Saturday, 26 August 2017

Postgraduate Bazir Masa

PengakuanKu

Assalamualaikum. Terima kasih IIUMC kerana publish buah fikiran aku.

Sebagai pengenalan, aku adalah graduan master dari UA sekitar lembah klang.

Sepanjang tahun-tahun aku bergelumang dalam ekosistem postgrad ni, boleh aku rumuskan yang kebanyakkan pensyarah kita sudah bijak menjerat dan mengikat. Banyak gagal dari berjaya. Begitulah.

Masih ingat confession dari scientistfrust/saintisfrust berkenaan betapa ramai graduan sains tulen (ST) bekerja bukan dalam bidang yang dipelajari selama 3/4 tahun? Ada satu perenggan, lebih kurang begini katanya, graduan ST yang unemployed ni akan dipancing untuk sambung belajar oleh pensyarah2 mereka.[ Yang berpengalaman akan tahu apa gula-gulanya.]

Aku nak elaborate yang satu inilah. Ini adalah berkaitan postgrad secara umum dan tidak hanya tertumpu pada ijazah ST.

Kebanyakkan siswa/siswi degree selepas bergraduat akan melalui satu period of time yang mana mereka akan lost. Tidak tahu hala tuju untuk membawa diri mereka. Lebih lagi kalau course mereka itu tidak hot dalam market pekerjaan. Dan kelemahan inilah yang menjadi hot button pada si bijak pandai (pensyarah) ini untuk memancing mereka2 yang lost supaya sambung belajar.

Beginilah. Kau lost and longing to be acknowledged by anyone yang sanggup hargai penat lelah kau di universiti selama 3/4 tahun. Kau mudah rasa diri ini special bila ada pensyarah tawarkan kau postgrad program ataupun menerima niat kau untuk menjadi student postgrad. Maka berjodohlah kau dan dia untuk kesekian waktu.

Tanpa kau sedar, kau jadi ‘alat’ dan ‘hamba’ untuk si bijak pandai ini.

Ye, kenyataan aku ini agak keras. Tapi inilah yang terjadi pada ramai kenalan aku yang bergelar student postgrad dahulu tak kira di mana-mana universiti. Tak semua kawanku sempat grad lagi, ada terkandas, ada yang dipegang dan ada yang bernasib baik dapat grad. Tak dinafikan juga ada yang bernasib baik berjodohkan supervisor/pensyarah yang betul-betul baik dan bertimbang rasa.

Kau tahu berapa ramai student postgrad yang terpaksa give up di tengah jalan dek kerana tertekan dengan perangai si bijak pandai ini?  [ada bermacam perangai, yang ada pengalaman boleh share di komen]

Kau tahu berapa ramai student postgrad yang terpaksa meneruskan perjalanan walaupun sinar di hujung lorong masih belum nampak setelah 5-6 tahun?

Kau tahu berapa ramai student posgrad terpaksa bertahan hingga 5-6 tahun hanya untuk master kerana supervisornya terlalu idealistik dan suka menambah2?

Kau tahu betapa ramai graduan kita lost (degree & posgrad) kerana si bijak pandai ini gagal menjalankan amanah mereka sebagai sang pencerah.

Kenapa boleh wujud realiti sebegini? Sebabnya darjat pensyarah sudah tiada nilai. Seorang yang sepatutnya menjadi sang pencerah pada anak-anak bangsa kini lebih tertumpu pada usaha untuk terus kekal relevan di universiti dan mencapat target kpi tahunan.

Salah satu usaha merepek mereka untuk capai kpi tahunan adalah saling tumpang menumpang nama dalam terbitan kertas kajian (walaupun tak terlibat dalam kajian, student postgrad geram je tengok).

Ini adalah perkara paling penting yang kau perlu take note. Aku jamin tak ada seorang si bijak pandai kita berani nak bagitahu pada student. – Bila kau masuk ke dalam ekosistem postgrad ni, perkara pertama kau harus tahu adalah kau akan ketinggalan bertahun-tahun lamanya dari segi pengalaman kerja dan gaji berbanding kawan-kawan kau yang memilih umtuk berkerja terus.

Kalau kau buat master 5 tahun, 5 tahun la kau buat benda sama dan gaji RA yang sama. Itupun kalau grant masih berbaki duit secukupnya.

Kau fikir dengan master boleh dapat kerja dengan senang? gaji lebih tinggi? terus serap jadi lecturer? Tolonglah buat fact finding dengan senior-senior kau yang memilih sambung postgrad.

Bagi aku, postgrad ini hanya relevan jika diambil secara part time oleh mereka yang sudah bekerjaya ataupun mereka yang mendapat biasiswa tajaan universiti (Biasiswa Tenaga Pengajar Muda). Sebabnya mereka ada jaminan kerja.

Kalau kau mahu sambung fulltime posgrad dengan duit sendiri, pinjaman mara ataupun mybrain tanpa apa2 jaminan kerja, aku rasa elok kau lupakan saja. Kalau betul dah tak ada kerja, lebih bagus kau jadi ejen cuckoo, coway, takaful, unit trust. Kerja2 ini lebih banyak memberikan ilmu, pengalaman dan gaji yang munasabah.

Kalau kau kata niat kau sambung postgrad kerana cintakan ilmu. Maknanya kau bebal. Aku pernah jadi bebal. Kemudian aku dapat jumpa jalan keluar dari kebebalan ini dan sekarang aku share buah fikiran dari pengalaman aku supaya kau nanti tak bazir tahun-tahun dalam kehidupan kau.

Kalau kau sedang dalam postgrad dan juga sudah tidak nampak sinar di hujung lorong. Berhentilah. Duit dan tahun-tahun kehidupan ko sangat bernilai untuk dibazirkan ke universiti dan si bijak pandai ni. Jangan risau, di luar sana ada yang lebih baik dari yang sekarang ni. Kau cuba perlu buat anjakan paradigma saja.

Itu saja. Sebagai penutup, aku minta maaf kalau terlalu negatif. Ini pandanganku, apa pandangan dan pengalaman kau?

– UT

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.