Tuesday, 8 November 2016

Tipikal Pengguna Media Sosial

PengakuanKu

Hi para pembaca IIUM Comfession. Assalamualaikum. Aku nak comfes tentang muhasabah diri. Sebelum tu aku nak kenalkan diri aku. Aku ni hamba Allah macam korang jugak. Umur aku 20+ and aku bukan student.

Sebagai manusia kita tak terlepas daripada kesilapan. Semua orang ada kesilapan sendiri tapi tak semua orang mahu perbaiki kesilapan tersebut. Allah uji kita dengan masalah just sebab nak kita kuat, tabah hadapi permasalahan tu. Fikir macam mana nak setle problem secara positif. Ada masalah dengan kawan-kawan setle face to face. Cakap apa yg tak puas hati at least orang tu boleh perbetulkan silap dia and takkan ulang kesilapan yg sama. InshaAllah.

Banyak la aku tengok sekarang ni bila ada tak puas hati update kat moment,FB , tweeter. Kau update motif sebab nak kawan kau tu terasa. Kalau ya pon salah dia, apa salahnya kau tegur cara privte. Nasihat elok-elok. Tindakkan kau update kat laman sosial tu bukan menjernihkan lagi keadaan tapi lebih kepada permasalahan yg serius. Dari kau dengan dia boleh berbaik, terus langsung tak berbaik. See? Sebab tu kau kena hadap masalah kau dengan kawan-kawan kau cara berdepan atau privte chat.

Ada sesetengah orang bila tegur salah orang lain tu masyaALLAH teruk sangat. Marah-marah, maki, keluar habis kata kesat. Nasihat depan orang ramai. Dear tak salah kalau kau nak tegur tapi tone kau tu better direndahkan bukan ditinggikan. Nak nasihat benda yg berkaitan dengan aib better kau privte cakap dengan dia bukan depan orang lain. “Orang yg ikhlas nasihat kita adalah orang yg sembunyi-sembunyi menasihati’ faham dan hadam baik-baik ayat ni.

Kes orang zaman sekarang ni paling parah bila kesalahan tu tak besar mana pun tapi dia punya berbesar sampaikan seluas alam. Contohnya aku bancuh kopi tak letak gula tapi kau punya perbesar benda tu sampaikan semua orang tahu. Paling best kau sendiri gula-gulakan kesalahan aku tu untuk lebih sedap. Faham kan kiasan aku ni? Maknanya kau tokok tambah la benda tu nak bagi orang lain tak suka aku. Nampak tak masalah berat orang zaman sekarang macam mana.

Ada spesis yg bila salah dah la taknak mengaku salah taknak mintak maaf lepas tu buat muka tak bersalah. Annoying gila aku dengan manusia spesis macam ni. Lepas tu dah la kesalahan sendiri terpampang, boleh pulak nak lepas diri cari salah orang lain. What the? Apa salahnya kau mintak maaf cakap elok-elok. Kuasa mintak maaf ni hebat tau. Orang yg marah dengan kau boleh lembut hati bila dengar maaf kau. “Bila dua orang bergaduh Allah tak tengok siapa yg salah dan siapa yg betul tapi Allah tengok siapa yg mintak maaf dulu” so faham kan?

Kadang bila kita terasa nak marah baik diam je. Walaupon bukan salah kita better diam sebab diam tu boleh melembutkan hati, boleh menjaga hati dan boleh mengelak dari masalah. Memang la ada yg kata kalau diam pon tak buat apa-apa tindakkan tak guna jugak. At least masa kau diam tu amarah kau reda, emosi kau stabil dan kau boleh fikir secara tenang. Berapa ramai yg menyesal lepas bercakap masa marah? Aku rasa ramai yg rasa macam tu sebab masa marah yg cakap ego kita, kemarahan kita. Dalam marah tu mesti terlepas cakap bagai lepas dah okey sikit mula la terasa menyesal. Sebab tu Nabi kata kalau marah DIAM.

Nak muhasabah diri senang je. Bila kau ada masa terluang buat solat-solat sunat. yg penting solat sunat taubat. Lepas tu baca ayat suci Al-Quran.lepas tu kau fikir balik apa salah kau , apa kesilapan kau yg pernah kau buat. Percayalah masa kau berhadapan dengan Allah kau akan terasa lebih senang mengalirkan air mata. Allah lebih faham kita dari orang sekeliling. Banyak-banyak dekatkan diri dengan Dia. Dah muhasabah diri, jumpa orang yg kita buat salah tu mintak maaf. Tak boleh jumpa chat je laa apa guna ada laman sosial. So mintak maaf.

Last sekali pasal bergurau kasar. Benda ni selalu jadi dengan kawan baik laa kan. Kononnya kawan baik tu takkan terasa dengan kita sebab dia kenal kita. Wait memang la dia kawan baik dengan kau dan kenal kau tapi dia pun manusia jugak ada hati ada perasaan. Jenis kawan baik ni kadang dia terasa dengan lawak kasar kau tapi dia diam dan accept benda tu. Padahal dalam hati dia mendidih tahan marah dengan lawak kau. Dengan siapa pun kau nak bergurau boleh bergurau tapi tinggikan sikit rasa hormat kau kat orang lain. Dari situ kau boleh jaga adab kau bila bergurau. Kawan baik pon manusia jugak dear. Hati dia perasaan dia perlu dihormati.

Sampai sini jaa dulu aku type pasal muhasabah diri ni. AKu nak ajak semua orang muhasabah diri dan sama-sama cari kebaikan. Nak masuk syurga pun sama-sama. Kalau ada tertypo sikit tu maap la yee. Assalamualaikum.

– MissTypo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.