduate bagi aku sepatutnya dunia mutual benefits, win win situation. Lecturer ada grant, kita pula nak sambung belajar dan tiada duit untuk jalankan projek kita, dia pula cari pelajar jalankan projek, kita buat projek, projek dia berjalan, kita pula dapat scroll. Sepanjang perjalanan postgraduate (PG), dia akan supervise kita, dan kita pada masa yang sama pula peroleh kemahiran dan pengalaman. So bagi aku, tiada istilah bazir masa dalam perjalanan pascasiswazah. Kita akan belajar sesuatu, inshaAllah.
2. Kena ingat, kadang-kadang ‘membazir masa’ itu berlaku dek kita mengambil keputusan tergesa-gesa, tidak menyelidik dan juga ‘turun berperang’ di medan tempur postgraduate tanpa persiapan.
3. Oleh itu, aku nasihatkan jangan sekali-kali terburu-buru bersetuju nak sambung belajar bila dapat offer daripada mana-mana lecturer. Aku setuju dengan confessor Postgraduate Membazir Masa di mana dia katakan pelajar yang baru graduate ini akan mengalami satu fasa lost. Dan dia akan rasa ‘waaaah bestnya’ bila ada lecturer offer sambung belajar. Sebelum terburu-buru, kenali dulu siapa potential supervisor kita itu. Perhatikan macam mana dia layan PG dia sepanjang pengajian. Berapa ramai yang graduate? Tanya pada PG dia. Kalau PG dia kata ok, dan kau nampak dia didik (bukan spoon feed) dan halakan betul-betul PG dia, then sambung. Kena rajin sikit la buat research. Ya la, sebab nanti kau akan 2-3 tahun bersama dia. Tapi kalau sebaliknya, baik katakan selamat tinggal. Sakiiiit nanti. Eh, cakap macam bercakap berdasarkan pengalaman je. Hahahaha. Tapi ya, pengalaman baik ke, buruk ke, semuanya memberi pengajaran dan develop anda kepada THE BETTER YOU. Terpulang dengan kita je nak lihat macam mana. Kalau frust menonggeng lama lama pun, tak ke mana juga. Hahaha.
4. Kenapa sampai 5 – 6 tahun? Tolak la sebab cuti bersalin, tangguh belajar atau sakit. Biasanya yang sampai 5-6 tahun ini sebab pengurusan masa kita sendiri yang gagal. Sebab pengurusan masa seorang pelajar PG ini semua bergantung dengan diri sendiri. Nak masuk lab, tak nak masuk lab, semua terpulang kepada kita. Kedua, sebab kita masuk ke dunia PG tanpa persiapan. Main bedal, tak tanya yang lebih berpengalaman. Banyak seminar-seminar yang ada yang boleh membantu. Buku pun banyak dijual tentang kehidupan dan persediaan menjadi pelajar PG. Cuba kenal dan bertanya dengan kawan kawan senior kita yang sedang ambil master atau PhD. Tinggal kita nak tak nak sahaja.
5. Aku tak setuju kalau kata kita stuck buat master sampai 5-6 tahun sebab lecturer kejar KPI untuk cepat naik pangkat, aku tak setuju. Sebab, kalau betul la jumpa lecturer yang betul betul kejar KPI, lagi cepat student dia graduate, lagi cepat la dia naik pangkat sepatutnya sebab itu antara kriteria yang dinilai. Cuma pelajar perlu tahu hak dia. Publication, authorship dan sebagainya, tapi bukan di sini kot untuk menerangkannya. Boleh cari sendiri, ok?
6. Perjalanan PG ini tak terletak pada cepat lambatnya kita selesai. Tapi terletak kepada bagaimana kesungguhan dan sejauh mana kita belajar. Jangan compare perjalanan kita dengan orang lain. Teruskan berdisiplin, semangat dan bersungguh-sungguh, inshaAllah lagi cepat sampai ke penghujungnya. Tapi ya, kadang-kadang perjalanan hidup kita tak selalu mudah. Akan ada cabaran-cabarannya. Selalu orang kata, perjalanan PG ini ialah perjalanan air mata darah. Dan musuh utamanya ialah turun naik semangat kita sendiri. So, Jangan la putus asa ok? Teruskan perjalanan!
Yang paling penting, kena jelas the BIG PICTURE dan the BIG WHY kita sambung postgraduate study. Kita perlu tahu apa yang kita buat ini, bukan semata-mata untuk diri sendiri sahaja. Kalau sebab nak gaji besar, nak dapat kerja, kita akan kecewa kalau tak dapat yang diharapkan. Tapi, buatlah sesuatu atas sebab yang lebih besar. Apa yang kita buat ini ialah untuk CONTRIBUTE BACK TO THE RELIGION, SOCIETY AND NATION dan yakinlah setiap kajian kita itu, ada sumbangannya.
Bila kita work for a greater cause, inshaAllah kita akan lebih kuat dan takkan ada masa untuk down dan kecewa lama lama.
So, bagi yang bakal sambung, yang tengah sambung, yang dah nak habis, jangan risau, enjoy your journey, ok?
– Pelajar Pascasiswazah yang Ada Naik Turunnya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment