Wednesday, 23 August 2017

Hidup Tanpa Instagram

PengakuanKu

Salam semua. Aku nak confess tentang sosmed. Ada confessor cerita dia sudah tiga tahun tidak active dengan sosmed. Aku tabik spring dekat confessor sebab aku pun sebenarnya nak jugak keluar daripada sosmed ni. Tapi sebab faktor pelajaran dan scope kerja aku, aku masih kena active dekat Facebook. Nasib baik instagram aku takde benda penting. Instagram aku ni aku dah logout sejak awal bulan 7 lagi dan harap berkekalan sampai bila-bila. Kat sini aku nak kongsikan apa yang aku dapat selepas logout daripada instagram dan delete app instgaram dalam phone aku.

No more comparison
First of all, no more comparison. Aku dah tak ukur rezeki aku dengan rezeki orang lain. Aku dah tak kisah langsung dengan rezeki orang lain sebab apa yang Allah dah bagi dekat aku selama ni sebenarnya dah banyak sangat. Kalau sebelum ni, aku rasa macam banyak benda aku tak dapat dek asyik dok tengok rezeki orang lain kat instagram. So, sekarang ni aku bersyukur sangat dengan apa yang dah ada sebab aku tak tahu langsung dengan rezeki orang lain.

No more self inferiority
Bila takde comparison, takde lah self inferiority~ Aku dah makin kurang rasa tertekan dengan diri sendiri. Aku terima kelebihan dan kelemahan aku dengan hati terbuka dan redha. Aku bersyukur dengan kelebihan aku dan aku cuba untuk perbaiki kelemahan aku. Siapa lagi nak tolong diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan? Merungut sahaja takkan bawa diri kita ke depan.

Focused on real life
Bila aku takde instagram untuk aku exercise ibu jari aku ni. Aku jadi cepat bosan dengan phone aku. So, sekarang ni kebanyakkan masa aku tinggal je phone aku tu. Aku lebih fokus kepada aktiviti harian. Aku dapat rasa aku gunakan masa yang ada ni lebih kepada benda berfaedah. Dulu masa ada instagram, berjam-jam jugak dok exercise ibu jari. Dari satu account ke satu account aku stalk. Dekat explorer tu semua benda aku nak tengok. Dan amatlah rugi masa kita terbazir macam tu je. Sebenarnya lebih banyak kepada takde faedah daripada ada faedah. Lebih baik aku fokus dengan hidup aku. At least aku dapat baiki hidup aku dari sehari ke sehari. Keluarga aku pun tak berbulu mata tengok aku dok mengadap phone ja. Haha

Save data (A lot!)
Yang ni paling aku rasa heran bin ajaib. Data aku like seriously jimat banyak. Kalau sebelum ni, bila dah nak hujung-hujung bulan kena catu data sebab nak jimat taknak subscribe extra data. Kan tak pasal-pasal bil phone aku lari dari budget bulanan aku. Tapi sejak dah delete app instagram ni. Data aku berkurangan sikit sangat. Aku siap bukak youtube okay semasa nak pergi kerja. Tapi data masih banyak. Data bulanan aku 10Gb. Biasanya minggu ke4 dah tinggal 500Mb je. Sekarang dah minggu ke4, data aku ada 8Gb lagi. Maknanya aku guna 2Gb je dalam masa 3 minggu. Aku dapat agak dari sini rupanya instagram memang makan data banyak. Kalau korang tak percaya, cuba off data untuk app instagram korang. Hanya boleh bukak instagram bila ada wifi. Tengok jimat ke tak data korang. Anyone expert in this area? Boleh tak terangkan kenapa instagram paling kuat makan data daripada apps lain? Thank you~

Aku dah lupa dulu kenapa aku bukak account instagram dan nasib baiklah aku private account awal-awal lagi. So takdelah pendatang asing dalam kalangan followers aku. Aku hanya ingat sebab aku bukak account Facebook ialah untuk main game. Haha. Tapi dulu aku banyak jugak upload gambar sendiri, dengan kawan-kawan atau dengan keluarga kat instagram tu. Sekarang aku dah delete semua gambar yang ada penampakan aku atau keluarga atau kawan-kawan. Sebab aku taknak tanggung dosa tayang aurat orang lain dan aku taknak susahkan keluarga aku untuk delete account instagram aku kalau aku pergi dulu. Gambar yang ada sekarang hanyalah gambar pemandangan, makanan, dan buku.

Tak susah pun sebenarnya nak tinggalkan sosmed. Cuma masa setiap orang mungkin berbeza. Dan bergantung kepada niat kenapa ada account instagram.

– Hayatul Husna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.