Friday, 25 November 2016

EDNOS

PengakuanKu

Semua orang mesti sudah biasa dengar penyakit ‘eating disorder’ . Antaranya ialah aneroxia nervousa, bulimia nervosa dan binge eating disorder.

Tapi korang semua mesti jarang bahkan tak pernah dengar pasal EDNOS kan?

EDNOS ni jauh lagi merbahaya dari penyakit yg saya nyatakan dekat atas tu. Kenapa sy cakap lagi merbahaya? Sebab dia ni mix kesemua jenis penyakit ‘eating disorder’ ni. Sy bukan pakar bahkan bukan doktor nk jelaskan pasal penyakit ni cuma sy nk ceritakan kaitan EDNOS dengan hidup sy.

Sy menderita penyakit ednos ni dah lebih dari setahun. Pada mulanya sy tak sedarkan penyakit ni. Sy dulu asalnya seorang gadis yang sangat-sangat obese. Berat sy 120kg berat yg tersangatlah berat dalam hidup saya.

Dulu, saya akui mmg selalu sangat kena mental abuse pasal fizikal sy ni. Orang duk mengata sana sini. Kutuk kita, hina kita, caci kita. And yang paling worse sy pernah kena kutuk makcik sy sendiri cakap kat cucu dia “Jangan makan banyak sangat tau, nanti jadi gemuk and hodoh macam y*** ni. Takde orang nakkan kau nanti.” Betul-betul depan muka saya makcik sy cakap macam tu. Sedih tu Allah je tahu macam mana saya rasa. Bukan setakat tu jee. Banyak lagi, kalau nk cerita kat sini sampai esok pun tak akan habis.

Masuk semester akhir diploma saya, saya nekad nak kuruskan badan sy. Niat asal sy cuma taknak terlalu gemuk dan saya nak buktikan saya bukan seteruk tu. Saya belajar dan buat research pasal diet-diet yg sesuai. Segala jenis workout saya jadualkan.

Diet sy memang sgt ketat dan sy sangat-sangat disiplin dalam diet sy. Alhamdulillah berat sy mmg turun banyak. Dan dari situ lah sy mula dapat pujian dari orang ramai, bahkan orang sekeliling mula nampak sy. Layanan mereka berubah. Yelah kan dah kurus kan jadi kita mula lah pandai berdandan, cantikkan diri. Kita mula menjadi perhatian orang yang mana yang pernah kutuk kita dulu yang ludahkan kita dulu mula layan kita elok-elok.

Episod hitam sy bermula, bila saya mula jadi takut sy akan jadi gemuk kembali. Sy takut orang akan mula menghina saya, kutuk sy balik. Dan setiap kali saya makan sy mula takut apa yang sy makan akan buat saya gemuk.

Sy mula amik makanan dalam portion yang sangat-sangatlah sedikit, workout yang melampau. Sy biarkan diri sy berlapar. Hari-hari sy timbang berat sy dah setiap kali sy timbang kalau berat sy tak turun sy akan paksa diri saya workout sampai satu tahap sy akan penat sangat.

Disebabkan terlalu lapar, satu hari tu sy binge semua makanan sampai satu tahap sy terlampau kenyang. Disini mulalah episod bulimia sy. Sy paksa diri saya muntahkan balik apa yang sy makan. Bulimia sy start masa lepas raya tahun lepas. Korang bayangkan, sy kawal portion makanan sy, workout and sy juga terjerumus dengan bulimia nervousa. Dalam dua minggu berat sy turun 11kg. Tapi masa tu sy tidaklah kurus mana pun sekurus penghidap aneroxia yg korang pernah tengok dekat media. Masa tu berat sy 67kg dgn tinggi 158cm. Lepas berat turun mendadak tu sy kena operate apendik sy pecah. Huhu.

Masa tu sy stop muntahkan makan. And sy ingat mungkin sy dah boleh hentikan bulimia sy tu. Tapi sy salah. Sebaliknya sy jadi binge eater. Sy mula x kawal portion makan sy. Dan dalam masa dua minggu jee berat sy naik mendadak.

Sy mula takut plus orang sekeling tegur perubahan badan sy. Sy jadi makin takut.
Sejak haritu sampai lah sekarang, sy masih lagi buat semua benda ni.

Sy menolak untuk makan, jika sy makan sy akan binge dan selepas sy makan sy akan muntahkan balik.

Dekat sini sebenarnya, sy harap sangat-sangat ada theraphist yang baca ni tolong sy. Sy bukan tak cuba untuk sembuh, sy cuba elakkan diri sy buat semua ni. Makan seperti org normal. Tapi takkan kekal lama. Fikiran sy menganggap setiap suapan yg sy makan akan buat sy jd gemuk.

Dan sekarang berat sy makin turun dan sy mula rasakan sy sudah mula masuk stage aneroxia. Korang mungkin akan bash sy mengenai perbuatan sy. Tapi korang takkan tahu betapa terseksa nya sy dengan life sy sekarang.

Sy jadi antisosial, hilang keyakinan diri, depression, dan sekarang penyakit sy makin teruk. Harini jee saya dah muntah sebanyak lima kali. Setiap hari. BUKAN SEHARI DUA TAPI HARI-HARI. Muntah sy pun dah bercampur dengan darah dah.

Tolong.. sy nak sembuh, sy taknak mati dalam keadaan sy macam ni. Sy bukan tak ingat agama. Sy tahu apa yang sy buat ni berdosa. Sebab tu sy nk sembuh. Hari-hari menangis sebab sakit ni. Terseksa sangat. Hari-hari fikir pasal mati. Nak mati. Nak mati. Itu jee yg sy asyik fikir. Hmm kalau sy lupa agama, agaknya sy dah bunuh diri.

Sy rindukan kehidupan sy yang normal. Sy malu dengan keadaan sy sekarang. Tolonglah sy.

– Suffered Girl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.