Saturday, 26 August 2017

Aku Ingin Lebih Baik

PengakuanKu

Salam untuk semua readers IIUM. Confession ni kalau tak disiarkan, admin je lah yg baca nampaknya. Takpalah, sekurang-kurangnya terluah jugak perasaan aku selama 3 bulan ni.

Aku sekarang ni berada di kolej matrikulasi. Sejujurnya, aku tak pernah pun nak masuk matriks. Masa keluar keputusan pun, bila check aku dapat, tak ada sikit pun rasa gembira. Lepastu check UPU pulak. Hampeh, keluar statement yg aku tak dapat satu pun. Luluh sangat hati ini. Padahal aku sangat berharap dapat masuk walaupun satu uni je.

Okay, aku akui result SPM aku sangat biasa. 6A cukup cukup makan je. Tu pun aku tak rasa happy langsung. Masa umum keputusan tak terkeluar pun satu kalimat syukur dari bibir aku. Malah aku tarik muka. Sebab aku memang tak sangka itu keputusan aku. Walaupun banyak tahniah aku terima dari kawan kawan dan cikgu cikgu. Salah aku letak expectation tinggi utk straight A. Tapi siapa je tak letak expectation tinggi bila kau dah usaha sungguh², yakin kau perform time jawab paper semua? Bila kau dah doa sungguh sungguh? Bila kau yakin mampu tunaikan hajat parents? Aku akhirnya tak mampu juga hadiahkan kejayaan untuk mak ayah aku. Sedangkan aku harapan terakhir mereka. Hati aku hancur.

Dengan semangat yg ada tak ada, aku pack barang untuk matriks. Tu pun parents aku nak hantar jugak pergi. Lagi sedih aku. Sebab aku menyusahkan diorang. Patut aku naik ETS je pergi. life kat matriks, wow mmg rasa semua benda fast track. Dengan tutorial, past year, PB, assignment memang mengah. Dalam tiga bulan ni tak boleh bilang dengan jari berapa kali aku menangis sebab tak kuat. Lagi lagi dapat program satu tahun. Tidur pukul 2 pagi tu biasa. Tak cukup tidur tu biasa. Pergi kelas muka sememeh je biasa.

And aku selalu scroll instagram, tengok life kawan kawan yg lain. Ada yg dapat foundation UIA, buat law. Ya Allah seronoknya. Aku apply utk law jugak and UIA jugak. Untungnya dia…

Ada yg dapat sambung medic dkt UKM. Lagi aku jealous…. Aku rasa apa je yg aku achieve sekarang? Aku tak mampu redha dengan takdir Allah. Aku tak mampu terima aku sekadar masuk matrikulasi. Rasa macam matriks bukan untuk aku.

Aku setakat ni tak perform utk kuiz semua. Nasib baik assignments semua terbuat jugak. Tapi faham tak, sakit untuk aku terima yg aku berada di matriks dan bukan di tempat yg aku nak? Kadang kadang bila roommate tak ada dekat bilik memang aku asyik menjerit. Bila diorang dah tidur dulu memang rutin aku menangis lepas geram. Aku tak nak ada dekat matriks!

Aku bukan nak burukkan matriks tau. Student matriks jgn offended. Case dia kat sini, aku yg tak nak berada dekat sini. Tapi aku takda pilihan lain. Tak ada uni yg terima permohonan aku so matriks in my only choice. Aku pun tak tahu mcm mana aku nak survive setahun dkt matriks. Dengan jauh dari family lagi. Aku cuma ada seorang bff je yg kuatkan aku dari dulu lagi.

Things get harder bila ada classmate aku ni yang suka brag dia pandai. Like your intention is? Aku tak kesah la kau nak pandai ke apa ke, jangan berlagak boleh? Kalau boleh setiap pencapaian dia dia nak canang satu kuliah. Everyday nak cerita life dia. Dia ni pun menyumbang kepada depression aku. Lagi susah aku nak kuat.

And ada batchmate tadi yg inform dia dapat masuk UKM, intake ogos punya. Baru gerak semalam. Lagi aku banjir… Universiti idaman aku… First uni yg aku letak dalam pilihan UPU… Ya Allah nangis lagi aku

Kalau ada readers dekat sini yang boleh share tips mcm mana aku nak survive, pls letak dekat ruangan komen. Aku mmg rajin scroll baca. Tolong sangat share mcm mana aku nak lahirkan rasa redha dalam diri yg aku cuma akan stay di matriks. Aku sangat tak kuat sekarang. Kadang kadang rasa nak bunuh diri. Tapi aku kesiankan parents aku. Tapi aku ni dah tahap depressed. Tolong aku.

– Didi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.