Wednesday, 23 August 2017

Provokasi Indonesia

PengakuanKu

Assalamualaikum. Mengenai bendera Indonesia terbalik dan provokasi dari rakyat Indonesia terhadap Malaysia.

Semua sedia maklum rakyat Indonesia sekarang tengah berangin dengan Malaysia kerana kesilapan cetakan bendera mereka di dalam buku cenderamata Sukan Sea yang dianjurkan oleh Malaysia. Bermacam2 provokasi kita terima. Bendera Malaysia di bakar, dipijak, bantahan di kedutaan Malaysia di Indonesia, serta kecaman kecaman di media sosial dengan panggilan dan gelaran yang kurang enak seperti Malingsia, Malaysia curang (curang dengan sapa tatau la), Malaysia anjing, Malaysia goblok dan sebagainya.

Sebagai rakyat Malaysia, tak dinafikan aku jugak sakit hati membacanya. Kesalahan kita tak disengajakan. Kita juga manusia biasa. Bukan maksum. Semua sedia maklum, Sukan SEA adalah satu temasya sukan yang disertai oleh berbagai negara dari Asia Tenggara. Tak mungkin Malaysia sengaja melakukan kesalahan ini dengan sengaja. Betul kan wahai netizens sekalian? Tetapi kenapa kita tetap dikecam, walaupun kita telah melakukan permohonan maaf secara terbuka? Semua ni adalah kerana semangat kenegaraan rakyat Indonesia pada negara mereka. Mereka sayangkan negara mereka. Jadi tak hairanlah mereka begitu marah atas kesilapan yang kita lakukan. Mungkin pada kita kecil permasalahan tersebut, tapi pada mereka, tidak. Seperti yang kita tahu, hubungan Malaysia dan Indonesia tidak begitu baik sejak akhir akhir ini kerana banyak isu yang kita tidak sependapat. Terutama sekali isu claim #doneclaim. Jadi tak mustahil kesalahan cetakan boleh menjadi trigger kepada kemarahan mereka.

Jadi, apa yang rakyat Malaysia patut lakukan untuk redakan kemarahan rakyat Indonesia ini? Simple. Jangan layan. Kita telah pun memohon maaf. Adakah rakyat Indonesia mahu kita sujud pada mereka baru mereka nak.memaafkan? No we wont do such thing. Banyak rakyat Malaysia membalas kutukan Indonesia kepada kita dengan komen komen yang biadap. Bergaduh berjela jela komen di facebook. Indonesia bodoh, Indonesia itu, Indonesia ini. Kawan kawan.. aku percaya, kita lebih baik dari ini. Marilah kita hentikan serangan balas kita terhadap mereka. Biarkan mereka dengan mentaliti mereka. Aku percaya, rakyat Malaysia lebih classy dan berhemah dari mereka. Biarkan mereka dengan provokasi provokasi mereka. Yang penting kita tunjukkan semangat kenegaraan kita pada atlet atlet kita yang sedang berjuang mengumpul pingat pada temasya sukan sea kali ini.

Bukan aku bermaksud supaya kita tidak membantu Malaysia untuk mempertahankan negara kita dari kutukan negara lain. Tapi cuba fikir dengan baik. Apa kita dapat dengan membalas kutukan mereka di media sosial? Hanya kepuasan hati kan? Bukan kemenangan mutlak yang boleh kita banggakan. Cara kita menghadapi masalah ini adalah salah satu cara kita untuk banggakan negara kita, dan membuka mata orang luar terhadap negara kita, bahawa rakyat Malaysia adalah baik dan bersopan santun.

Aku paham, susah untuk ubah mentaliti orang. Tapi at least sesiapa yang membaca tulisan aku ini, akan cuba untuk membanggakan Malaysia secara tak langsung. Jadilah seperti Thailand, tak menyalak walau bendera negara mereka tertukar dalam buku cenderamata Sukan SEA. Ya Malaysia salah, tapi kita dah pun memohon maaf. Sudah2lah bergaduh rakyat Malaysia dan Indonesia. Kita serumpun. Rakyat Indonesia pun banyak cari makan ddi Malaysia.

– Anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.