Assalamualaikum wbt pd admin & para pembaca.
Terima kasih sekiranya post aku ni admin sudi nak publish. Hee.
Tujuan aku submit confession ni nak bagitau kat korang semua. Bukan golongan master, phd je yang mengecam or pandang rendah pada graduan degree, diploma, sijil, sekolah. It goes either way jugak.
So, here goes.
Alhamdullilah aku ada degree dari uia. Master dari ukm. & Phd dari um. Aku bersyukur, sepanjang aku belajar, aku takde masalah kewangan, takde masalah dgn family. Mak ayah aku support ok je. Duit plak dpt scholarship. Worry free. Alhamdulillah.
Tapi.
Aku tak nafikan, memang ada spesis makhluk dengki. Makcik & pakcik aku, adik beradik ayah aku. Mak ayah aku anak sulung. So aku pertama dalam generasi aku sambung ke pengajian tinggi. Mak bapak aku pon ada degree. Makcik pakcik aku pon. Cumanya, aku tak paham nape nak dengki sgt dgn aku.
Aku upsr, pmr straight As. Spm je cacat. 8a 2b. Tapi, takpelah. Tuhan nak bgtau kat aku, aku tak cukup bijak. Aku bersyukur & nekad utk kejar ilmu di tahap lebih tinggi.
So, lepas spm. Dpt la offer cfs iium & matric kpm. Aku pilih uia, sbb tah. Aku rasa nak masuk uia. Hehe
Dari situ, makcik pakcik aku condemn abes-abesan, apasal masuk uia tah? Bukan uni bagus pon? Eh? Aku cakap dlm hati. Kalau tak bagus, kenapa susah sgt nak masuk? Nape syarat nak masuk susah sgt? Haaa.
Aku pon senyap je la. Mak bapak aku pon tak bising. Makcik pakcik aku siap announce, depa tak hingin anak-anak depa masuk uia. Uni tak berkualiti. Org bodoh je masuk uia. Hoho.
Aku senyapkan je. Malas nak layan org meroyan.
Nak dijadikan cita, anak-anak depa masuk uni yang bukan top 10 kat malaysia ni pon. Result spm pon, aduhai. Haa. Ni padah mulut longkang ye Tuan/Puan. Mungkin tak kena kat diri sendiri, tapi kena kat anak cucu kau nanti.
Aku habis degree, aku kerja jap sbg jurutera kat satu company glc ni. Lepas 3 tahun kerja. Aku sambung master. Makcik pakcik aku ni masih tak insaf2, duk ngata. Masa muda ni la kumpul duit. Sampai bila nak duduk bawak ketiak mak ayah. Menyusahkan mak ayah? Eh? Tahu pulak dia aku nyusahkan mak bapak aku? Aku kerja. Aku save duit nak sambung. Aku apply mcm2 scholarship. Yuran & monthly allowance aku, sponsor yang kasi. Takde guna duit mak bapak aku aih. Transport pon aku guna yg aku mampu je. Belum lg aku minta mak bapak aku kutip aku dari uni.
Dah la kata aku menyusahkan mak bapak aku. Kata plak tu, belajar tinggi2 buat apa. Lepas master bukan dpt kerja pon. Company skrg nak yg ada technical skills sahaja. Eh? Tahu pulak depa pasal rezeki aku nanti? Disebabkan aku dah besar, aku bgtau la. Aku sambung study sbb aku nak ilmu. Bukan nak gaji besar2. Kalau dpt gaji besar, alhamdulillah. Kalau takde, takpe, rezeki Allah tu luas.
Depa gelak sinis & perli2 aku. Takpelah. Biasa dah.
Lepas master. Dpt kerja consultant di company glc yang lain. Makcik pakcik aku dah panas punggung. Menuduh aku dpt kerja sbb pakai org dalam la apa la. malas nak layan.
Sbb aku tak berapa enjoy kerja as consultant. Aku sambung la phd. Alhamdulillah dpt scholarship lg.
Masa aku buat phd. Dah kategori andartu dah. Tp, takde effect pon kat aku. Sbb aku takde rasa nak kahwin. Bukan sbb aku acah2 superwoman. Sbb aku tak sanggup nak pikul tanggungjawab sbg seorang isteri, ibu & anak. Korg mungkin rasa benda ni remeh. Tapi aku takut nak mampos nak kahwin. Mungkin sbb amanah-amanah yg bakal dipikul tu, mungkin akan mengheret aku ke neraka. Ouch. Deep tetiba.
Pendekkan cita, masa aku sem 3 phd. Aku berjumpa jodoh dgn suami aku skrg. Kami kenal 3 minggu je. Pastu decide nak nikah. Taktau nape, aku rasa nak kahwin dgn dia. Aku nak dia jd ayah anak-anak aku. Aku nak ada family dgn dia. Gituhhhh.
Aku bgtau bapak aku, aku ada kenal sorg mamat ni. Bapak aku menitik-nitik air mata. Hahahaha. Bapak aku cepat-cepat organize kan perkahwinan aku. Majlis simple je. Di rumah. Hantaran aku pon rm1000 je.
Masa kahwin ni, makcik pakcik aku orang paling tak puas hati. Kenapa kahwin kat rumah? Kenapa hantaran rendah sgt? Ada la mulut-mulut cakap hantaran murah sbb aku andartu, sbb suami aku org miskin, sbb aku ni tak pandai buat kerja, aku ni desperate sgt nak kahwin sampai sanggup terima hantaran camtu. HAHA.
Aku pekakkan je telinga. Mak bapak aku & family suami aku je yg tau. Yg lain, lantak la nak fikir apa. Bukan duit korang pon. Blerghhh.
Ni aku dah abes phd. Dah ada anak sorg. Alhamdulillah walaupon terextend satu sem, sbb nak beranak & settlekan hal kesihatan. Aku bersyukur Allah permudahkan setiap urusan aku.
Anak-anak pakcik & makcik aku, masih lg struggle. Aku simpati kat anak-anak depa ni. Sbb mak bapak depa mulut puaka, anak yg kena. Drpd makcik pakcik aku ni duk nyibuk hal aku, baik depa doakan yg baik2 utk anak-anak depa. Lagi bagus. Anak-anak pon dipermudahkan perjalanan hidup.
Aku post ni bukan nak berlagak ke takabbur ke. Nak pesan pada Tuan/Puan yg sudi baca. Jangan fikir org yg ada pelajaran tinggi ni lebih superior dari kamu. Sbb mereka manusia biasa jugak. Sama dgn kamu. Sama jugak golongan yg ada master/phd, jgn sesekali merendah-rendah kan orang. Patutnya, lagi tinggi ilmu, lagi rendah diri. Sbb kau tau betapa hebatnya Allah swt. Dia boleh bg kau rezeki, Dia jugak boleh tarik rezeki kau atau anak-anak kau.
Ilmu tanpa amal tu sia-sia. Okey?
Mohon Tuan/Puan pembaca semua kejar ilmu dunia seiring dgn ilmu akhirat. Baru la kita enjoy duduk kat bumi yg sementara ni & akhirat nanti. InsyaAllah.
*Pada sis yang ada cousins phd bongkak tu. Aku mohon ko bersabar, doakan baik2 utk kau, mak kau, adik-adik kau. Pekakkan telinga & Doakan jugak moga cousins kau diberikan hidayah utk kembali sujud pd Allah swt. Berhentikan budaya perli-perli, provoke ni. Cousins sis mungkin kaya dgn ilmu dunia, tp tak diberkati dgn ilmu akhirat. Doakan jela yg baik2.
– Sis sabar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment