Thursday, 24 August 2017

Muhasabah Dalam Putus Cinta

PengakuanKu

Aku harap sangat admin dapat publish confession ni sebab dah lama aku nak tulis pasal ni. Terdetik kat hati aku nk tulis pasal benda ni dengan dua sebab. Sebab pertama adalah kerana banyak confession berunsur ‘putus cinta’ yang aku dapat baca kat IIUM CONFESSION ni hanya menyalahkan sebelah pihak saja. Sebab kedua adalah perkara yang aku nak cerita ni berlaku dekat member aku sendiri. Jadi, aku harap korang dapat terima apa yang aku nak cakap dengan hati dan minda yang terbuka.

Straight to the point, kadang kadang, aku pelik juga kenapa orang yang putus cinta ni hanya tahu nak salahkan sebelah pihak je. Maksud aku, kenapa taknak muhasabah diri? benda ni sendiri terjadi kat member aku. Dia baru je berputus dengan boyfriend dia dan dia duk tertekan fikirkan apa salah dia dan sudah tentu dia juga duk salahkan boyfriend dia . Aku kesian kat dia sebab memang aku Nampak dia betul betul sayangkan boyfriend dia tapi dalam masa yang sama, aku berharap dia dapat muhasabah diri dia. Sumpah aku tak berani nak tegur kesalahan dia sebab takut hubungan kami renggang.

okay aku terus terang, aku nampak orang yang putus cinta ni hanya perasan kesalahan ‘kecik’ je yang mana dorang boleh ambil kesalahan tu sebagai penyebab putusnya hubungan cinta dorang, contoh alasan adalah cinta jarak jauh dan lain lain. korang sepatutnya fikir lagi mendalam tentang kesalahan korang. Aku ambil contoh member aku ni, masa duduk ‘dekat2’ dulu, dorang selalu berjumpa. first2 tu mesti berteman kalau dorang nak dating..tapi makin lama makin menjadi, hingga lah berani keluar berdua duaan. then, masa dah duduk jauh2,makin lama makin renggang, last2 putus. pastu mulalah bagi alasan sebab percintaan jarak jauh ni susah. hm…

hei, muhasabah lah diri, berbaik sangka lah dengan Allah. Mungkin Allah pisahkan korang sebab taknak bagi korang terus menerus melakukan maksiat? contohnya kalau dulu korang on call tiap2 masa berjam2.. kalau dh clash, xde dah call2 ni.. korang semua pon tahu kan on call bukan muhrim tanpa niat yang betul adalah haram. Zaman nabi dulu, bersurat2 bukan muhrim adalah haram . Bersurat surat ni sama je ngan mesej cuma bezanya zaman nabi dulu xde mesej sebabtu ada hukum untuk surat je . aku tak perlu cerita lebih pasal hukum sebab korang pon tahu.

so dipendekkan luahan ni, kalau korang putus cinta, jangan fikir dari segi factor dunia semata2…fikir juga factor keberkatan kerana sebenarnya factor keberkatan ni lah yang lagi utama. setakat ni je lah luahan dan nasihat dari aku.. luahan ni pendek je. harap dipublish dan dibaca.
thanks :)

– Sahabat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.