Salam Sejahtera warga IIUMC. Kalau admin sudi siarkan kisahku aku ucapkan terima kasih banyak2. Nama aku Via umur aku 2x yang pasti aku masih muda lagi. Apa yang aku nak luahkan di sini ialah perasaanku sebagai seorang perempuan & isteri yang belum hamil setelah keguguran kandungan yang pertama.
Aku pernah hamil sekali tanpa pengetahuanku. Ini kerana menstrual cycle aku tak menentu. Dulu period 2bulan sekali. So aku tak expect apa2 masa tak period. sebab bagi aku ia normal. Selepas 55hri lambat hari aku ada pendarahan so aku expect aku period. Aku tak ambil kisah. Tapi pendarahan yang sikit2 selama beberapa hari. Sampaikan satu hari aku rasa sengugut yang teramat sakit. Untuk pengetahuan korang aku xpernah sengugut selama aku period. Masa tu aku baring pusing sana sini untuk selesakan diri. Selepas setengah jam baring sengugut tak terasa lagi terus aku bangun.Masa aku bangun tu aku rasa sesuatu keluar dari “vagina” ku. Yang pasti bukan rasa period biasa. Aku terus meluru ke tandas.
Sampai di tandas aku terus buka seluar nak tengok apa yang keluar. Aku sangat terkejut & Menangis semahu-mahunya. Even aku tak pernah gugur tengok orang keguguran tapi aku pasti 100% itu adalah janin. Tak mungkin darah period sebesar itu. Aku menangis lalu menelefon suami cakap yang aku keguguran dan suami terkejut sebab sama-sama tak tahu yang aku pregnant. Aku belum pergi klinik lagi dah pasti aku keguguran. Aku menangis sampai ke malam. Mengenang nasib dan menyesal tak cek awal-awal.
Keesokkan aku dan family sebelah mertua pergi ke klinik nak pastikan aku keguguran atau tidak. Aku nervous tunggu keputusan makmal sebab ujian pertama menunjukkan aku tak hamil. Tak sampai setengah jam aku dapat keputusan yang aku hamil “weakly pregnant”. Mungkin sebab tu aku keguguran. Aku redha saja mungkin Bukan rezeki.
Kini sudan hampir 2tahun selepas keguguran aku belum hamil lagi. Aku rasa sangat2 sedih. Siapa yg senasib dgnku dia pahamlah perasaanku. Setiap kali adik beradik,saudara hamil aku jadi sedih. Sebab aku selalu bertanya bila lagi giliranku. Kenapa mereka nampak sangat senang nak hamil. Aku sedih dan kecewa. Aku selalu bertanya dengan suami. Kalau2 aku tak dapat hamil lagi apakah dia akan berkahwin lain? Dia cakap tidak .Mungkin itu hanya jawapan sekarang. Kita tak tahu pada masa hadapan.
Keluarga selalu berikan aku sokongan begitu juga keluarga sebelah mertua. Itu yang menjadikan aku kuat. Tapi sekuat manapun tak siapa tau isi hatiku. Aku masih berharap. Selepas berurut haid ku jadi stabil setiap 30hri aku akan period. Kalau aku lambat seminggu aku akan buat UPT sampai aku haid. Nampak tak betapa berharapnya aku kat situ. Aku masih berharap ada keajaiban akan berlaku. Doakan aku ya semua.
– Mdm Via
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment