Assalamualaikum reader IIUMC
Saya berumur 22 tahun, baru je habis ijazah sarjana muda. Izinkan saya untuk menggunakan sedikit bahasa rojak kerana saya kurang biasa dengan sesetengah perkataan dalam Bahasa Melayu dan selesa menggunakan Bahasa Inggeris
Lets get started. Saya bertudung, tapi tak sepenuhnya masa zaman sekolah dan matrik. Sekadar ke sekolah, tuition dan kelas (di matrik) sahaja. Keluar pergi mall, jogging, pergi makan kat cafe, semua boleh kata kadang2 sahaja. Mak ayah saya jenis yang agak open. Nak pakai tudung atau tak, tu terletak pada pilihan saya. Tapi mereka dah letakkan syarat. Kalau nak pakai tudung, make sure everything is covered. Baju dan seluar kena longgar dan tudung tutup dada. Saya mengaku, saya tak bertudung pun saya pakai baju longgar2, so its not really a problem to me.
When i was schooling, its not a big deal since my friends and I lived quite far with each others. So we rarely bumped into each others out of school. They know that I’m not fully wearing hijab too. But when i entered matriculation, my life started to went haywire (huru hara). Why? Sebab kat matrik sama je macam duduk asrama. Kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 atau 5 petang. Di waktu kelas dan outing sahaja saya memakai tudung manakala sewaktu beriadah atau turun makan memang jarang pakai tudung. Obviously, I will be meeting some of my classmate and also my coursemate. Dan mereka akan melemparkan pandangan dengan penuh judgemental kerana saya on off pakai tudung. Saya tahu mereka kutuk belakang dan mengata saya macam2. Dan saya juga bukan nak judge tapi kebanyakan mereka pakai tudung tapi baju masyaAllah. Saya pun tak berani nak pakai macam tu. Hurmm..
Pernah juga saya nak cuba2 join usrah di matrik, tetapi dipandang enteng oleh kebanyakan mereka yang bertudung labuh. Selepas 2 kali usrah, saya putuskan untuk tidak meneruskannya kerana tiada seorang pun yang endahkan saya. Sampai lah saya bertemu dengan seorang hamba Allah ini. Beliau merupakan AJK untuk asrama saya. Kami kerap bertemu di padang riadah dan cafe. Kadang2 beliau makan semeja dengan saya dan cuba untuk memulakan bicara. Tudungnya labuh, tutur bicara sungguh lembut. Langsung tiada pandangan judgemental dari beliau. Awal perkenalan kami agak melucukan. Beliau menganggap saya Chinese yang revert dan bertanyakan mengapa dan bagaimana saya boleh memilih Islam (saya ada sedikit berdarah cina dari belah mak). I told her that i am a Malay and she was shocked and apologised. It was due to my nickname there, Lee.
Pernah juga saya utarakan kepada beliau bahawa saya merasa rendah diri berkawan dengannya. Jawabnya simple sahaja.
“Hanya Allah yang boleh menghakimi hamba-Nya.”
Saya sangat tertarik dengan keperibadiannya. Pernah sewaktu kami outing, dia menyuruh saya memilih beberapa helai shawl dan tudung. Hadiah untuk seseorang katanya. And surprise! She left it on my bed on our last day at matric with a note stating that t was a gift from her. I was very touched with the act of kindness. And since then, saya makin kerap bertudung. Tapi masih lagi ada waktu2 tertentu saya tidak bertudung, cuma makin kurang berbanding sebelumnya.
Alhamdulillah, I am now fully berhijab even untuk sapu sampah di beranda rumah. Cuma belum lagi berhandsock dan berstoking walaupun memakai baju lengan panjang. In shaa Allah one day i will. To fellow facebookers and twitterians, please jaga akhlak. Sekarang saya tengok kalau perempuan tak bertudung sikit2 akan dikecam. Adakah dengan kecaman tu boleh membuatkan kami yang tak bertudung ni tertarik untuk bertudung? Sama sekali tidak! Malah kami akan menjauh kerana double standard yang anda cipta. Dekatilah kami yang baru nak beristiqomah ini.
Sincerely,
Lee
– Lee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment