Saturday, 26 August 2017

Bahana Fitnah

PengakuanKu

Terima kasih kepada admin kerana sudi mengapprove .Kali ini aku nak share berkaitan dengan tajuk aku tu.ye.tajuk diatas.Tiada kaitan langsung dengan tips jodoh atau kecantikan.sesiapa rasa teringin nak baca dipersilakan baca dan fikir betul2.Isu berkaitan fitnah aku rase dah ramai dah org melaluinya.dekat mana2 bahkan dekat universiti. sbb aku pun pernah terkene.Tapi aku x nk cerita pasal cerita aku.aku just nak kaitkan cerita berkaitan orng2 luar yang terkne panahan fitnah ni..Terdapat point aku nk semua orng buke mata siapakah yang merupakan penyebaran fitnah ini berlaku.Isu tentang HH ke alif aziz ke atau orang luar yang kita tak ketahui.

1) Wartawan/penulis admin artikel
Ramai orang duduk sibuk share artikel artikel wartawan/admin post.Sedangkan artikel tu kita tidak tahu langsung mana kebenarannya..Bukan itu saja,wartawan sahaja post berkaitan dengan tajuk akhbar yang langsung tiada kaitan dengan gambar or fakta yang betul.Ini semua sbb saja nak suruh netizen2 lain naikkan view dia dengan baca dan share post dia walhal post tersebut tak tau betul ke tak.Wartawan juga saja memperbesarkan kes tersebut walaupun kes tersebut sudah selesai.Bahkan sanggup memputar belitkan fakta demi nak bagi laku cerita dia tu.Dah banyak dah post artikel pelik2 nak suruhnya rakyat kecam mengecam.Pasal ni aku tak cakap semua tapi segelintir sahaja
2)Netizen
Artikel yang wartawan post akan dishare oleh ramai netizen.Yang mana sesetengah manusia baca muka tajuk depan saja terus duduk menghentam sedangkan tak baca kandungan apa yang ada dalam artikel tersebut.Artikel tak tau betul ke tak.netizen buat spekulasi diri sendiri yang mana orang tak bersalah jadi bersalah.Pahtu duduk komen bende2 yang negetif dan sesi kata mengata tu berlaku.Tak semua netizen bergini tapi sesetengah saja yang suka sangat membuat andaian cerita yang sebenar sedangkan tak tau cerita yang sebenar.Kadang tu x sedar apabila terlampau nak tegakkan pendirian mereka,mereka komen dgn cara membuat cerita yang tidk betul.

Akibat daripada semua ini yang perlu anda perlihatkan
1)Maruah aib keluarga
Disebabkan oleh manusia yang suke duduk kecam mengecam nilah menyebabkan malu dan tercalarlah imej keluarga tersebut.Sebagai contoh,dalam keluarga tu ada anak dia dituduh menghisap dadah.Pahtu wartawan dah buat artikel kat surat khabar sedangkan anak orang tu tak dijatuhkan lagi antara bersalah ke tak.Kerana artikel muka depan dia yang membuat orang nak baca. terus orang kenalan menghebohkan cerita2 tersebut.ada yang tanya anak sape la.ayah dan mak dia la kne tanggung malu.

Kesimpulan
Kita kena sedar yang kita dah duduk diakhir zaman dh ni.Tak de makna dah ddk sibuk nak cantik nak tgk orng hensem.pahtu duduk update status bende2 x faedah.ce buke sikit mata ni.pensyarah ke .cikgu ke ada je jugak yang kne fitnah di anak murid sbb anak murid nk ke dia.so,apa yang perlu kita buat ialah dengan mencegah fitnah ni dengan cara yang betul.klu cerita tu x sohih jgn sebarkan dlu.dengar dlu apa keterangan orang tersebut daripada tak de bukti nak caci maki.takpun kurangkan la buat ketupat atau buat bijok dengan spekulasi entah apa bende.yang penting ingatla.walaupun kita x pernah kene atau family kita x pernah kene jangan ambik endah je pasal fitnah ni.sbb fitnah nilah benda akan menjadi2 di akhir zaman ni.Ingat sebelum terkena.Banyakkan lah buat ibadah supaya Allah sentiasa menjaga dan memelihara kita.Mohon maaf banyak2 atas penulisan saya sekiranya kata2 ini membuat segelintir daripada anda terkecil hati

Yang benar
M.ah

– M.ah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.