Friday, 25 August 2017

Depress-ion

PengakuanKu

Assalamualaikum dan Hi.

Nama aku Anis. Of course bukan nama sebenar. Umur 23 tahun. Baru habis study dan sedang menunggu untuk berlangsung nya graduation ceremony. Aku anak sulung dan punya bilangan adik yang ramai dan juga seorang anak yang kematian bapa. Okay cukup intro untuk diri aku. Sebab semua ni ada kaitan dengan benda yang aku nak luahkan lepas ni.

Hidup aku sekarang tengah caca marba. Rasa tak guna sebab masih menganggur sedangkan kawan kawan lain ada yang dah dapat kerja walaupun majlis konvo lagi 2 bulan. Masalah ni buat aku stress bila aku buka instagram, kawan kawan semua update stories dalam office. Buka facebook, kawan kawan share location di office. Sedangkan aku, masih menunggu khabar gembira dari beberapa syarikat yang aku mohon. Takpe lah. Aku percaya ada rezeki aku nanti. Jadi, aku tak pernah berhenti berdoa supaya aku cepat cepat dapat kerja.

Masa aku banyak dihabiskan di rumah. Mungkin orang lain happy duduk rumah, boleh banyak luangkan masa dengan keluarga. Tapi sebaliknya bagi aku. Aku jadi makin stress duduk rumah. Stress dengan perangai mama. Stress dengan perangai adik adik. Ohh ya. Papa aku dah meninggal 4 tahun lepas. Jadinya, aku tinggal dengan mama dan adik adik. Aku stress bila adik adik aku semua jenis pemalas. Baik lelaki dan perempuan. Aku pulak jenis pantang tengok rumah bersepah. Come on. Umur dah habis sekolah menengah tapi pemalas, baik kau tak payah hidup la. Perempuan pulak tu. Takkan nak mandi pun aku nak kena suruh. Yang si lelaki pulak, jenis sepahkan barang merata rata. Suruh dia letak kat tempat sepatutnya, jangan mimpi lah dia nak buat kalau aku tak buatkan. Makan, pinggan sendiri pun tak basuh. Bilik tidur tak payah cakaplah. Tu bilik dia. Bukan bilik aku. Cukup aku gambarkan, it’s disgusting. Tapi rumah aku kemas la. Cumanya aku la penat jadi manusia yang sangat pentingkan kebersihan rumah. Mama ? Memang tak la. Handphone di tangan 24 jam. Layan lelaki. Habis semua dia layan. Lepas arwah papa takda, mama jadi menggedik semacam. Melawa bukan main. Jadi seksi kat luar. Bertempat la. Tak guna pakai scarf atau tudung, tapi pakai baju ketat nampak segala benda. Selfie tu makanan harian dia. Aku syak dia ni nakkan perhatian. Tapi perangai kalah perempuan bujang macam aku.

Jujur aku cakap, aku mula rapat dengan mama lepas papa dah takda. Selama hidup aku, aku banyak luahkan perasaan aku kat papa. Sakit, sihat, sedih, gembira, semua aku cerita kat papa. Even rahsia aku pun semua aku cerita kat papa. Lepas papa dah takda, baru aku sedar aku tak pernah nak rapat dengan mama. Tapi tak macam yang aku harapkan. Mama lagi pentingkan handphone dia. Banyak kali dah mama kantoi dengan aku pasal jantan jantan keparat yang selalu contact dengan dia. Aku gelarkan jantan jantan keparat sebab semua aku tak suka. Aku tahu semua nak ambil kesempatan. Tapi mama sekadar mesej gitu gitu je la. Tak pernah melebih. Sebab dia takut dengan aku. Kalau aku cakap aku tak suka, aku suruh dia block jantan tu walau dia cerita macam mana baik sekalipun laki tu. Bagi aku, mama tak boleh ada lelaki lain selain papa. Nenek aku relax je hidup besarkan dia tanpa atuk, asal dia tak boleh. Anak anak dah besar. Aku boleh tanggung kott.

Walaupun dah lebih 4 tahun papa meninggal, sampai sekarang aku jadi depressed. Aku perlukan papa. Banyak benda aku nak cerita kat dia. Terutama pasal mama. Aku ada masalah lain, tapi aku tanggung sendiri. Malas aku nak cerita kat mama. Sebab macam takda function. Untung aku ada boyfriend yang boleh faham diri aku, jadinya banyak masalah aku, aku kongsi dengan dia. Sebab dia dah janji, dia akan jadi kekasih, bakal suami, dan juga papa untuk aku. Aku nampak papa dalam dia. Tenang, a good listener, and know how to comfort me. Dah banyak kali aku menangis dalam mimpi. Menangis jumpa papa dalam mimpi. Dan setiap kali aku mimpikan papa, aku jadi depressed sebab dia takda di alam nyata. Terkadang aku tanya, apa dosa aku sampai Allah ambil papa dari aku. Bukan aku nak salahkan takdir dan kuasa Allah, tapi depression ni buatkan aku ada fikiran jahat macam tu. Fikiran yang mengatakan tak adil untuk aku hadap semua ni. Sebab kalau papa ada, dah tentu mama tak perangai macam tu.

Tiba tiba menangis tu biasa bagi aku. Kau bayangkan gila tak gila kalau ada masalah depression ni, aku tengah main game Candy Crush pun boleh tetiba menangis. Aku dengar suara mama balik dari kerja pun aku boleh tiba tiba menangis. Sebab aku jadi tenang kalau aku duduk sorang kat rumah. Bila mana mama pergi kerja, adik adik pergi sekolah atau keluar melepak sampai terkadang lupa jalan balik rumah. Aku jadi tenang. Tapi bila semua balij rumah, aku jadi stress. Sampaikan aku pernah terfikir nak lari keluar rumah, sebab tak tahan melayan kerenah manusia dalam keadaan rumah bersepah.

Okay la. Penat aku nak taip. Aku mohon kalau korang koranng boleh cadangkan apa apa cadangan untuk aku release kan stress aku ni. Cadangan untuk aku berhenti jadi anak yang tak habis habis stress dengan perangan mama. Sebab aku tahu tu berdosa. Dan aku mohon cadangan macam mana aku nak nasihat mama aku supaya dia ubah perangai dia.

– Anis

– Anis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.