Salam iium. Aq xtau nak letak tajuk ape sebenarnya tapi harap-harap cerita ni selari dengan tajuk lah..haha…ok serius benda ni baru jadi kat aku hari ni! Hari ni ok tepat lagi pagi tadi. Alkisah nya aku dalam proses nak tukar kerja jadi aku mula mencari kerja-kerja kosong yang di iklan kan tak kisah kat page mana-mana semua aku tengok. Dalam proses cari kerja ni aku tertarik dengan satu iklan kerja yang di iklankan kat mudah.my. Kerja tu dekat dengan kawasan rumah aku. Gaji yang company tu offer ok jugak double gaji aku sekarang dan jawatan pun ok r lain dari bidang kerja aku ni sebab aku nak cuba sesuatu yang baru. Oh btw kenapa aku cari kat mudah?sebab selain jobstreet yang susah nak sangkut kerja tu kita kena usaha cari kat page yang lain. Lagipun kawan aku cakap cari kerja kat mudah ni mudah. Haaa memang mudah pun mudah kena tipu (Disclaimer : bukan mudah.my yang tipu tp company yang post vacancy tu yang tipu haa marohh marohh ni,huhu)
Jadi aku wasap lah hr company tu format sekian sekian macam yang dia nak. Then dia balas suruh hantar resume. Jadi aku hantar lah kan so tunggu punya tunggu tak ada respon dari company tu. Aku pun dah redha r mungkin company tu dah hire orang lain kan. Sampai lah kelmarin aku dapat mesej dari hr tu untuk di interview dan perlu sahkan kehadiran aku. Hr tu siap send location company tu lagi. Wow kemain aku seronok kan di panggil iv. Tapi aku cool tak over excited sangat tak bagitau orang nak g iv yela mana tau tak dapat kan, huhu. Jadi malam tu aku mula lah cari balik and compile kan sijil aku maklumlah baru pindah bilik, then siap2 semua aku pun nak masuk tido r. Sebelum kita g sesuatu iv mesti kita buat preparation kan contoh macam expected soalan yang akan di tanya panel, do an dont’s semasa iv, kena ada pengetahuan am sikit pasal company tu kan, job description and so on. Jadi sebelum tido tu aku search lah information pasal company ni. Dan cuba teka , informasi pasal syarikat ni punya sikit dalam google. Yang ada hanya r kisah kejayaan founder syarikat ni. Founder dia pergi kelas penceramah motivasi yang terkenal tu yang title dia tipu tu, huhu. Aku pelik syarikat ni buat ape kan yela bila search2 keluar kejayaan dia, produk dia and so on.
Aku mula dah tak sedap hati tapi aku search-search lagi sampai lah aku jumpa 2 perkara. Pertama company ni iklan kan 2 kerja kosong, satu cs, satu lagi jwtan yg aq pohon tu. Kedua, aku dapat tau produk yang company ni jual produk lebih kurang macam mlm which is ada satu page fb yang bongkarkan semua pasal mlm ni. Kalau korang follow page fb tu korang mesti tau page tu. Dalam page tu dia sebut detail pasal produk yang company ni jual. Aku masa tu dah mula tak sedap hati tapi tak pe aq tenangkan diri aku dan cakap esok pergi je iv tu tengok macam mana sampaikan aku tak lena tido dan siap kena iv dalam mimpi aku lagi kah!
Esoknya secara tepat lagi pagi ni, lepas masuk kerja aku minta excuse dengan bos nak keluar kejap (nasib keje aku x banyak oii) so aku pergi r company tu. 1st sampai, luar ofis dia tak ada papan tanda nama ofis tu. Nasib baik ada no bangunan ofis tu so aku dapat cari lah ofis dia. Aku naik tangga dan bagi salam. Dalam ofis tu kemain lagi ramai orang , terkejut jugak lah ingat semua iv rupanya itu staff dorang. Terkejut tengok Ofis dorang barang bersepah, tak teratur, penuh dengan kotak dan kertas, beg2 dorang semua bersepah lah, ada meja panjang macam meja makan orang kawin tu meja 4segi dan kerusi je dan ada 3 bahagian, 1 bilik belah kiri macam bilik meeting tapi tak ada meja kerusi, satu lagi bilik hr dia kat belah kiri dan kat tengah tu tempat kami duduk. Ok masuk je ada 6 calon semua nya untuk di iv. Then kena isi borang ujian minda ape ntah mengarut semua semua tu. Then dia cakap ok tulis nama dalam form ni dan jawatan cs. Aku dalam hati cs?aku minta jawatan lain kot. Tapi tak pe aku ikut je lagipun dia macam busy. Aku isi borang tu semua then dia tanya calon cs dah siap isi borang ke?aku cakap lah aku minta jawatan satu lagi bukan cs. ok lepas tu dia bagi aku satu kertas soalan untuk isi yang berkait dengan jawata yang di pohon tula. Yang calon cs iv dulu serentak 3orang. Kami 3 orang lagi yang mohon jawatan satu lagi kena tunggu dan dipanggil sorang-sorang.
Sebenarnya dari mula-mula masuk lagi aku dah tak sedap hati tapi aku tunggu nak tengok dulu macam mana walau perasaan masa tu nak je angkat kaki balik. Korang bayangkan lah ea masa aku mula-mula sampai tu staff dorang berkumpul dalam bilik meeting tu pastu bersorak-bersorak kata semangat, ada sorang kat depan speaker ke leader dorang ke tak tau r duk cakap kat depan, tanya progress ape semua dan lepas dorang bersorak2 kata semangat tu dorang dismiss and guess what?dorang pegang fail sorang satu dan telefon. Kat fail tu ada borang yang tertulis nama dan no telefon customer. Dari situ aku curi-curi dengar ape dorang cakap yela dah dorang cakap dalam satu tempat aku duduk tu kan. Dorang call customer lebih kurang gini r ayat “Hello salam pn xxx. Pn ada tinggalkan no fon di page xxx. Puan berminat dgn produk xxx ni?produk ni bla bla blaaa..”. Btw page tu memang page produk yang dorang promote pun. Dorang promote produk tu melalui no fon yang cust tinggalkan! Pergh masa tu aku rasa nak marah gila, sakit hati lah kan sebab macam ni rupanya operasi dorang. Setahu aku kan kalau kita ada page barang jualan, cust suruh pm kita pm detail bukan kita call kan ni direct call tanya tau sambil explain padahal semua info tu dah ada dalam page dorang. Dan Bukan sorang yang kol tapi semua staff dorang yang kol dan keadaan masa tu bising gila. Aku tak tau macam mana dorang boleh bercakap fon dengan customer dalam keadaan yang bising!
Ada calon iv sorang tu namakan calon A kebetulan kawan dia kerja situ dan kawan dia cakap “nanti akan jumpa yang pelik2” apekah maksud nya tu?tapi aku dah tau dah yela dah lah produk merapu, pastu kol customer promote barang, ada pulak achievements yang nak kena capai. Sorang lagi kawan dia cakap kalau tak dapat jawatan yang di pohon tu nanti cakap je nk cs sebab cs banyak komisyen, benefit. Yang calon A tanya kenapa ramai2 kat sini?kawan tu cakap ohh ni sementara je nanti separuh akan pindah, ofis ke 2 dah nak siap. Ahhh banyak lah ko. Ni aku sendiri dengar sebab calon A tepi aku dan aku memang sembang2 dengan calon A tu. Aku siap tunjuk semua yang aku jumpa pasal company tu. Aku jugak cakap kt calon A aku tak nak keja sini, bagi orang lain lah, rasa nak balik sekarang jugak tapi tak xpe lah tunggu dulu nak tengok rentak dorang macam mana. Ok back to story, calon yang di iv untuk jawatan yang kami mohon tu dah kuar then dia cakap good luck kat kami banyak soalan kena tanya.
Lepastu hr tu pun keluar dan cakap result ujian minda kami tu tak mencapai target untuk jawatan yang kami mohon tu. Tapi dorang cakap kalau nak cs dorang boleh iv sekarang. Kalau tak nak boleh balik. Terus aku dengan calon A tu cakap tak nak dan terus blah. Ehh kalau dia panggil iv pun asa tu aku terus cakap tak nak untuk jawatan tu. Bagi jela kat akak yang mula-mula iv tu huhu..
Aku rasa kena tipu gila, indah khabar dari rupa. Aku termenung jap lepas balik ofis, tak sangka kena tipu kan tapi aku pikir tak pe lah aku teruskan lagi usaha cari kerja baru. Ohh btw produk dorang tu boleh mengubat kencing manis dan gout. Nasihat aku berhati-hati dalam mencari kerja jangan jadi macam aku even dah search pasal company tu tapi masih pergi jugak iv, padan muka aku kan, hahaha. Dah r burn rm 0.60 sen aku beli envelope A4 ok nasib baik print resume kat ofis so free, hihi… Ok itu je nak confess sekarang ni aku dah lega hilang dah rasa ralat tu haha..bye salam
– cik bling
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment