Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUMC sekalian. Dalam confession yang kali ini aku bukan nak mengadu apa-apa (maybe korang sendiri akan confess kisah korang kat ruang komen nanti) tapi aku saja nak share beberapa tips yang boleh gunapakai untuk berurusan dengan penghutang. Yep, penghutang bro. Orang meminjam dari korang, tak kisahlah pinjam duit ke, pen ke, bantal ke, pemadam ke (biasanya duit) dari korang.
Semua orang dalam dunia ni perlu berhutang beb. Tipulah selama kau hidup ni kau tak pernah berhutang langsung. So berhutang ini normal. Tapi orang yang tak bayar hutang ni cibai. Yang jenis dah tau hutang tapi tak reti2 nak bayar, atau nampak mewah tapi bila mintak hutang selalu mengelat, ini semua cibai. Dah macam kita pulak jadi pengemis dok setiap hari mintak hutang kat dia.
Jadi aku bahagikan tips ni kepada tiga fasa : SEBELUM, SEDANG, SELEPAS berhutang. Maksudnya kalau sekarang ni korang belum lagi memberi hutang korang boleh baca tips ni. Yang tengah memberi hutang pun boleh jugak baca tips ni dan yang dah settle hutang pun bolehlah baca jugak. Btw, tips ini hanya untuk pemberi hutang je tau. Yang penghutang tu tak payahlah nak baca, baik korang buat kerja lain, cari duit nak bayar balik hutang korang ke. Eh.
SEBELUM BERHUTANG. Tengok duit simpanan kau, cukup tak nak survive bulan ni untuk kau sorang je. Kadang-kadang kita ni suka bagi hutang kat orang sebab kita ingat simpanan kita banyak lagi. Alah dalam poket ada RM200, takkan member pinjam RM50 pun taknak bagikan? Tapi by the time RM150 tu habis mulalah kau mengagau cari member yg hutang RM50 tu. Kena pulak member jenis tak guna taknak bayar balik. Merana kau. Lagi satu sebelum memberi tu selidik dulu perangai kawan kau tu macam mana? Cara dia belanja, ada tak dia saving? Kalau every weeknd dia keluar tu kau dah patut boleh agak ah kenapa dia datang cari kau. Kawan tak kawan, bestfren tak bestfren, kalau perangai macam cilaka buat apa kita nak susahkan diri kita kasi pinjam kan?
Aku tau ada hadis yang kata kalau dah kasi pinjam, halalkan tu lagi baik, tapi disaat kau pun perlukan duit, nak halalkan tu bukan senang bro
SEMASA BERHUTANG – Kalau dah terpinjamkan duit tu kat dia nak buat macam mana? Chill, tak payahlah semalam kasi pinjam harini terus desak mintak bayar balik. Rilek dulu satu dua minggu. Sambil2 tu usha insta twitter fb dia, check2 sikit kalau dah nampak dia dok sedap upload gambar belanja awek tengok minum starbucks tengok wayang bagai, tu tanda dah bolehlah mintak duit korang balik tu
Apa nak buat kalau dia taknak / asyik mengelat nak bayar. First sekali, kau mintak baik2, jangan terus herdik marah mengamuk bagai, orang yg nak bayar hutang pun tak terasa nak bayar kalau macam tu. Kindly explain kenapa kau perlu duit tu, nak pakai sebab apa. Yee aku tau tu duit kau in the first place tapi nak deal dgn orang macam ni perlu banyak tolak ansur. Kalau dah dua tiga kali mintak cara baik tak kasi jugak, masa untuk mintak cara kasar pulak. Bila dia bagi ayat cliché “alah, dgn member pun nak berkira ke?” okay tu tanda kau perlu stop. YES, STOP sebab tu tandanya memang dia nak ngelatlah tu. Lepas ni dia sengkek, kau JANGAN LANGSUNG kasi dia pinjam dah. JANGAN LANGSUNG KASI PINJAM, tak kisahlah dia bestfriend ke housemate ke cousin ke boyf ke.Yang boyfriend ni lagi bahaya, kalau awal2 lagi dia dah kikis duit kau lepas kawin apatah lagi. (btw aku lelaki)
SELEPAS BERHUTANG – katakanlah nasib korang baik, dapat orang yg memang punctual gila bayar hutang. Alhamdullilah tapi jangan lepas ni duk happy pulak duk kasi pinjam kat dia berulang-kali. Hati manusia ni berubah tiap2 hari, hari ini dia bayar esok lusa kita mana tau. Sekali dia canang kat kawan2 dia yg kau ni macam bank, mintak pinjam je selalu bagi, naya kau.
Untuk yang cilaka tak reti2 nak bayar pulak walaupun dah berapa kali kau mintak, aku sarankan kau halalkan jelah kalau ia dalam jumlah kecil. Tapi kalau jumlah besar, bersabarlah nak, paling baik minta doa banyak2 kat Allah biar dia terbuka hati nak bayar balik hutang kau. And kalau dia try pinjam duit kat orang lain pulak, kau nasihatkanlah orang tu takyah kasi pinjam kat dia. Ceritalah perangai dia macam ni sekian2, jangan bagi orang lain terkena macam kau. (takpe kot mengumpat sikit2 demi kemaslahatan bersama)
Sekian sahaja untuk tips2 hensem untuk handle si penghutang. Minta maaflah kalau tak dapat mention situasi korang dalam post. Mana yg boleh apply tu applylah sebaiknya eh?
*posting ini lebih tertumpu kepada masalah student & hutang sebab saya pun masih student lagi. So untuk masalah hutang yg lebih upperlevel boleh pi try google tempat lain
*sedang dalam proses menjadi penulis tegar, jadi sebarang komen membina sangatlah dialu-alukan
– exil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment