Assalamualaikum kepada semua pembaca beragama Islam dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca bukan beragama Islam.
Saya tertarik menulis ini apabila terbaca viral pembeli tidak mahu beli barang yang ditanya. Dengam kegawatan ekonomi ini mulalah keluar belang perangai pelanggan yang tidak berapa baik. Semakin hari pula orang berniaga semakin ramai dek kerana keperluan mencari wang. Saya bercerita ini berdasarkan pengalaman saya yang sudah berniaga lebih 10 tahun.
Kerja mana yang tidak susah. Masa mula-mula saya berniaga pelanggan yang bertanya 10 orang 5 orang yang akan tempah. Sekarang 100 orang bertanya 2 orang nak tempah pun susah.
Pelanggan zaman sekarang suka bertanyakan banyak soalan. Ya, saya faham pelanggan berhak untuk tahu semua maklumat. Tetapi janganlah hina kami ini. Contohnya: orang yang drop-out je kan yang berniaga macam ini. Ayat ini dikeluarkan semasa saya tengah deal dengan pelanggan itu. Dan pelanggan itu juga kerja besar dan profesional. Ada lagi ayat lain yang dikeluarkan tetapi tidak elok diletakkan di sini.
Cerita lain pula. Selepas perkhidmatan siap dilaksanakan, ada pelanggan buat hal tidak mahu bayar. Padahal harga yang ditempah itu sudah lebih murah 40% dari market price. Di sini juga saya biasa menerima pelbagai tomahan, cacian dan kejian.
Bila pelanggan tanya harga mereka suka cakap harga orang sana bagi lagi murah. Masalahnya pelanggan itu mahu brang yang mahal dengan harga yang terlampau murah sampai saya pun rugi. -maaf saya bukan nak buat donation dekat awak lebih baik saya buat donation pada orang palestin- ‘ni dalam hati juga’ Okay kalau lagi murah buat la dengan orang sana (tapi saya tak boleh cakap seperti ini nanti kena viral. Kata peniaga tak layan pelanggan dengan baik).
Saya berhenti di sini dulu sebab saya perasan tulisan saya semakin beremosi. Takut tak boleh publish pula.
Pesanan ikhlas: Kepada pelanggan (orang yang mengeluarkan duit), si penjual itu manusia. Awak tak tahu si peniaga itu laywer ke engineer ke yang awak hina itu. Tak semua orang di takdirkan menerima nasib yang mudah.
– Orang Tua
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment