Salam sejahtera semua pembaca IIUMC , saya ialah seorang anak angkat kepada sebuah keluarga yang kecil . Kami hanya bertiga sahaja . Ummi , abah dan aku . Aku ditatang seumpama minyak yang penuh. Dimanja , diberi kasih sayang secukupnya. Tetapi , sejak kecil , aku tidak pernah diberitahu hal ini . Apa yang aku ketahui ialah aku anak tunggal kepada mereka . Itu sahaja.
Sewaktu dibangku sekolah rendah , aku dikejutkan dengan pertanyaan seorang guru agamaku , tentang sijil kelahiranku . Yang lain daripada yang lain . Sejujurnya , aku sekali pun tidak pernah melihat sijil kelahiranku . Apabila ada urusan di sekolah yang meminta aku menyerahkan salinan sijil kelahiran , abah akan meletakkanya dalam sampul surat besar , dan tidak membenarkan aku membukanya .
Selepas disoal guru agamaku , aku menelaah sijil kelahiranku buat pertama kalinya . Allahu akhbar !, sedihnya aku , kecewanya aku , dan kawan kawan mula pandang serong pada aku . Hanya kerana aku anak angkat.
Sewaktu aku pulang ke rumah , aku berasa sangat marah dan menganggap ummi dan abah ku sengaja untuk merahsiakan hal ini sedangkan aku berhak tahu. Aku begitu marah , sehingga kedua dua mereka menangis melihat keadaan ku. Namun begitu , apa yang lebih menyakitkan ialah , melihat mereka berdua menangis kerana aku. Bukannya kerana hakikat yang menyakitkan itu .
Langsung aku minta maaf , dan sekali pun tidak menanyakan asal usulku kepada mereka. Walaupun kalbuku penuh dengan tanda tanya .
Setelah aku melangkah ke alam remaja , ummi dan abah memberitahu aku hal yang sebenar . Kenyataan yang terlalu dinantikan oleh kalbu ku . Ummi dan abah berkahwin selama 5tahun dan tidak dikurniakan cahaya mata . Pada masa itu juga , seorang wanita yang menyewa di taman yang sama dengan ummi dan abah , memberitahu mereka bahawa dia ingin menggugurkan anak dalam kandungannya . Ummi dan abah merasakan seperti ada yang tidak kena dengan keputusannya . Jadi ummi dan abah membuat keputusan untuk membiayai semua bil hospital sewaktu melahirkan aku di sebuah hospital pakar , dan juga membuat keputusan untuk menjaga , membesarkan , dan mengambil aku sebagai anak angkat . Selepas itu , ummi dan abah membawa aku berpindah jauh dari situ .
Setelah mendengar cerita mereka , tidak ada kata yang mampu aku ucap untuk menunjukkan gratitude ku terhadap mereka . Rasa terima kasih ku terhadap mereka . Allahu akhbar , Allah yang maha esa , yang maha penyayang , telah memberi aku sebuah keluarga yang bahagia .
Sejak hari itu , aku belajar bersungguh sungguh dan langsung tidak mengungkit hal itu lagi . Alhamdulillah keputusan PT3 dan SPM aku telah membanggakan ummi dan abah ku . Hanya itu cara untuk membalas jasa mereka. Aku akan terus berusaha supaya ummi dan abah mendapat kesenangan seperti mana diimpikan apabila aku sudah mempunyai kareer , dan bekerja .
Setiap kali lepas solat , pasti aku titipkan pada Allah keinginan aku untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa kandungku . Aku ingin bertemu mereka. Dan aku ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk aku hidup walaupun tidak bersama mereka . Ummi dan abah adalah anugerah paling besar dan tidak ternilai allah beri pada aku . Namun , masihkah ada masa untuk aku berjumpa ibu bapa kandungku ? Ataupun , mahukah mereka berjumpa dengan aku ? Sudikah ayah kandungku mewalikan aku ?aku percaya semua ini ada hikmah . Aku hanya mampu merancang , allah yang menentukan . Wallahualam ..
– Zeys
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Bongok hang ni. Hang x belajar agama atau ustazah hang tak ajar? Mana boleh anak luar nikah diwalikan bapa kandung. Dan hang boleh kahwin dgn bapa kanfung hang tu sebab nasab terputus bila anak luar nikah sebab tu tak bileh berbin atau bintikan nama bapa luar nikah tu. Harap faham
ReplyDelete