Friday, 25 November 2016

Makan Satu Lauk

PengakuanKu

assalamualaikum admin and hai readers, thank you tau admin kalau sudi approve confession aku yg tak seberapa ni

okay nama aku wina, aku ada sorang kawan ni namanya nur (bukan nama sebenar). aku nak cerita pasal cara makan kawan aku ni, aku tak tahu laa dia ni dalam kategori pelik ke unik ke apa ke ?nur ni orangnya jenis kecik laa, tinggi pun dalam 155++ cm je.

kitaorang bila keluar makan kat kedai dan beli nasi campur, means nasi kosong + lauk pilih ikut suka, apa yg aku perasan dia akan pilih cumq satu lauk je. okay tahu satu sebab nak berjimat, yelah zaman student kan. satu hal lagi sebab dia mmg ada cakap kat aku yg dia sangat2 tak reti makan banyak2 lauk ni. first time aku dengar ,aku macam “aikkkk ?huhhh ?” , huhu .

so aku tanya la, macam mana kau boleh tak reti ?makan jelaaaahhhh, hahaha. dia pulak jawab, kalau dia makan 2 lauk dalam satu masa, means ada 2 lauk dalam satu pinggan, dia akan lupa nak makan salah satu lauk tu. (huhhh, susah pulak aku nak terang macam mana ,macam susahnya aku nak faham masa dia terang kat aku dulu, huhu). contohnya macam ni, kalau ada lauk ayam, ikan dan sayur. walaupun tiga2 tu lauk favourite dia, dia tetap akan pilih satu lauk tu utk letak atas pinggan nasi dia tu. just satu lauk je, tak ada lauk lain dah atas pinggan dia.

tapiii, kalau dia insists juga nak makan tiga2 lauk tu, dia akan pilih antara tiga tu dia nak makan yg mana dulu, tp dr apa yg dia beritahu aku, dia akan pilih lauk yg tak berapa nak berkuah sangat dulu (tak berapa berkuah ok, bukan kering sebab dia tak suka yg tak berkuah). so just ada satu lauk jugak laa atas pinggan dia tu. tapi tapi tapiiii dia akan ambik sikit je lauknya dan kuahnya pun sikit je just utk beberapa suap nasi jela. sebab bila lauk tu dah habis atas pinggan dia, dia akan ambik lauk yg kedua dia nak makan pulak. dan kebanyakannya dari segi pemerhatian aku, dia lebih suka meratah lauk sayur (makan gitu je lepas nasi dah habis). hahahahaha memang pening bila nak fahamkan ni, sebab aku dulu2 pun pening bila dia cerita pasal ni

haa tapi, kalau makan berulam tu dia reti la, macam sambil makan lauk ayam sambil makan ulam raja, ha itu boleh. dia ni kalau dengan ulam mmg dia la kambingnya, hahahaha …

berbalik pulak pada kalau dia datang rumah org ke apa ke atau dia nak try makan 2 lauk ke (pernah ke kau try nur ?hahaha), cth ada lauk ayam dan ikan atas pinggan dia, pada dia makan 2 lauk tu macam suapan pertama lauk ayam, suapan kedua lauk ikan. bukannya suapan pertama lauk ayam + ikan, bukan bukan bukan. jadi bila dah suapan pertama lauk ayam je, alamatnya sampai nasi dah nak habis la cuma lauk ayam je, dan lepas tu keluarlah dari mulut dia (aku dah selalu dengar dah ayat ni), “ehh alamak aku lupa la pulak nak makan lauk ni” (iaitu lauk ikan tu tadi).

jadinya, makanan2 yg mempunyai banyak lauk dalam sesuatu masa, seperti nasi beriyani, nasi dagang, nasi kerabu, nasi ambeng dan lain2, haa itu mmg bukan bidang dia, dia tak reti makan tuu semua, hahaha. nanti adalah yg tak habisnya, huhu.

dia ni walaupun badan kecik je, tapi kuat makan tauuu. tapi badan tak naik2 pun, jealous pulak aku tengok. nak kate badan banyak cacing (haha jahat aku), ubat cacing mmg dia makan tiap 6 bulan (sis mmg stalker, haha).

okay readers, korang pun ada tak kawan yg makan satu lauk je ?

– wina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.