Wednesday, 30 August 2017

Emak Aku Bukannya Kuli

PengakuanKu

Assalamualaikum dan terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku kali ni. Nama aku L dan aku sedang melanjutkan pelajaran di ipta dia utara semenanjung malaysia. Ya kebanyakkan pelajar ipta tengah cuti sekarang kan so ini adalah cerita tentang apa yang aku lalui sepanjang cuti sem ni.

Tujuan aku nak buat jugak confession kali ni adalah nak sedarkan manusia bahawa kaya sekali mana pun kau, berjaya sekali mana pun kau, hebat sekali mana pun kau tapi once kau dah abaikan mak bapak kau, kau adalah manusia yang paling bangsat kat muka bumi ni dan manusia yang aku maksudkan adalah terdiri daripada adik beradik mak aku.

Mak aku seorang SURI RUMAH tak macam adik beradik dia yang lain. Semuanya berjaya. Ada yang jadi CEO, ENGINEER, AKAUNTAN dan ada jugak yang hidup makan gaji suami yang kaya. Abah pulak hanya seorang pesara yang cuma bergantung pada duit pencen. Tapi bagi keluarga aku duit bukan segalanya asalkan kami bahagia.

Cerita ini bermula bila nenek aku start tak sihat ( sakit tua ). Nenek aku pulak tinggal dengan emak saudara aku yang tidak berlaki dan OKU terutama pada mulutnya. Mesti korang pelik kan, walaupun dia OKU fizikal tapi mulut dia tak OKU weh. Makan daging saudara mara dah jadi makanan asasi dia ( mengumpat ).

Bila nenek aku start sakit ni memang emak aku lah mangsanya. Adik beradik yang lain semua menlantik emak aku menjaga nenek aku atas alasan emak dan abah tidak bekerja dan rumah dekat dengan kampung. Sementara yang lain sibuk bekerja dan duduk di KL. Sebelum ni aku ingatkan emak bahagia sebab dapat duduk dekat dengan nenek tapi masa cuti ni aku sedar emak sebenarnya bukan hanya menjaga nenek tapi merangkap bibik tanpa gaji bersama abah di kampung.

Semasa cuti sem 2 bulan ni, boleh dikatakan tak sampai seminggu aku meluangkan masa di rumah yang selebihnya aku ikut emak dan abah duduk di kampung. Mak banyak kali menyuruh aku supaya tinggal di rumah bersama adik beradik yang bekerja tetapi aku tak nak sebab aku rasa masa cuti ni lah aku nak luangkan masa bersama mak dan abah.

Tapi sangkaan aku meleset sejak hari pertama aku duduk di kampung. Seawal 6 pagi aku terpaksa menolong emak untuk membersihkan nenek. Kadang kadang nenek terkencing malam habis satu badan kena air kencing dan aku emak dan abah la mangsa yang kena bersihkan. Emak akan bersihkan nenek, aku bersihkan cadar nenek dan abah akan bersihkan tilam nenek. Adakalanya bila dah masuk bilik air, nenek akan berak sambil berdiri ( tanpa dia sedari ) Dan baunya busuknya hanya Allah saja yang tahu. Mengucap aku dibuatnya.

Lepas subuh emak terus menyediakan sarapan, aku akan mengemas rumah dan abah akan menyapu halaman rumah. Lepas sarapan abah akan ke kebun. Emak akan terus siap sedia menyediakan makanan tengahari dan aku pulak amik tugasan membasuh baju. Sekarang pulak nenek dah tak boleh jalan sendiri ( takut jatuh ) dan makan nya pulak kena bersuap. Dan hari hari emak abah dan aku lalui tugasan yang sama. Sebagai tambahan abah akan mop lantai rumah seminggu sekali sebab nenek selalu makan bersepah so lantai memang akan kotor kalau tak di mop. Kalau nenek atau mak sedara ada appoinment doktor abah lah yang akan hantar dan jemput, dan emak lah akan memimpin mereka berjalan.

Aku bukan tak rela. Aku bukanya tak ikhlas, aku ikhlas kalau nenek dan emak saudara aku menghargai kedatangan kami sekeluarga. Maksud aku mnghargai bukan lah bagi duit kat kami bukan belanja kami makan sedap sedap. Cukup lah sekadar terima kasih. Tapi realitinya apa yang kami dapat? Kami hanya dibalas sampah. Nenek selalu marah marah bila tegur sampai kadang kadang menyumpah emak dan aku. Emak saudara lagi lah dicanangnya kat orang kampung yang datang melawat cakap kami sekeluarga tak jaga nenek, hidup menumpang, selalu bazir elektrik dan air dan makan minum kami sekeluarga dia yang tanggung. Mengucap aku bila abah bercerita ada orang kampung yang sampaikan dekat dia.

Adik beradik emak pun sama balik sekali sekala pun tetap nak menengking emak dan tak kasik emak balik rumah sendiri. Bila cakap nak balik kampung abah, adik beradik mak akan bereaksi macam ” laki kau dah takde mak kan buat ape kau nak balik rumah dia “, “mak kau kat sini buat ape kau sibuk nak balik kampung laki kau”. Ya Allah masa diorang ungkit je pasal arwah maktok (emak abah) aku rase macam nak menjerit je.

Rasa nak menengking semua adik beradik mak yang tak sedar bertapa besar nya pengorbanan abah yang hanya seorang menantu dalam keluarga diorang. Sampai satu tahap bila emak dan abah appoinment doktor dalam erti kata lain terpaksa meninggalkan nenek sekejap, adik beradik aku yang berkerja akan take turn untuk menjaga nenek di kampung walaupun diorang baru lepas balik bekerja.

Kalau musim raya lagi teruk, aku dengan keluarga aku memang sentiasa setiap kali raya kitorang memang akan beraya kat kampung abah sebab kat situ lagi indah dan permai. Tapi bila balik je kampung emak balik, masuk je rumah dah bau lain macam, masing masing balik KL dan tinggalkan kampung macam tongkang pecah, kapal karam, bilik air kotor, hancing, lantai dapur berlekit, pinggan makan tak bercuci, kuali masak berkakah, sampah dibiar sampai naik bau dan macam macam lagi. DAN KELUARGA AKU jugak yang akan kemas. Kalau sebelum raya pulak kami sekeluarga lah yang kene kemas rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen dan memasak sebab nak sambut orang KL balik beraya.

Bila nak diungkitkan, kalau aku jadi abah, aku memang dah lama tak akan jejakkan kaki kat kampung ni. Abah pernah bercerita masa mula mula keluarga abah pergi meminang emak, kesian arwah maktok ( emak abah ) dikutuk nenek ( nenek yang sakit sekarang ) sebab miskin. Kecik hati arwah maktok masa tu. Walaupun nenek buat macam mana sekali pun dekat abah, sekarang abah jugak lah orang yang bersihkan berak kencing dia. Aku banyak kali tanya abah kenapa dia sanggup buat semua ni. Tapi jawapan dia senang dan mudah. Dia kata nenek tu emak kepada isteri dia, jadi itu adalah emak dia jugak. Dia pun banyak kali nasihat aku, yang dia percaya semua yang jadi ni ada hikmahnya dekat keluarga aku.

Emak pulak masa dia kecik dia tak dibela oleh emaknya ( nenek yang sakit sekarang ) tapi dibela oleh neneknya ( moyang aku ) dah hanya tinggal bawah jagaan nenek aku bila emak dah 13 tahun. Basically bila aku fikir balik nenek tu sepatutnya bersyukur sangat sangat sebab anak yang tak dibelanya dan menantu yang dikutuknya dulu sekarang ni lah yang menjaganya. Tapi anak yang dibanggakan sekarang hanya mampu hantar duit tapi mereka sekeluarga pergi bercuti kt luar negara tanpa memikirkan sakit nenek aku.

Sekarang cuti sem dah nak habis, jujur aku katakan, hidup di universiti tidak sepenat duduk di kampung. Tapi apa yang lebih merisaukan aku lepas ni dah takde sape nak tolong mak dengan abah. Abah pulak asyik sakit sakit kaki dan emak pulak asal bangun pagi je pening kepala. Sakit belakang sebab banyak buat kerja sangat. Aku risau sebab kalau sebelum ni aku boleh tolong untuk picit picit tapi lepas ni sape lah yang nak picit emak dengan abah. Aku mintak semua pembaca confession aku ni untuk doakan kesihatan emak dan abah aku. Amin.

– ANAK EMAK DAN ABAH

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Kekurangan Diri

PengakuanKu

Assalamualaikum ,aku buntu, harap post kali ini disiarkan..

Aku,20 tahun merupakan pelajar jurusan sains di sebuah universiti terhebat di tanah air.Aku masuk universiti ini dengan kelayakan akademik dan atas pertolongan orang tengah iaitu ayah aku. Dan aku tidak aktif di sekolah dan menyebabkan aku tidak mendapat UPU dan Matrik. Setelah aku berjaya masuk ke universiti dimana ayah aku bekerja, aku cuba tingkatkan diri aku dari segi kepimpinan, aku cuba masuk persatuan itu ini tapi akhirnya aku tak boleh terima dengan cara pembawakan aktiviti,bergaul laki perempuan lalu aku meninggalkan persatuan tersebut. Setiap kali aku stay join dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut, seolah-olah aku tidak layak memegang apa-apa jawatan tertinggi, lalu aku tidak terpilih.Apakah aku ini tidak layak memegang jawatan? Aku pernah kenal seorang lelaki,first impression bila melihat aku ialah dia nampak aku tidak matang. Mungkin mata penglihatan orang lain pun sama.Aku teringin memegang jawatan-jawatan besar.i always dream it.aku tahu tanggungjawab memegang jawatan itu sangat besar.

Aku dikelilingi kawan-kawan chipsmore(sekejap timbul sekejap tenggelam) dalam berpersatuan. Aku tiada teman untuk pergi persatuan,lalu aku pun menjadi seperti mereka.Kalau aku ajak mereka, mereka menolak.Apabila aku ajak orang yang suka berpersatuan, dia seolah tidak suka pergi dengan aku lalu mereka memberikan pelbagai alasan. Aku sendiri tidak faham. Kawan-kawan pun selalu menjauhkan daripada aku. Mula-mula kawan,kenal dan lama-lama rapat..tapi kawan itu sementara Cuma..selepas mereka bosan, mereka pergi..seriusly aku sangat menginginkan kawan yang selalu support aku, bagi nasihat kat aku,,

Aku juga merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik. Dah anak bongsu,faham-fahamlah.Aku cepat sensitif dan telah dimanjakan, ditatang bagai minyak yang penuh.Apa-apa kemahuan aku pasti mak ayah berikan.dan aku x rapat dengan adik beradik aku..sekadar berbahasa sahaja.Kalau kakak-kakak aku duk di dapur,pasti aku tinggalkan dapur sebab aku tak tahu nak buat apa,nak borak apa.Aku tak suka ramai-ramai dalam dapur.Aku suka bersendirian. Kalau orang suruh buat baru aku buat.Sanak saudara juga aku tak rapat..rapat hanya sekadarnya saja…

Dari segi pertuturan aku,aku menyedari bahawa percakapan aku tidak matang. Kadang- kadang apa yang aku cakap tidak tersusun, tergagap-gagap dan perkataan dalam minda aku tidak banyak , idea tidak berkembang seolah-olah idea tidak sampai. Aku tahu membaca dapat menambah kosa kata bahkan menambah pengetahuan tapi aku dah buat. Aku baca tapi hasil pembacaan a tersebut cepat hilang. Short term memory.Dan aku susah nak hadam pembacaan yang berat.Aku sangat kagum dengan orang yang bercakap tentang sesuatu isu,lancar seolah-olah idea mencurah-curah datang..mengalir bagai air terjun. Apabila orang tegur aku, aku tidak tahu nak balas apa,tak tahu nak kata apa. Lebih-lebih lagi kalau lelaki yang menegur. I don’t know why, rasa macam budak-budak. Aku orang yang serius dan tidak pandai bergurau, tidak pandai berpusing2 ayat lalu aku memilih untuk berdiam diri. My communication skill very low…

Aku seorang yang tepati masa dan janji, aku sangat menjaga masa, dan sangat pantang orang yang memungkiri janji. Namun aku cuba untuk memaafkan diorang.aku tak suka orang membuat aku menunggu2, kalau hal yang kita x sangka terjadi xpelah , ada kemalangan berlaku ke, tapi boleh diorang kata sebab bersiap, dah tahu lambat bersiap, pakailah awal-awal..

Aku percaya pada rezeki. Tapi benda semua ini selalu merisaukan aku.Majikan di luar sana sangat mementingkan pengalaman,kokorikulum dan skill communication kita.Aku taknak koko aku kosong.Aku taknak aku dimalukan, belajar universiti hebat tapi kokorikulum zero. Belajar pun tidaklah setara mana, cgpa 3 jer..english pun merangkak lagi.aku rasa aku banyak kelemahan, tersangat…aku cuba perbaiki kelemahan aku.Aku taknak menyesal di kemudian hari. Disini aku mohon comment2 yang membina diri ini dan harap kalian doakan diri ini yang penuh kekurangan…

– myself

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Rupa Kecantikan

PengakuanKu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Thanks admin for sharing this post. Cerita aku bukan seperti org lain, aku nak cerita satu cerita yang aku alami di zaman aku sekolah. Cerita ni betul terjadi dekat diri aku and now aku nak cerita kepada yang siapa yang alami seperti aku.

Actually,aku memang tiada rupa yang lawa and boleh dikatakan nobody want me .Aku memang tak cantik mana and takda ramai peminat macam kawan aku.Ok cerita dia start aku masuk sekolah menengah,aku ada seorang kawan yang nama dia Dina (bukan nama sebenar).Dina ni memang cantik,putih, gebu and semestinya flawless. Boleh dikatakan satu kelas suka dia. Dina ni juga kawan baik aku sejak hari pertama aku bersekolah rendah. Alhamdulilah tak sangka sekolah menengah pun sama sekolah and she is my classmate also. Dah classmate, aku jadikan dia kawan rapat aku. Makan sama, balik sekolah pun sama, tuisyen sama kalau ikutkan semua tempat aku dan dia mesti ada bersama sama and feeling like friend ship goals la juga sebab dia bukan manusia yang talam dua muka and kalau dia apa tak puas hati dgn aku, mmg cakap terus terang. .Ok berbalik pd aku ceritakan tadi, Dina ni memang seorang yang sangat cantik tambah lagi dia mempunyai bentuk body yang sangat lawa. Dah la cantik body pun lawa, mmg time form 1 ramai peminat. Dia bukan seorang yang gedik sangat la tapi boleh juga diketegorikan sebagai perempuan manja. Setiap hari Dina akan dapat surat cinta dari seseorang yang minat dia. And me? And aku sebagai kawan just support dia.

Kadang, aku rasa cemburu dengan Dina sebab dia terlalu hot and aku rasa aku tak patut kawan dengan dia. Aku kat sekolah bukan seperti Dina, tiap hari dapat surat cinta, ramai peminat and so on. Setiap hari aku terima saja dengan dugaan, yes “ejek”. Tiap pagi bila datang sekolah ofcourse kena ejek. Time tu dalam hati “ya Allah beratnya dugaan. Kenapa nak kena ejek aku? Muka ni buat orang sakit hati ke” kadang semua kawan aku palau aku dek kerana wajah aku. Kadanh cikgu pun palau aku. Pernah sekali cikgu aku bertanyakan dengan wajah aku, and time tu serius aku cakap aku nak pindah. Aku boleh terima tiap hari kawan aku ejek aku, tapi sampai satu tahap cikgu aku sendiri bertanyakan dengan wajah aku. Aku sabar, tiap hari aku sabar. Aku berdoa dekat Allah supaya aku dianugerahkan wajah yang cantik.Dalam pelajaran, alhamdulilah walau aku selalu di ejek,tiap kali ujian peperiksaan aku akan dapat no 1 didalam kelas and top 3 dalam tingkatan.Syukur. Actually aku bukan nak bukak aib kawan aku sendiri tapi,si Dina ni dia lemah sikit. Memang kalau dalam kelas dia akan dapat no terkahir. Tapi bagi aku, orang tak pandang sgt pelajaraan tp org ttap akan sanjung kalau ada wajah yang cantik. Walau aku dapat no 1 dalam kelas, cikgu aku tak pernah bg kata semangat apatah lagi kawan kawan aku.

Dari form 1 hingga form 5 hidup aku dilengkapi dengan ejekan. 5 tahun aku bersekolah di sekolah yang sama, 5 tahun juga aku kena ejek.Nak pulak kalau aku jalan sorang sorang di kwsn sekolah,confirm ada sekumpulan lelaki akan ejek aku. Dalam kelas pun semua orang pulaukan aku kecuali Dina. Hidup aku penuh dengan ejekan disebabkan tiada wajah yang cantik. Tapi aku bersyukur saja dengan anugerah yang Allah bagi.

Alhamdulilah, result spm dah keluar. Aku telah dapat 8A+ 1A 1A- 1B+.Aku bersyukur dan kini aku telah menlanjutkan pelajaran aku di sebuah university di Malaysia. And sekrang aku sedang cuti sem hehe. Inshaa Allah , kalau ada rezeki aku akan sambunh belajar di UK.insha Allah.Kini kawan baik aku Dina,Dia telah bekerja kerani disebuah syarikat swasta. Result Dina tidak membanggakan sangat and she decide to kerja cari duit terus.

Last,aku just nk cakap siapa yg selalu di ejek tak kiralah ejek sebab apa pun.Kau kena tabah. Kau kena pujuk diri sendiri and kau perlu bangun dengan sendiri. Kalau rasa tak kuat,cubalah luahkan pada Allah.Banyak istifar. YES,bila kau jadi student di zaman sekolah rendah/menengah orang akan lihat wajah kau. Tapi ingat,Wajah yang lawa bukan lah dapat segala galanya tapi kalau kau kaya dengan pelajaraan inshaa Allah kau akan terus berjaya .Takpe muka tak lawa asalkan result gempak. Ketika sudah kau berjaya, tidak mustahil yang ejek kau dulu akan datang balik dekat kau .same like me,kadang aku terjumpa dengan kawan yang ejek aku masa sekolah dulu dan dia sendiri terkejut dengan aku. YES,semua orang boleh berubah.

-rania

– Rania

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tuesday, 29 August 2017

Dah Kahwin Tapi Masih Dibiayai Mak Ayah

PengakuanKu

First of all, saya ucapkan thanks a lot of million sebab postkan confession saya ni. Tujuan confession ni untuk menjentik sekali pakej menepuk hati hati korang yang bakal berkahwin mahupun yang dah kahwin tuh semperna cuti sekolah pasti ramai yang membina masjid kan. Hihi.

Saya hanyalah anak orang kampong yang susah dan sering diajarkan kesusahan. Mak dan abah kerja kampong dan korang pastilah dapat agak kesusahan bila kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sudah berkahwin serta punyai anak. So balik pada tajuk confession kita ni,apa yang korang paham. Opkoslah korang paham ataupun korang pun sudah berkahwin tapi mak ayah masih tolong support??Haha. Yang suka sentap elak dari baca confession saya ni. Pergi main jauh jauh. Benda ni teramatlah saya bimbangkan. Terlampau. Sekarang trend mak ayah tolong support anak anak yang nak kahwin mhupun dah kahwin semakin menjadi jaidi. Dari persiapan kahwin,majlis jamuan dan segala tok nenek mak bapak korang support semata sebab korang tak kerja lagi,tak de simpanan. Ini merujuk bagi kes masih belajar tapi nak kahwin. Masih tak bekerja tapi nak berkahwin juga. Yang dah kawen atas usaha sendiri. Saya bagi 100bintang dan syabas!

Tapi kes mak ayah tolong top up sikit2 yang kurang ,itu ok jelah kan. Total perbelanjaan opkos ribuan puluh ribu. Tapi kes2 yang tolong support 200% korang rasa bangga ke malu? Kalau saya lah. Baik simpan duit setakat yang dapat dan buat kecil kecilah. Lagipun masih belajar atau takde kerja lagi. Ni kes yang memang nak kahwin jugak lah.

Korang ni perlu clear minda korang once korang dah pasang niat ataupun dah start nak minta anak orang ,mesti pasang niat,aku perlu cuba carik duit kahwin sendirik. Buatlah partime jika masih belajar. Buatlah bisness apa pun. Online ke offline ke. Niaga nasi lemak ke. Pembantu kedai ke. Kumpullah setakat yang mampu.Cari kerja,tunjuk kesungguhan korang tu mampu tuk kahwin dari zahir an batin. Rasai kesusahan berair mata cari duit. Belajar Ikat perut sebelum korang nanti ikat perut masa kahwin. Saya sokong cara orang dulu dulu ,kerja dulu baru kahwin. Sebab dulu ekonomi susah. Sekarang,ramai mak bapak yang kaya raya. Yang kaya mak bapak,tapi korang poket kosong. Usahalah . Benda ini kisah benar dalam family terdekat saya. Masing masing sibuk nak kahwin,masih belajar. Semua persiapan mak ayah tanggung. Saya pon masa final year kahwin tapi guna simpanan dekat 10k hasil simpanan masih belajar. Mak ayah tolong top up sikit sikit dan majlis buat kecil kecilan sahaja.

Alhamulillah,survive atas usaha titik peluh sediri. Alam perkahwinan ini alam korang usaha berdikari. Usaha sendirik. Elak dari minta pertolongan unless korang rasa tak de jalan lain ah masa tuh. Jangan sampai korang berkahwin family support dan lepas kahwin mak ayah nak support makan minum. Baik tak yah kahwin gitu. Puasa lah hari kalu dah rasa meroyan sangat nak kahwin. Takpun buat kecil kecil sperti kenduri selamat sekali nikah. Saya dah set dalam planning jika anak saya kelak,saya pastikan dia ada simpanan. Saving dan cuba cari duit sebelum berkahwin. Cuba berdikari cari duit ,baru saya akan nikahkan anak jika mereka pass kelayakan itu. Haha.

So,moral of story,korang yang nak planning kahwin tu. Simpanlah. Berniagalah,buat partime. Carik duit. Berdikarilah.Dah besar dah korang,usahalah carik duit . Jangan mengharap mak ayah korang walau dorang kaya raya gaban. Mak ayah tu dari kecil besarkan korang. Tunjukkan kemampuan korang . Dont be a loser. Insyallah Allah akan bantu muahkan an murahkan rezki korang yang punyai niat murni nak kahwin. Last sekali,confession ni sebab saya sayang korang.Harap dapat t beri kesedaran tuk semua. Terima kasih sebab sudi membaca. Peace.

Kakak T
Kakak yang bimbang

– Kakak T

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Naluri Songsang II

PengakuanKu

Assalammualaikum readers,

Thanks admin sebab approve confession part 1 aku. Terima kasih juga pada semua readers yang memberi pandangan. Aku hargai pandangan kalian semua.

Maaflah kalau aku menulis confession part 2 ni agak lambat sedikit. Aku baru keluar dari hospital.

Pada part 1 aku cerita macam mana nak kenal orang yang bernaluri songsang. Memang ade certain points kau akan rasa biasa je .. standardla membe buat macam tu. Tapi point utama aku, kau akan dapat rasa lain masa dia buat semua tu. Sometimes intonasi masa dia ckp dengan kau. Dan cara dia pandang kau pun lain. Kau akan rasa was2.. perasaan tu susah nak cakap and nak digambarkan.

By the way, aku nak sambung cerita. Aku tak suka nak bersangka buruk dengan membe lama lama. Aku slow talk dengan dia. Pancingla bukak cerita pasal isu isu terkini berkaitan jantina. Perasaan masa tu memang dah gatal rasa membuak nak tahu betul tak apa yang aku rasa selamani. Yup.. aku terus terang in detail. Apa yang aku rasa bila dengan dia.  Then aku tanya dia betul ke apa yang aku rasa? Dan jawapan dia adalah YES. Dia mengaku.. and dia ada jugak mention yang dia suka aku. Speechless aku..

Excitednya ada orang suka aku. Berbunga rasa hatini.  Hha .. otak dia ! Sumpah tak bangga langsung ada peminat macam dia.

Aku adalah jugak nasihatkan dia, apa yang dia rasa tu semua SHAITON. Maksud aku salah lah dari segi agama.. Then dia cakap dia akan cuba untuk berubah. Aku pun tak pasti lah sejauh mana azam dia nak berubah tu. Sebab bilaa jalan2 nampak perempuan tepi jalan bukan main dia usha. Aku rasa boleh terkehel rasanya leher kalau nak tengok pempuan cantik lalu. Hha

Once dah berterus terang aku berkawan dengan lia macam biasa. Aku tak boleh lari mana2 weh. Aku kat tempat keja 2 3 ketul je perempuan. Kau rasa ? Sejauh mana jelah aku mampu lari ? Cuma takdelah aku bersangka buruk lagi. Kalau dia pelik2 aku faham dah kenapa. So hubungan persahabatan kitorang masih okay. Aku tak  jauhkan diri bila tahu perkara sebenar.  Aku bukan jenis buang kawan bila aku tahu 1 keburukan dia. Tapi aku still beware dengan lia. Aku ade jugak warning si lia tu supaya betulkan sikit otak dia bila dengan aku. Once dia buat bukan2, aku tak fikir 2x untuk putuskan persahabatan kitorang. Sejak tu dia behave sikit dah.

Tapi bila aku dah tahu hal sebenar aku tak sangka pulak selamani membe baik dia yang selalu aku lepak sama2 tu adalah serumpun dengan dia. Aku naik rimas bila dia asyik usik aku dengan lia. Faham tak usikan2 nakal macam kitorang ni kapel. Aku tak ada lah rapat mana dengan membe dia.. tapi once aku buat hal contoh aku malas layan lia. Tiba2 aku kena disoal siasat. Aku rasa hilang dah rasa kebebasan aku.

Dan yang paling teruk . Perasaan yang paling teruk aku rasa. Aku risau dengan diri aku. Aku start depends pada lia . Sikap fitrah perempuan kan kalau tiap hari kena siram dengan air lama2 lembut jugak. Aku tak kata aku suka lia. Tapi aku dah start bergantung pada lia. Tu yang aku risau pada diri aku. Risau aku terjebak . Aku rasa aku perlu buat sesuatu untuk bendani tak berlarutan dalam diri aku.

Baru2 ni aku ada rapat dengan seorang lelaki kat tempat keja. Dan lia start buat perangai balik. Aku syak dia cemburu. Aku pun x pasti apa yang aku patut buat sebenarnya. Aku lagi risau diri aku terjebak . Yela tiap hari jumpa kan.

Bila aku lepak dengan membe serumpun dia , cerita perempuan mana lagi cantik biasa dah kat telinga aku. Rindu perempuan or crush dia. Pun lali dah kat telinga aku.

Aku tak expect pun dia akan berubah sekelip mata. Tapi biarlah effort tu biar nampak betul2 nak berubah. Aku pun tiba2 convert jadi ustajah part time. Bagi aku masalah naluri ni adalah masalah hati. Apa apa berkaitan masalah hati kita sebagai orang islam kenalah kembali kepada fitrah kita kan? Aku tekan kan pada dia. Supaya jaga solat dan hubungan dengan TUHAN. Aku nampak la usaha dia kejap. Tapi kejap tenggelam timbul. Masih tak konsisten lagi.. Jadi readers sekalian.. apa yang perlu aku lakukan untuk bantu si lia and diri aku ? Any suggestions?

Nama lia ni aku petik je dari mana2 . Bukan watak sebenar . Hha

Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Aku mohon doa korang supaya si lia tu berubah.. dan moga aku pun tak terjebak sekali.

Ikhlas ,
Ratu

– Ratu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mentaliti Kelas Ketiga

PengakuanKu

Assalamualaikum. Hari ni aku nk kongsikan kat semua betapa teruknya mentaliti org melayu zaman sekarang. Betapa kotornya hati manusia, and betapa susahnya manusia skrg utk pikir positif terhadap sesuatu perkara, hanya tau menghentam, mengkritik kemudian viralkan. Aku nk ketengahkan pasal artis tanah air kita, hanis zalikha yg baru2 ni p vacation bertiga anak beranak..

Mungkin ramai yg akan kata, alah, ko tu nk famous, sbb tu cerita pasal artis, ambik tau hal2 gosip artis, n ko kipas susah nak mati hanis, sbb tu ko back up artis ni. Nope, ni bukan pasal back up ke apa. Tp korg baca dulu apa yg aku cuba smpai kan dari perspektif aku. Aku rasa terpanggil utk nyatakan point, n nk bg mentality class ketiga ni terbukak minda, supaya pikir positif, bercakap yg baik baik, dan doa yg baik baik. Bukan hanya tau jd keyboard worrior disebalik fake fb profile yg hanya tau mengecam.

Kenapa aku kata byk yg hati kotor? Sbb ada dikalangan netizens komen negatif tahap kebodohan dia xboleh nak hadam. Contoh dia lebih kurang mcm ni,

“P vacation boleh, duk masjid lama2 xboleh”
– eh, kau tau ke bila dia p masjid? Bpe lama dia duk masjid? Cara kau ni, mcm alim sgt, acah2 nak tegur tp sebenarnya hati tu sgt hitam, smpai bnda yg kau xtau pun kau saja nk up. Motif kau nk sebut masjid tu pasal apa? Niat nk tegur?

“Tak kenang budi mak bpk sbb bercuti bertiga, x igt jasa mak bpk yg susah payah besarkan dia”
– yg jenis ni pulak, nk kecam, tp nk nmpk yg si hanis ni betul2 bersalah & x mengenang budi. Dia timbul kn isu mcm ni, sdgkn mak bpk hanis pun xbising. Dia pulak lebih. Nyatalah, org mcm ni, xboleh terima hakikat kebahagiaan org lain, ada je salah dia nk carik.

“Alah dia ni xde la kaya mana pun. Kalau kaya for sure dia dah ajak sekampung bercuti kt maldives”
– yg ni pun aku xpaham, butthurt sgt bila hanis tu kaya & mampu, tp seboleh mungkin cuba nk kecam. Nk bgtau 1 dunia yg hanis ni hanya menunjuk je kekayaan nya.

and yg paling best, ayat bawah ni salu aku dgr dari netizens minda kelas ke3 ni,

“DARIPADA MEMBAZIR DUIT P VACATION MCM NI, BAIK LAH SEDEKAH DEKAT FAKIR MISKIN YG LEBIH MEMERLUKAN”

Seriously guys??? Nmpk sgt penyakit hati dah teramat parah dikalangan umat islam zaman sekarang. Bila letak kt insta, kata menunjuk kekayaan. Sdgkn org tu x suruh kau tgk pun aktiviti dia yg kaya tu. Lepas tu siap bg nasihat lg soh berzakat, jgn bazir, tolong org susah.

Mybe, manusia2 minda kelas ketiga ni, masih xfaham apa itu konsep rezeki. Kenapa bila berbelanja mewah je, kata kena sedekah, sdgkn korg tau ke bpe byk dia dah zakat???

Sng cite gini lah.. hanis & hairul, malahan yusof pun, masing2 ada bisnes sdiri. Hanis dgn bisnes cakenis & toujours nya, hairul dgn brand malead nya, yusof pulak, duta mcm2 brand.. jd, rezeki depa ni bertambah sbb depa ni public figure. Cakenis punya agent serata malaysia, singapura & brunei, bersepah.. sentiasa ada demand. Xkurang jugak brand hairul.. jadi, dgn perniagaan sebegini, ditambah lg dgn dorg ni artis, rasa2 berapa kekayaan yg dorg miliki????

Ok, settle part kekayaan. Soal zakat/sedekah pulak. Kita tau ke berapa byk yg dorg dah sedekah dan zakat kan utk menyuci kn harta? Adakah selepas berkerja keras bertungkus lumus naik kn brand sendiri, dorg kena sedekah SEMUA keuntungan dorg? Kalau semua dia nk sedekahkan, mcm mana dia nk rolling balik modal bisnes dia? Dan salahkah dia nk guna kan sedikit kekayaan dia utk bnda yg dia idam kan?

Ni mesti ada yg kata,

“Nak melancong tu boleh, tp berpada pada lah, jgn smpai membazir ratusan ribu mcm tu.. kan lebih elok bersedekah..”

Ni lah mentaliti org2 kita. Siap letak limit artis tu kena spend berapa utk vacation dorg. Korg mungkin kata apa yg dorg spend tu mewah, tp yg korg x tau, silap2 bajet vacation yg hanis plan tu, mungkin hanya 0.1% saja dari keuntungan yg dorg dpt hasil dari meniaga..

Jadi, kalau bisnes dorg dah untung juta2, dah invest, dah simpan, dah zakat, dah rolling bisnes balik, 0.1% yg dah di allocate utk vacation tu jumlah nya ratusan ribu, x mustahil ye kakak abg pakcik makcik sekalian.. jd, jgn la jd cetek akal sgt nk kata soh p sedekah ke ape. Sbb kita pun xtau lifestyle dorg mcm mana. Kita xduk serumah pun dgn dorg. Hak dorg lah kalau nk bercuti mana2, utk reward kesusah payahan dorg siang malam bisnes cari duit.

Ada yg kata, dorg artis, cari duit sng. Hello..!! Ni zaman millenium, segala bnda semua kena ada duit. Nk naik kn brand igt senang ke? Nk sustain bisnes, igt upah2 org je ke? Aku sendiri dah ada pengalaman dlm bisnes ni. Bpe byk artis aku dah jumpa tp bisnes xmenjadi. ARTIS tu hanya tiket utk terkenal je. Tp kalau ilmu xde, bisnes ko pun xkemana. Jd berbalik pada hanis ni, dgn empire bisnes dia skrg. Rasa2 dia duk goyang kaki je ke duit dtg bergolek? Tidak yeeee…

Senang kira cmni lah, letak diri korg kt situation hanis ni. Tp korg x bisnes. Cuma makan gaji je. Setiap bulan lepas dah tolak segala komitmen, simpanan, n zakat semua, ada lah balance 0.1% dlm dompet iaitu rm100. Dgn rm100 yg berbalance setiap bulan ni, korg simpan 12bulan utk p vacation kt port dickson masa cuti sekolah hujung tahun. Korg pun update gmbar kt fb. Tiba2 ada org komen,

“dari p vacation mcm ni bazir duit, baiklah sedekah kan dekat fakir miskin yg lebih memerlukan”

Apa korg rasa??? Sedih x? Mungkin x sedih, tp rasa nk memberontak tu mesti ada. Korg akan rasa, eh? Punya penat aku kumpul utk reward diri dan anak aku, alih2 org pertikaikan. rm1200 ni hasil titik peluh aku utk bersenang dgn apa yg aku dah usahakan..

Yup. Kemampuan n titik peluh kau selama setahun berbaloi hanya rm1200. Itu pun ada org pertikai kn. Tapi kemampuan & titik peluh org berbisnes pulak mungkin puluhan ribu malah ratusan ribu. Jd jika dia nk spend amount tu, atau kurang dari amount tu, terpulang pada dia lah kan? Xkn la dia dpt hasil bisnes ratusan ribu selama usaha keras dia, then decide p port dickson sama je mcm kau, spend pulak rm1200 je. Berbaloi ke bagi dia???

See??? Selagi kita question akan rezeki org, selagi tu x kan berkesudahan. Sifat dengki & iri hati tu makan diri sdiri je. Rm100 yg kita spend makan kt secrwt recipe tu, mungkin hanya berbaloi & memadai dgn kerja yg kita dah buat. Tp situation dia lain pulak dgn yg berbisnes ni. Dia bukan sekadar kerja tayang muka je, tp dia kena pk mcm mana nk sustain bisnes, investment dari segi marketing utk naik kn brand seperti buat iklan kat tv, billboard dan sebagainya. Lepasu nk jaga agent lg, nk bg gaji kat pekerja butik lg, then nk launch product kena join event fashion show lagi. Bnda2 ni sume nmpk senang n glamorous, tp utk menjayakan bisnes bukan sng tau. Jd berbaloi lah 0.1% keuntungan dia ratusan ribu.. kan??

So akhir kata, korg2 ni, jgn la jadi bebal bila nmpk someone yg kaya tu spending duit dia bgai x igt, terus bg nasihat soh zakat la sedekah apa semua. Silap2, yg kaya p vacation membazir tu lah yg muka dia tetiap bulan xpenah miss kt pusat zakat nk bayar zakat. Mungkin jugak setiap hari dia sedekah dekat random people yg netizens duk viral dlm fb.

Pada aku, yg bajet2 nasihat tp sebenarnya mengecam ni, lebih kepada menunjuk kebodohan sendiri. Rata2 org kaya yg bisnes ni, xputus2 rezeki melimpah ruah, disebabkn zakat n sedekah lah. Korg xpyh pndai2 nak nasihat. Sbb org yg dlm ada dlm business circle ni, masing2 jenis yg percayakan sedekah, dan salu amalkan solat dhuha. Mcm mana aku tau bnda ni? Sbb aku join mana2 bisnes talk, xkisah la dr azizan ke, irfan khairi ke, formula utama kekayaan org yg dlm business circle ni adalah zakat & sedekah.

Islam pun dah ajar, jika nk rezeki bertambah, bersedekah dan berzakat lah. Mungkin dari berkat sedekah ni, kekayaan dorg makin bertambah.

Lpas org2 kaya dah sedekah, ada pulak yg tambah, kenapa masih byk org miskin kt malaysia ni kalau org2 kaya ni dah sedekah byk??? Itu kau jgn tanya lah… bukan nya tugas business man yg kena basmi kemiskinan rakyat. Itu tugas pemimpin negara.. ada paham???

Jadi lah org yg bijak berbicara. Jika xsuka xpe. Diam tu kan lebih bagus dari mengeluarkan kata2 yg mampu menjadi fitnah dan dosa.. yg mana xsuka tu, unfollow je. Husnuzon dan positif lah. X dosa pun kalau doa yg baik2. Dpt pahala lg ada.. rezeki pun bertambah. Mana tau ada peluang bercuti kt maldives kan????

Sekiannnnn….

– Athira Azman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tebal Muka Dalam Tabah

PengakuanKu

Salam semua.aku cuma nak kongsi tentang perjalanan postgraduate aku yang tak habis lagi ni.Terdetik di hati aku ni nak berkongsi lepas aku kena “mental torture” dr penyelia aku lepas aku terbuat satu kesilapan yang aku sendiri tk sedar benda tu silap.tapi aku tak nak cite psl silap apa yang aku dah buat,sebab benda tu remeh cuma penyelia aku anggap benda tu satu dosa besar yang aku boleh masuk neraka sbb dia terlalu maksum.

Aku dah minta maaf dan penyelia aku dah maafkan.memang aku ralat.Tapi,manusia ni bila kita dah minta maaf,di mulut mengiyakan tapi dr segi perbuatan dan riak muka nampak sangat dia memang aim untk perli dan memperkecilkan aku.Serius,aku da mula rasa jatuh terduduk masa tu,tapi aku tetap ambik keputusan nak teruskan jugak sbb aku pegang amanah yang berat yang menuntut aku untuk teruskan juga perjalanan siswazah aku ni.

Oleh tu,aku tebalkan jugak muka jumpa dia setiap minggu dan cuba jugak untk siapkan kajian aku ni.Walaupun kerap kali penyelia aku ni memperkecilkan usaha aku dan memerli setiap hasil kerja aku,aku tetap jugak teruskan.Sebak tak payah cakap,senyuman aku ni dah jadi palsu sangat dah sekarang,hanya bucu katil je jadi tmpt aku menangis.

Sebab moral insaniah aku ni dah turun,aku cuba untuk jumpa kaunselor.Tapi setiap kali nak jumpa,mcm2 yang aku fikir,salah satu sebab aku tak percaya yang masalah aku tu nanti dia takkan cite dekat orang lain.Last2,aku decide untuk simpan sorang je.

Aku rasa tertekan giler,dalam nak kejar dateline research aku kena hadap mental tortured yang teruk ni.aku pernah rasa nak bunuh diri dengan 1000 macam cara,aku pernah rasa nak berhenti dari belajar dan aku pernah rasa nak lari je dari realiti sekarang,tapi akhirnya aku tak dapat nak buat apa2.selain perangai penyelia mcm tu,dari segi kewangan juga menjadi faktor aku untk terus kuat,dah 3 kali mybrain reject permohonan aku dan aku decide untk kerja part time semata2 nak bayar yuran pengajian aku.

Dengan sisa yang masih berbaki ni,aku harap sangat aku mampu nak harungi dan bertebal muka dalam nak siapkan research aku ni.Pesan aku,kalau kau rasa tak mampu nak sambung lepas ijazah,kau tak perlu desak diri kau,kalau kau mampu,kau jangan silap pilih penyelia yang hanya nak kejar KPI tapi lgsg takde nak tolong dan beri kata2 semangat dekat kau.Jangan pilih penyelia yang bila kau buat silap,dia terus push kau untuk terus jatuh,melainkan kau kuat untuk bangkit kembali.

Aku tak pasti sampai bila aku mampu bertahan,aku tak pasti sampai bila aku kena hadap benda2 ni tapi aku pasti yang setiap kesulitan tu ada hikmah.Doakan aku kuat.

– rien

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

My Offshore Life

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari tu ade confessor cerita pasal kerja kat platform. Seronok baca cerita2 kerja kat offshore. So saya pon rase nak cerita pengalaman kerja kat offshore jugak la.

Saya seorang perempuan dan saya juga adalah seorang geophysicist (field staff). Lepas grad terus kerja dgn satu local company ni. 6 tahun la jugak saya kerja dgn company tu. Saya bekerja di ats kapal geophysical survey.

Gaji dan allowance
Start kerja gaji RM1800 basic, offshore allowance RM230/day, onshore allowance RM150/day kalau x silap. Tapi bila claim onshore allowance bleh claim meal allowance skali (rate berlainan ikut negara). Contoh job kat Brunei so bleh claim rate dlm Brunei dollar. Bila masuk office boleh claim office allowance RM60/day (ni sebab saya field staff). After confirm jawatan tu gaji naik jadi RM2000. Lepas tu ade kenaikan setiap tahun ikut prestasi syarikat dan KPI. Saya pernah dpt lebih dari 50% kenaikan dlm setahun. Lepas saya resign saya kerja as a freelance geophysicist. Gaji RM1200/day (rate tuk job di Asian region). Ni rate biase2 je time tu, ade yg boleh dpt lg banyak dr ni. Ikut pengalaman kerja la. Tapi lepas harga minyak jatuh rate gaji pon jatuh.

Training
Mostly saya mendapat training drpd senior dan HOD. Training kat office dan on job training. Ni untuk training as a geophysicist la.

Tuk kerja offshore kene ade BOSIET (basic offshore safety induction and emergency training) dan HUET (helicopter underwater escape training). Boleh tgk kat youtube camne training ni dijalankan. Ade part yg agak menakutkan saya tapi generally best la training ni. First time buat HUET saya menangis tepi kolam. Hahaha. Selain tu kena buat medical checkup. Termasuk la ecg, lung test, blood test, hearing test dll. Saya selalu sangkut dekat part blood sbb saya ada anemia. So terpaksa dirujuk kpd pakar darah dulu sebelum medical certificate saya dicop ‘fit’.

Pengalaman kerja offshore
Saya sangat suka bekerja di offshore. Ok saya listkan kenapa
– Dapat tgk laut setiap hari. Sgt medamaikan. Bila stress kerja, duk je tepi kapal tuk release tension. Selalu jugak dapat tgk dolphin main2 tepi kapal. Comel sangat. Tp bila dia start berbunyi and kacau kualiti data, rase nak suruh captain langgar je dia. Hahaha
– Dapat tgk sunset dan sunrise yg sangat cantik. Malam2 tgk bintang. Ni la aktiviti masa lapang selain karaoke dan layan movie kat laptop. Kalau kapal duk kat anchorage boleh la memancing. Selalunya kawan2 dapat sotong tp saya pulak pernah tepancing jari sendiri. Lepas tu jd pemerhati je la.
– Selalu travel. So far saya pernah pergi job serata Asia Tenggara je. Dapat peluang pergi tempat terpencil yg mmg x pernah tau kewujudannyer. Naik kapal terbang pon dah mcm naik bas (ni ayat makcik saya bagi kat saya sbb saya slalu sgt travel).
– Tak payah pikir pasal nak masak ape hr ni or nk mkn kat mn sbb mknn sudah tersedia. Kalau teringin nak mkn sesuatu boleh request je kat tukang msk tp ikut budi bicara dia la nk layan ke x.
– Baju ade messboy yg akn basuhkan. Just bubuh dlm laundry bag and letak kt dpn pintu bilik. Bilik pon dia kemaskan dan bersihkan.
– Kalau bgn tido pastu nak masuk shift tu rase malas nak mandi, x yah mandi. Kejap2 lagi pon boleh mandi. Basuh muka gosok gigi pon dah cukup.
– Pastu sarung coverall je. X yah pikir esok nak pakai bj ape, nak kene iron bagai.
– X yah menghadap traffic jam. Indahnyerrrr. Kadang tu bilik x sampai 10 langkah dr work station.
– Gaji masyuk. hahaha

Tapi bnyk jgk cabaran kerja offshore ni
– Pernah kene tangkap ngan imegresen Brunei sbb join vessel tanpa permission. Masa tu pulak msk Brunei as a tourist (slalu nyer mmg akn msk as a tourist pastu br agent apply kan work permit). Ni bkn salah saya sbb saya x tau pon permission tu x dpt lg. Diaorg pandang saya mcm pelacur sbb saya seorang je perempuan atas kapal masa kena tangkap tu. Sedih. Tapi kes tu setel petang tu jgk and semua org kat port tu kenal muka saya lepas kes tu. Glamer jap.
– Bila time bad weather mmg boleh pening and termuntah. Ombak more than 4m dah diklasifikasikan sbg bad weather. Operation on standby mode bila bad weather. Tp kalau data still cantik operation berjalan spt biasa. X bestnyer time mcm ni adalah pening n muntah. Yg bestnyer bila standby, goyang kaki dpt duit. Easy money.
– Sexual harrasment kat ats kapal. Dilakukan oleh marine team. Alhamdulillah bkn pd tahap yg serius. Tp syukur team mate saya (survey team) semua jenis yg protective. So next time kena g berurusan dgn ‘org tu’ member akn temankan.
– Kene bayar income tax yg banyak.
– jauh dr family dan kawan2. Nenek saya meninggal saya x dpt balik. Masa tu ada kat Brunei. Sedih. Kawan baik kawen pon x dpt pergi sampai dia merajuk dgn saya.
– Kerja dgn lelaki. Paling ramai dlm satu kapal hanya 4 org perempuan. Paling sikit saya seorang (so x de kawan bila nak ngadu hal2 perempuan ni). Tapi kerja dgn lelaki ni best jgk sbb kita akn dilayan mcm princess. Tak payah tolong buat kerja pun x pe (padahal saya nak tolong gulung wire je pon). Duduk situ jadi penyeri je dah cukup. Tp tu time buat kerja berat2 la (bkn scope kerja geophysicist).
– Kerja kat offshore 12 jam sehari tanpa cuti hujung minggu, cuti hr raya atau segala mcm cuti yg lain. MC pon x de ye. Kalau sakit serius sgt baru akn dihantar ke platform terdekat sbb kt sana baru ada medical team. So far project kat Brunei je ade medic onboard.
– Bila time nak submit report n esoknyer dah kena signoff makanya kena kerja lebih masa. Kadang tu 24 jam kerja x tidur2 atau dpt la tidur 1-2 jam sahaja.

Banyak lg cerita tp cukuplah yg ni je dulu ek. Part kat office x payah cerita la.

Ni semua cerita 2008-2015. Lepas harga minyak jatuh nak dapat satu job offshore pon susah. Dapat job tuk produce report je. Rindu nak g offshore mcm dulu blk. Now I’m still looking for a permanent position. Kalau ada sesiapa disini yg tau vacancy tuk geophysicist/geologist bg tau kat komen ye. Ti saya pm.

Thanks sudi baca. Assalamualaikum.

-Gadis-

– Gadis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Foundation

PengakuanKu

Assalammualaikum & thanks admin for posting this.Memandangkan ramai yg share pengalaman sewaktu asasi/pra-universiti,aku nak share pulak pengalaman aku sewaktu asasi.Daripada pengalaman aku,cara belajar asasi lain saaangattt daripada sekolah.Dkt sini kau kena pandai2 hidup sendiri.Contohnya,segala notes,exercises and information semua kau kena usahakan sendiri.Tak ada org yg akan suruh kau buat exercises or homework dan tak ada org kisah kalau kau nak tidur dlm class or ponteng class.Aku ingat lg masa sem 1,aku culture shock gila dgn cara belajar dkt sini.(Aku dah terbiasa dgn cara dkt sekolah di mana cikgu akan terangkan satu persatu,beri latihan dan beri nota).Masa nak dkt exam baru aku study sikit2 based on reference book.Hasilnya?result aku kelaut….markah semua cukup2.Utk next test pulak,aku try nak improvekan diri dgn buat exercises but still markah aku masih teruk.Masa ni aku rasa hopeless,down & almost give up.Aku tgk org lain semua dah ada improvement tp aku masih mcm dulu.I kept comparing myself to others,kenapa org lain boleh?kenapa aku tak boleh?Emosi aku tak stabil,aku rasa sedih sangat sampai dada aku terasa berat dan susah bernafas.Kadang2,aku pernah terfikir nak commit suicide(tp aku still ade rasa takut).Aku start jauhkan diri dprd kawan2 & roomates aku.Aku asyik salahkan diri aku utk semua kesalahan yg aku buat.Sampailah final test utk sem 1,aku nekad yg aku nak cuba yg terbaik.Mungkin ujian utk aku,bila hari nak dkt test tu aku demam panas…nak study pun atas katil je.Aku paksa diri aku study bila aku tgk roomate aku yg lain study.Result utk final test aku ada sedikit peningkatan tp secara keseluruhannya result sem 1 aku so-so (3.5 lebih)sbb test1&2 dah tarik banyak.

Bila naik sem 2 pulak,aku nekad nak study hard.I tried to figure out the best way to study.Aku cuba ikut roomate aku yg stay up sampai 3-4 pagi utk study,tp keesokannya aku rasa ngantuk dan letih dlm class menyebabkan aku selalu tidur dalam class.Disebabkan kerap tertidur dlm class,byk benda yg aku tertinggal.Bila waktu nak test je aku gelabah nak cover balik semua yg aku belajar.Akibatnya,result aku still teruk.Lagi sekali aku rasa down yang amaaatttt.Aku selalu terfikir mana salah aku,apa yang aku kurang?.Aku cepat rasa sensitif & mood swing setiap masa sehingga ianya menganggu aktiviti harian aku.Aku rasa give up sbb semua benda yg aku cuba buat tak menjadi.Sehinggakan satu hari tu,aku dgr motivasi dr prof muhaya dkt utube.Aku rasa tenang sgt lepas dgr pandangan drpd prof.Aku start berfikiran positif utk semua benda yg berlaku.

Aku cuba perbetulkan hubungan aku dgn Allah & manusia sekeliling aku.Aku try set kan balik niat kenapa aku harus belajar.Aku ubah cara aku belajar dan alhamdulilah result sem 2 aku meningkat sedikit (3.7 lebih).

Dan utk sem3 iaitu sem terakhir,aku cuba utk enjoy the process of learning.Aku letak target utk dpt kan 4 flat (hehehe).Aku start focus dlm class,tanya apa yg aku tak faham dkt org lain,study& buat latihan on time.Aku buat ibadah sunat sikit2 seperti solat dhuha,baca surah al-kahfi setiap jumaat & al-mulk selepas solat isyak.Paling penting sekali,aku dah kurangkan sifat negatif dlm diri aku iaitu selalu compare kan diri dgn org lain,jealous dgn org lain,dan tak yakin dgn diri aku sendiri.Habis je class petang aku akan pergi library sehingga malam.Weekend pun aku pergi library.(sbb dlm bilik aku susah nak focus belajar).Bila waktu nak exam je aku akan pastikan aku dah habis study & buat exercise topik yg akan keluar exam.Syukur alhamdulilah utk sem akhir ni aku berjaya dpt 3.95(walaupun bukan 4.00 tp aku dah cukup bersyukur dah)

So,ni beberapa tips yg aku amalkan sewaktu asasi :

1.Focus dlm class-ni paling penting sbb waktu nilah kita akan mudah faham apa yg kita belajar dan byk information penting(yg sesetengahnya takde dlm buku) kita dpt dr lecturer
2.Banyak buat latihan-banyakkan buat latihan nak2 subjek mengira seperti maths and physics (bukan dkt sekolah je kena byk buat latihan)
3.Do your own revision and notes- masa nilah kita boleh ingat balik apa yg kita belajar.Buat nota pulak boleh menyenangkan kita nak refer bila nak exam
4.Banyakkan bersoal-kalau tak faham atau musykil dgn apa yg kau belajar,tanya pada yg pakar spt lecturer(sbb kadang2 teori yg kita faham tu salah)
5.Perbaiki hubungan dgn Allah-start buat solat jemaah&banyakkan buat ibadah sunat (insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah)
6.Jaga hubungan dgn manusia-elakkan menyusahkan org lain & jaga hati ibu bapa,keluarga,pengajar&kawan2
7.STOP COMPARING-haaa,pada aku ni penting,berhenti bandingkan result kita dgn org lain.Sebab apa?sebab bermula dari sini lah mula timbul perasaan iri hati,cemburu dan tak yakin dgn diri sendiri.Setiap org ada kelebihan masing2

Kesimpulannya,berdasarkan pengalaman aku yg picisan ni,kalau kita lakukan sesuatu,buatlah yg terbaik dan jgn mudah mengalah.Termasuklah belajar,perkerjaan etc.So,itu shj drpd aku,semoga apa yg aku kongsikan ini bermanfaat utk semua.Sekarang ni aku tgh tunggu turn nak masuk degree bulan 9 ni,doa doakanlah segala urusan aku dlm menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah.Sila silalah sharekan pengalaman & tips korang ketika belajar pulak hehehe

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Bijak Menghafal atau Menuntut Ilmu

PengakuanKu

Assalamualaikum semua. Aku pelajar tahun 2 jurusan dalam bidang perubatan. Tapi bukan doktor eh. Lagi 1 tahun untuk aku tamatkan pengajian. Ouhh.. Dan aku seorang perempuan melayu tak berapa nak terakhir.

Kenapa tajuk aku macam tu? Hmm.. Pensyarah aku yang buat aku selalu terfikir pasal tajuk tu. Pensyarah aku selalu bagithu, “pelajar cemerlang dan pandai berbeza. Pelajar pandai hanya pandai menghafal apa yg dah disuap oleh pensyarah dan muntahkan balik masa exam. Manakala pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang faham apa yang pensyarah ajar dan dia akan cari tahu lebih mendalam lagi mengenai topik tu tanpa perlh disuruh, bukan hanya untuk exam tapi untuk bekalan ilmu” .

Aku, Alhamdulillah pointer okay and top 3 in the class. Tapi sejak pensyarah aku cakap macam tu, aku mula berfikir, aku ni pandai ke cemerlang?

Bila aku ingat2 balik, masa aku sem 1 dan sem 2, aku rajin cari info tambahan sendiri tanpa perlu disuruh. Tapi lama kelamaan sehinggalah sekarang, aku hanya telan apa yang dah disuap dan muntahkan balik sahaja apa yg aku dah telan. Rugi kan. Bila aku fikir-fikirkan lebih mendalam, aku boleh nampak ilmu yang aku dapat masa sem 1/2 dan sekarang, berbeza. Kalau ada pensyarah atau sesiapa tanya mengenai topik aku sem 1/2, aku boleh ingat. Tapi kalau tanya sem yang baru lepas punya, mungkin hanya suku je aku ingat. Tu bezanya bila kita hanya menghafal untuk exam dan kalau kita betul2 tuntut ilmu tu sendiri.

Dan, sejak pensyarah aku cakap macam tu, aku akan malu kalau ada sesiapa kata aku pandai. Sebab aku thu, aku hanya pandai semasa memuntahkan balik apa yang dah aku telan. Bukannya aku pandai menuntut ilmu tu dengan cemerlang.

So, student2 sekalian, anda pelajar pandai ke cemerlang?

Jom jadi cemerlang! Terima kasih. Byebyee. Assalamualaikum

– Natasha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Lelaki Tak Pernah Berbelanja

PengakuanKu

Assalamualaikum semua.
Aku perempuan, dah kawin hampir 2 tahun. Cinta lepas kawin la senang cakap, kawan kenalkan. Seorang dari utara, seorang dari key ell.
Aku dulu ada kerjaya sendiri di hometown aku. Bos sayang, gaji sangat ok, pergi kerja pun 10 minit je. Ada duit belanja sendiri, nak apa pun aku boleh dapat.

Lepas kawin, berhenti kerja pastu ikut suami. Yelah awal2 romantik la, rasa mcm princess. Nak apa minta je mesti dapat. Tapi tu cuma seminggu dua je.
Kebetulan, awal2 kawin duduk dengan mertua. Semua barang ada so semua rasa cukup.

2 bulan lepas tu kami pindah duduk rumah sendiri, walaupun cuma belakang rumah mertua je. Alhamdulillah kecik tapi syukur, bebas bergerak. Dari sini masalah bermula. Aku nak beli barang2 utk keperluan rumah. Sabun, ubat gigi, beras, pinggan mangkuk. Mula2 keluar tu kami beli sikit2 je, yela aku paham suami aku kerja biasa2 je. Aku pulak memang almost zero money masa tu. First cycle okey lagi la, suami aku ikutkan. Lepas tu second cycle beli barang2 keperluan, dia mula bising. Kenapa nak beli lagi bawang tu? Kenapa nak beli lagi ayam? Lepas tu ada sekali tu mengamuk lapar aku tak masak. Macam mana nak masak tak ada barang? Last2 dia balik rumah mak dia makan.

Aku makan hati juga. Lepas tu kami slow talk aku mintak nak kerja. Nasib baik dia setuju. Tp reason dia aku kurang boleh terima. Suruh aku kerja supaya x susahkan dia mintak itu ini nak beli. Kurang2 pakai duit aku sendiri. Sedangkan make up aku cuma bedak dan lipstik. Aku tak pndai conteng2 muka. Tapi aku masih sabar. Aku tak mahu awal2 lagi dah goyah rumah tangga kerana hal ni.

Lepas hampir setahun kawin, aku mula dapat agak kenapa dia mcm tu. Dia tak pernah keluarkan belanja selama dia hidup bujang. Barang2 dapur or barang rumah semua diuruskan mak ayah. Dia x pernah belikan or bagi duit. Itu pn lepas aku dengar2 cakap mak dgn adik dia. Baju jarang berganti baru, asyik rembat abang2 punya je.

So bila lepas kawin, dia rasa sangat berat utk keluarkan belanja walaupun benda tu keperluan kami. Ada suatu hari aku terlepas cakap, awak asyik dimanjakan emak je, semua emak awak settlekan utk awak, sbb tu dah kawin pun x reti berdikari. Nak keluarkn belanja utk rumah sendiri pun berkira. Agaknya kata2 tu menusuk kalbu betul, 2,3 hari jugak la dia tak mahu tegur aku.

Tapi kerana terlepas cakap tu jugak la, suami aku sekarang mcm dah berubah. Apa2 hal rumah semua dia bayarkan, siap aku boleh request lagi. Dia akan ckp boleh tp kena sabar. Duit gaji aku semua jadi saving je. Pernah kami hati ke hati suami aku cakap skrg bnyk keluar belanja pun alhamdulillah cukup je. Mula2 kawin dulu xde beli apa2 pun tapi rasa xckup pulak. Aku malas la cakap pasal tanggungjawab ke apa kan, aku senyum je. Alhamdulillah la dia dh sedar tanggungjawab dia skrg.

Nanti ada anak aku nak ajar anak aku supaya tau bab2 keluar duit sikit utk keperluan keluarga. Jangan tau pakai je. Taknak nanti esok2 bini anak dia merasa apa yg aku dah rasa.

– Manggih

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Parenting Tips

PengakuanKu

Saya sekadar ingin berkongsi tip mendidik anak berdasarkan pengalaman sendiri, pemerhatian, dan pembacaan. Saya tidak ada degree dalam psikologi kanan-kanak tapi bekerja dgn kanak-kanak dgn kerap.

Saya berumur hujung 20-an, anak sulung, ada adik2 yg kesemuanya lelaki. Telah berkahwin dan mempunyai anak2.
Saya juga sedang berusaha belajar dan mencari formula terbaik untuk mendidik anak2. Lebih2 lagi pada hubungan adik beradik kerana saya mempunyai krisis sendiri dgn adik2.

1. Didik anak hormat harta awam dan harta orang lain.
Semasa saya seorang kecil, saya mempunyai beberapa barang yg sangat saya sayang. Biasanya ia adalah mainan yg berharga kurang dari dua ringgit yang dibeli menggunakan duit sendiri ataupun hadiah pemberian kawan2. Kadang2 ianya alat tulis atau barang2 yg dijual di kedai buku. Tapi sebagai anak kecil, setiap barang yg kita ada itu mempunyai ‘sentimental value’ atau ’emotional attachment’ yg sangat kuat. Mungkin sebab kita tidak banyak harta berharga, maka apa yg ada itu sangat mahal rasanya. Dan saya ada adik yg sangat cemburu pada koleksi harta berharga itu. Dia akan curi dan simpan jadi dia punya walaupun itu mainan budak perempuan. Saya selalunya akan marah dan bergaduh dengan adik dan bapa dan emak selalunya akan menyuruh saya mengalah dah memberi mainan itu kepadanya. Sejujurnya saya memberontak di dalam hati walaupun saya tidak zahirkan di hadapan bapa dan emak. Saya rasa sangat terkilan. Kesannya sekarang saya akui saya sangat kedekut terhadap adik beradik kerana dari kecil lagi harta saya telah banyak ‘dikorbankan’ kepada adik beradik atas dasar mengalah. Saya masih menyimpan rasa terkilan hingga ke hari ini.
Sebagai ibu bapa bersikap adil lah terhadap anak2. Walaupun terhadap anak sulung. Jangan terlalu kerap menyuruh anak mengalah. Ia mungkin konsep diluar pemahaman dan logik anak. Tetapkan peraturan di rumah agar setiap anak tidak mengambil hak anak yang lain. Ajarkan anak untuk menulis nama pada barang2 dan mainan kepunyaan. Dan sediakan mainan untuk kegunaan semua orang iaitu ‘public property’. Ajarkan anak untuk menjaga mainan hak bersama, mengemas dan anak didenda jika berlaku kerosakkan pada barang2 di dalam rumah yang diwartakan sebagai public property. Ajarkan juga anak untuk menghormati ‘private property’ dan sentiasa meminta izin sebelum meminjam barang adik beradik yang lain. Apabila anak terdidik untuk menghormati barang2 yang bukan miliknya dia akan membawa akhlak ini di luar rumah apabila bergaul dengan rakan dan menjaga harta awam. Jika terdapat baju, beg atau apa2 barang anak yang tidak muat atau tidak lagi dipakai dan ingin diberikan kepada adik beradik atau didermakan, tanya dulu anak tersebut supaya dia boleh berlapang dada melepaskan barang yang mungkin berharga padanya.

2. Didik kebersamaan melalui makan
Kebiasaannya jika kita berhenti di stesen minyak atau pergi ke pasaraya membeli barang dapur mesti anak2 akan meminta dibelikan snek. Kadang kala kita membelikan setiap satu anak snek yang berlainan. Mungkin boleh diubah pendekatan ini. Kita akan membelikan snek dengan syarat anak perlu memilih satu snek yang boleh dikongsi bersama semua termasuk ibu bapa. Letakkan syarat jika bergaduh memilih snek, kita tidak akan membeli apa2. Juga boleh berikan keistimewaan memilih kepada anak yg telah melakukan sesuatu dgn baik sebagai ganjaran. Secara tidak langsung kita mendidik anak untuk berkongsi dan bertolak ansur. Anak2 juga lebih ‘aware’ terhadap minat dan kesukaan adik beradiknya. Selain itu, amalkan makan di dalam talam bersama2. Jika anak2 lebih dewasa, boleh dibudayakan masak bersama2 di hujung minggu. Selain itu, kita boleh menjadikan makan diluar sebagai ganjaran jika anak2 melakukan kerja2 urusan rumah bersama2 dan menyambut kejayaan anak2. Jadi anak2 akan lebih berkerjasama dan saling menyokong satu sama lain kerana mereka dapat berkongsi ganjaran dan kegembiraan. Pada zaman ini kita mungkin lebih mewah dan tidak berkira dengan anak2 soal makanan. Namun kita boleh cuba bermain dengan strategi2 untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui makan.

3. Berlaku adil dalam menghukum.
Jika anak2 bergaduh, jangan hanya meletakkan kesalahan pada anak yang lebih tua dengan alasan dia lebih tua dan sepatutnya lebih matang dan boleh bertolak ansur. Sila jangan melakukan kesilapan ini. Jika anak yang lebih tua hanya baru berusia 6 tahun, adakah logik untuk meletakkan kesalahan hanya pada dia dan menyuruh dia bertolak ansur? Siasatlah dengan teliti siapakah dan apakah punca pergaduhan dan berikan hukuman yang adil dan wajar. Menghukum anak yg lebih tua dan meletakkan kesalahan hanya padanya akan membuatkan anak itu menyimpan dendam dan rasa tidak puas hati dalam diam. Kelak apabila dia dewasa, dia mungkin akan menyimpan kebencian dan rasa tidak senang terhadap adik beradik. Sejujurnya, itulah perasaan saya terhadap adik beradik. Akibat terlalu banyak pergaduhan yg gagal dileraikan secara adil dan bijaksana pada zaman kanak2 saya, sekarang saya tidak langsung merasa kebersamaan dengan mana2 adik beradik. Bahkan saya merasakan bahawa mereka ini menyusahkan sahaja. Dari kecil saya rasa dibuli dan tidak dihormati oleh adik2 dan sekarang saya rasa seperti tidak mahu ada kaitan apa2 pun dengan mereka. Dari kecil sampai besar asyik menyusahkan saya. Jadi tolonglah, ibu bapa gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mengadili anak2 jika bergaduh. Jangan berat sebelah kepada mana2 anak. Kelak anak itu akan dicemburui bahkan tidak disenangi anak yg lain.

4. Assign buddy pada anak2
Ini merupakan idea yang saya dapat dari menonton rancangan tentang mat saleh yg mempunyai hingga 20 orang anak. Oleh kerana anak mereka ramai, setiap anak yang lebih dewasa akan dipasangkan dengan anak yg lebih kecil. Anak yg lebih tua akan membantu menguruskan ‘buddy’ yang ditetapkan kepada mereka. Jika pergi berjalan di tempat yg ramai orang, mereka akan berjalan bersama buddy masing2. Setiap pagi sebelum ke sekolah, buddy akan membantu memastikan pasangan bersiap dengan rapi. Di samping meringankan beban ibu menguruskan anak, ianya dapat membina hubungan rapat antara adik beradik. Sangat penting untuk ibu bapa menghargai usaha mereka dan jika ada kekurangan dalam mereka membantu, ajarkan cara yg betul tanpa menghukum mereka.

5. Solat berjemaah.
Berdoalah dengan kuat dan boleh didengari seluruh keluarga ketika memohon keluarga dilimpahkan dengan rasa kasih sayang dan jika anak baru bergaduh sebutkan nama anak2 doakan mereka dilapangkan dada untuk saling memaafkan jika masih belum selesai.

Semoga anak2 kita sentiasa mempunyai rasa keterikatan dan saling sayang menyayangi.

– Ibu NF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Masa Depanku

PengakuanKu

Dah nak masuk bulan September nih, musim budak2 degree sambung belajar dan saya merupakan salah satu bakal mahasiswi salah sebuah universiti yg boleh dikatakan yg terbaik juga dlm malaysia ni..so harini saya nak confess sikit tentang kisah sy yg berkait tentang masa depan sy ni.

Sy merupakan pelajar science stream sejak sejak skolah menengah lagi..lepastu masuk matrik modul 1.. Heheh macam bnyak pulak kan citer pasal matrik baru2 nih.. Okay, so sy brjaya dpt result yg agak baik untuk kedua dua sem.. Bila mohon upu 4 pilihan teratas saya telah mngambil keputusan untuk mengambil dalam bidang doktor perubatan dan pharmacist..bila keluar je result upu bulan 8 yg lalu, ternyata perasaan sy agak bercampur baur..
Ok, pertamanya, sy agak sedih sbb tak dapat 4 pilihan teratas tu, mungkin silap saya pada bahagian temuduga, lalu sy dpt kos yg biasa shja d mata org lain..tapi bagi saya sgt menarik. Masalahnya, ibu nampak tak gembira dan kecewa dengan course yg saya dpt nih…katanya sangat tak berbaloi dengan sy yg sememangya budak science stream sejak skolah menengah lagi.. Dan apa yg menambahkan stress sy apabila org sekeliling yg kenal saya memang expect yg tinggi2 memandangkan dalam keluarga, saya yg paling menyerlah dlm pelajaran.. Mereka seolah memandang sinis kpda sy selepas memberitahu course sy ni..

Bagi saya apa jua course yg akan kita dapat smua sama sahaja, yg penting niat di hati biar ikhlas untuk menambah ilmu.Dan saya percaya mungkin tuhan sedang menyediakan sesuatu yg lebih baik untuk sy dalam course yg saya dpt ni.. Tipu lah kalau tak cemburu dengan kawan2 yg dapat course yg hebat2 tuh, tapi rezeki bukan d tangan siapa2 betul tak? Ada kat tangan tuhan je..siapa tahu maybe dengan course ni sya dapat menjadi diri saya yg terbaik .. Yang penting kena banyak sabar tunggu suprise yg Allah nak bagi

Cuma, tu lah.. Saya cuma manusia biasa, sering juga rasa down bila ibu mempersoalkan tentang kerjaya selepas graduate nanti.. Sy sgt sedih kerana tak mampu melunaskan impian ibu untuk melihat sy sebagai seorang doktor..
Di saat sy merasakan yakin untuk meneruskan pengajian sy dlm course yg saya dapat, timbul pula rasa bersalah sebagai seorang anak untuk melihat impian ibunya tak tercapai.. Semoga Allah mnjawab keraguan ini dengan solat istikharah sy..

So, korang ada tak pengalaman macam sy ni? Feel free lah to share your story..mungkin ada nasihat yang boleh sy amalkan dari insan2 yg murah hati kat luar sana.. Maaf kalau ada ayat yg kurang difahami dan trima kasih kerana sudi membaca

– Mie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Hati Yang Tidak Mengerti

PengakuanKu

Terima kasih admin. Siarkan apa yang aku tulis sebagai luahan rasa hati yang aku sendiri tidak mengerti.

Kaluargaku sederhana. Ada suami yang penyayang. Anak-anak yang menghiburkan. Hari-hari yang kulalui tersangat indah.

Tiba pada suatu hari suamiku keluar rumah. Memelukku sambil mengucup dahiku. Kemudian anak2 yang merengek hendak mengikut ayahnya. Dirangkulnya kesemua mereka sambil berjanji akan pulang semula.

Aku tahu tujuan suami keluar. Untuk mempertahankan agama dan bangsa. Tapi dia bukan seorang tentera. Dia cuma petani biasa. Aku pasrah dengan keputusannya. Tanggungjawab anak-anak kini semua dia di atas bahuku.

Sebulan suamiku meninggalkanku. Tanpa kabar berita. Aku terlalu rindukan dia. Keadaan kami disini semakin sukar. Tiada lagi bekalan air bersih. Bekalan elektrik sudah lama terputus. Kami bergantung harap pada makanan yang kami tanam sendiri. Di mana suamiku. Tiada siapa tahu.

Keadaan semakin sukar. Jiran-jiranku ramai yang sudah berpindah. Khabar mereka tidak ku ketahui selepas itu. Aku tidak akan berpindah selagi suamiku tidak pulang. Itu janjiku. Sekali sekala aku terlihat kelibat tentera memasuki perkampunganku. Aku tidak berani keluar. Jiran sebelah rumahku melarang kami keluar jika mahu selamat.

Satu malam. Aku dengar hiruk pikuk di rumah jiranku. Aku tidak berani keluar. Ku tutup mulut anak-anakku. Kami sembunyi didalam tempayan besar yang di tanam oleh suamiku suatu ketika dahulu. Air mataku dan anak-anakku mengalir deras. Bukan sedih tetapi terlalu takut. Menangis tampa suara sambil memejam mata. Akhirnya kami tertidur ketakutan.

Usai pagi. Hiruk pikuk tidak kedengaran lagi. Yang tinggal cuma bunyi ayam dan itik. Perlahan aku cuba keluar. Aku melarang anak-anakku keluar dari tempayan itu. Aku melangkah perlahan ke celah dinding berlubang. Bau hanyir menusuk hidung. Aku mual. Ku lihat kesan darah yang banyak didepan rumah jiranku.

Hatiku berdebar. Sesekali aku terdengar bunyi kenderaan tentera lalu dilselangi dengan bunyi tembakan. Hiruk pikuk malam seperti malam td berulang kembali. Terdengar dari jauh suara bayi, tidak lama kemudian disusuli tembakan. Suara bayi tadi terus hilang. Terdengar perempuan menjerit. Sekali lagi tembakan kedengaran. Kemudian sunyi sepi.

Aku perlahan-lahan melangkah semula ke dalam tempayan. Aku melihat anak-anakku menangis sambil menekup mulut sendiri. Aku turun kedalam tempayan. Memujuk anak-anakku. Tiba-tiba pintu rumahku bergegar kuat. Hampir tercabut jantungku. Cepat-cepat aku menutup tempayan. Kami kaku ketakutan. Hanya Allah yang aku ingat. Sambil berdoa memohon pertolongan.

Aku dapat rasakan penutup tempayan dipijak-pijak. Terdengar kasar suara lelaki mengarahkan kami serah diri. Kami membatu. Aku tahu lelaki itu serkap jarang sahaja. Tiba-tiba 1 tembakan datang dari arah atas kami terkena kaki anakku yang bongsu. Anakku menangis kesakitan. Menahan suaranya. Sambil menggigit bajunya sendiri. Kami rasakan nyawa kami dihujung tanduk.

Setengah jam kami kaku. Kini tiada lagi suara itu. Apa yang terjadi. Apa salah kami. Aku menangis sendiri. Di mana suamiku yang berjanji hendak pulang. Aku terlalu lemah untuk bersendirian.

Seharian kami ditempayan tu. Aku cuba keluar semula. Anak-aku mula merengek lapar. Sakit seluruh badan kerana behimpit di tempat yang sempit. Ku datang semula ke lubang dinding tersebut. Bau busuk lebih kuat dari bangkai menusuk hidung. Sekeliling kawasan perumahan sunyi. Ku buka tingkap perlahan-lahan. Bau bangkai semakin menusuk. Kulihat sekeliling. Beberapa kujur tubuh begelimpangan. Aku tidak berani keluar. Takut-takut mereka datang lagi.

Seminggu kami didalam rumah. Ada juga sesekali terdengar bunyi kenderaan tentera. Setiap kali itulah kami bersembunyi didalam tempayan. Hidup kami penuh ketakutan.

Bekalan makanan habis. Aku terpaksa keluar sembunyi-sembunyi. Bau bangkai masih belum hilang. Kampungku sunyi. Beberapa meter dari pintu belakang rumahku ku terlihat mayat yang hampir mereput. Aku yakin itu jiranku melalui pakaiannya. Tidak kelihatan seorang pun yang hidup di kawasan perumahanku. Sunyi.

Setelah mendapatkan makanan dikawan sekitar rumah aku pulang. Ku lihat anak-anakku sudah tiada. Cuma beberapa tompok darah yang berlarutan ke muka pintu. Pintu depan rumahku terbuka luar hampir roboh. Dari jauh kulihat kenderaan tentera pergi. Aku memangggil anak-anakku. Mencari dalam tempayan. Kosong! Dimana anak-anakku?..air mata berderai.

Itu yang sebenarnya aku bayangkan tentang umat islam kini. Di Rohingnya, Syiria dan Palastine. Bagaimana nasib mereka sehari-harian?. Namun Iman mereka tetap teguh.

Kita selesa. Terlalu selesa. Anak-anak di depan mata. Cukup rakyat marhain seperti aku. Paling teruk pun mungkin masalah kewangan. Masalah bahang panas ketika jem akibat aircond rosak. Masalah rumah sempit. Masalah berebut parking. Masalah dengan kawan kerja. Siapa kita untuk bandingkan ujian dengan mereka.

Bekalan air bersih dimana-mana. Surau dan masjid bersepah-sepah. Tiada sapa halang untuk beribadah tetapi kenapa mereka lebih tiptop dari segi ibadah dan solat bebanding kita. Takut-takut akibat kelalaian kita nanti dapat ujian yang setanding dengan mereka. Masa itu barulah berfikir dimana kelapangan kita yang dahulu.

Aku bukan ahli politik atau macai yang selalu canangkan “syukur Malaysia masih aman”. Sebab kemanan yang diberi bukan bergantung kepada siapa yang memerintah tetapi rezeki keamanan datang sebenarnya Allah yang beri.

– Jiwa kacau

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Pengalaman Kena ‘Cold Storage’

PengakuanKu

Perempuan, awal 30-an, berkahwin.
Tu serba sedikit tentang aku. So harini nak cerita antara episod kurang best sedikit dalam hidup aku, pasal aku di ‘cold storage’ kan di tempat kerja suatu ketika dulu. Untuk mereka yang tak tahu, cold storage ni bukan pasaraya yang korang duk shopping barang-barang dapur tu, tp lebih kurang macam korang diasingkan dalam peti ais untuk mereput sorang-sorang. Untuk kebanyakan company MNC mcm company aku ni, majikan tak boleh suke2 nak buang orang atau nak sekat merit/bonus tanpa proper justification/documentation. So sometimes untuk ‘politic’ di tempat kerja, cold storage adalah salah satu method utk membuatkan individu rasa macam looser, hilang semangat, eventually resign sendiri.

Ceritanya bermula bila aku dan mamat ni start kerja sebagai engineer di company ni, nak mudahkan cerita panggil dia mamat lah. Masa tu masih bujang. Gaji besar, benefit byk, & staff yg baik2. Jawatan kami sama, cuma role berlainan. Tapi untuk role aku ni, banyak kena involve dgn sifu2 di US sana, dan mamat ni byk cover dekat site, so cara kami ‘grow’ adalah berlainan, tapi pada masa yang sama saling melengkapi. 2-3 tahun pertama takde masalah, walaupun mamat ni byk kali jugak highlight kat boss yg dia pun nak expose utk role aku jugak, sebab lebih technical & lebih byk contact dgn level boss2. Aku takde problem pun mane2 sbb as long as aku dapat belajar benda baru & gaji masuk aku dah happy. Lagipun byk benda juga aku boleh belajar kalau tukar role.

Masalah sebenar bermula bila big boss kat US sinun mintak boss aku pilih siapa yang bakal ganti dia. Kire macam seeding/successor plan jadi manager lah. So bila awal2 dengar pasal tu aku dah cakap kat boss yg aku nak climb technical ladder, bukan management. Tujuan aku mase tu untuk memudahkan dia buat keputusan, dan taknak dia rasa serba-salah nak pilih successor dia. Lagipun mmg aku rase dia akan pilih mamat yg lebih ‘vocal’ & lebih berciri boss berbanding aku yang low profile & tgh pregnant ni. Logiklaa kan. So bermula dari itu hidup aku dipenuhi stress. Semua projek besar yang aku tgh collaborate dgn counterpart aku kat US kena handover dkt mamat. Time tu aku faham laa mungkin sebab nak menguatkan justification kepada big boss, & itu cara paling mudah nak halakan spotlight kat mamat ni. Aku pun sambil2 tunggu nak beranak lg 3-4 bulan redhakan ajee.. semua hasil kerja aku dalam folder mamat dah take over, ade skali tu mase presentation si mamat ni masukkan slide yg aku dah 2-3 minggu discuss dgn sifu aku, dah cantik2 buat flowchart utk org paham apa yg kami dah discuss & agreed upon, & present seolah2 dia yg buat. Muka aku dah merah padam waktu bos puji ‘hasil’ kerja dia tu, padahal boss aku ni lupe kot yg aku pernah cc slide tu kat dia.

Aku igtkan bila bertukar role, kitorang akan terus swap. Rupanya role aku yg penting sahaje pass kat mamat, role mamat yg picisan semua bagi kat aku. Yg penting dia keep lg. So mula lah hidup aku macam melukut di tepi gantang gara2 boss aku naik sheikh nak upkan si mamat ni.. Training2 leadership ke time management ke hape semua mamat ni yg attend. Sebelum ni training aku ngan mamat ni same aje bab2 softskill ni. Aku dgn mamat ni tak pernah bergaduh, tp bila jadi mcm ni mmg lah aku berat hati sikit nak tlg, nak2 mamat ni jenis tak reti bagi kredit kat org. Ala ala sapi gitu, heh. Mmg byklah die mintak tlg, sbb mane boleh carry sorang2 jobload tu. Lg pun main contact dgn US still aku, so utk dapat info dia perlukan input dari aku. Dalam seminggu, adelaa 2-3 kali aku call laki aku sambil menangis time drive kereta balik kerja. Yelaa, nak nangis depan2 segan lg time tu kahkah. So aku yg sebelumnya aktif membentang data dalam meeting sekarang cume krik2 sahaja.. Kadang2 bila diorang discuss problem yg aku tahu solution pun, aku diamkan aja.. Jahat? Mungkin juga. Tp kalau orang yg pernah mengalami, mereka tahulaa perasaan tak dihargai macam mana. Berhenti kerja? No no. Quitting is not an option. Lg pun aku masih byk yg mahu belajar di situ. Aku cuba kuatkan diri aku dgn buat perkara yang aku enjoy; study pasal plant, ade soklan tanye sifu, discuss pasal idea aku utk enhance current process, buat troubleshooting dgn sifu2 aku. Mat saleh ni salah satu ciri yg baik diorang ialah mereka tak anggap soalan kau bodoh walaupun depa dah kerja 20-30 tahun. Yang penting ko kena tunjuk effort & bukan jenis kena suap. Yang penting sebelum tanya, kena study & buat dulu. Any findings dari mini experiment tu bolehlaa buat kesimpulan sikit & propose apa yg boleh korang buat to make it better & mintak pendapat diorang. Even though email & teleconference aku dgn orang disebelah bumi sana meriah, physically di tempat kerja aku cuma hidup segan, mati tak mahu.

Kurang setahun lepas aku bersalin, big boss & geng-geng director lain dari US buat site visit.. of coursela, since dah kena cold storage ni nama aku dikecualikan dari beri ape2 presentation kat depa. Mamat rasenye ade 3-4 presentations, some of them project aku dulu laa. Hahahahampeh. Nak dijadikan cerita, pagi yg mamat tu patut present pasal ex project aku ni, dia emergency leave. Aku tak igt sebab apa, rasanya minor accident. So pagi tu boss aku pun dtglaa kat aku mintak aku present, masa tu ada dalam sejam sebelum meeting. So within that 1 hour aku pun tgklaa slide presentation mamat. Aku perasan ada graph yg difabricated utk kuatkan argument mamat ni. Slide yg tu aku ‘hide’kan. Gila kau nak menjawab dgn director pakai fake data? Dahlaa mamat edit tak kemas, nampak sgt ade bekas cut & paste kat graph tu. Gila betul. Kalau omputih tu sound aku pun terjebak sbb aku yg present. The presentation went well, & semua soalan diorang aku boleh jawab siap dgn evidence sekali. So bila habis session tu aku cakap laa aku ni just tolong present saje, tu bukan project aku. So director senyum je, die cakap ‘No need to be so humble. I know what you are working on with the folks in Texas’. Boss aku macam terpinga-pinga. Lantaklah dia. Sbelum balik US director tu jumpa aku, dia tanya aku ok tak, sbb ‘something smells fishy over here’. Aku cakap aku ok je. ‘I am an engineer, not a politician’. Kesian pulak boss kalau jd issue besar. Sbb biasness adalah sangat2 ditegah dan dikira sebagai major offense di company ni (mana2 US based company sama juga rasanya).

Beberapa bulan lepas tu mamat berhenti kerja sbb dapat offer kerja dekat hometown dia. Tambah lg mase tu aku dah tak support dia. Boss mintak aku jd successor die tp aku of courselah tolak. Project2 mamat ambil dari aku, akhirnya letak balik nama aku dalam system. Kebetulan beberapa minggu lepas mamat berhenti, project2 tu dah complete & boleh di’close’ dalam centralized system. Tp bila ko dah takde dalam company, system tu tak dapat process & pending for closure until ko nominate nama orang lain. Mula-mula serba salah jugak tp dah memang gitu procedure dia. Ilmu2 yg aku dapat sepanjang hampir 2 tahun ni aku dokumenkan & share dgn boss2 & colleagues. Pangkat aku naik utk technical ladder. Pengganti mamat dah ade, beza umur dekat 10 tahun dgn aku & aku takde problem dgn dia, malah akn cuba support selagi tak kena pijak kepala. Boss ada mintak maaf, & aku dah maafkan dia. So sekarang semua baik-baik aja. Aku pun dah lebih sedekad kat sini . Syukur sbb Allah bg aku kekuatan utk tempuh 2 tahun ‘dalam buangan’ tu, sebab byk hikmah yg boleh aku nampak.

Utk boss2, igtlah untuk berlaku adil.. tolonglaa jgn play favourite dgn anak buah. Tak salah utk melebihkan org yg awak rasa berbakat, tp jgnlaa sampai menganiaya anak buah lain. Utk org macam mamat, tolonglah jgn bolot sorang hasil usaha orang lain. Bukan suruh bayar pun, just bagilaa kredit walaupun sekadar menyebut nama. Kalau dah rezeki kita, jgn bimbang. Aku dah ikhlas nak bg ko naik, tak bersaing pun, tp jgn ambik kesempatan weh..

– didiey bkn nama sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Mimpikan Anak Syurga

PengakuanKu

Saya seorang ibu kepada Anak Syurga yang telah kembali kepada-Nya pada tahun 2015. Hanya sempat merasa kehadiran bayi dalam kandungan 9 bulan. Allah lebih lagi nak jaga anak ibu.

Kehilangan yang sentiasa dirindui walaupun tak sempat dukung, peluk dan cium anak ibu buat kali terakhir, hanya gambar scan baby semase dalam perut, gambar dan video semase baby dimandikan (dirakam oleh kakak) menjadi pengubat rindu seorang ibu kepada anak syurganya.

Selain gambar dan video untuk lepaskan rindu, ibu selalu berharap dapat berjumpa anak syurga ibu dalam mimpi.

Baru-baru ni tanpa ibu sedar ibu rupanya mimpikan anak syurga ibu. Dalam mimpi tu, ibu bersalin dan ade seorang bayi disebelah ibu. (mase ni ibu ingat,ibu mimpi bersalin anak ke 2). Tapi ibu pelik, dalam mimpi tu baby yang ibu bersalinkan tu da pandai dan agak besar sedikit. Pandai senyum, pandai ketawe dan pandai mengaji. Agak pelik kan… Sampai dalam mimpi tu ibu tampar muke ibu sendiri,adekah ini realiti atau mimpi… tibe-tibe ibu dikejutkan oleh en.suami… merengek,lapar lapar…. haizz kacau laa…baru nak mimpi lame-lame.

Esoknye, cerite pasal mimpi tu kepada mak. Terus mak cakap, tu mimpikan arwah Safiya la tu… tibe-tibe da besar pandai mengaji plak… mase tu baru terfikir, Ya Allah kalau betullah itu mimpi anak syurga ku, kau telah makbulkan doaku sebab aku berpeluang untuk peluk dan cium arwah Safiya…

Terima kasih ya Allah bagi rezeki Anak Syurga dan rezeki untuk berjumpa dengan anakku… dan rezeki zuriat ke 2 selepas 2 tahun melahirkan Arwah Noor Ariana Safiya…
Doakan saya ye :)

– Aliana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Monday, 28 August 2017

Mentaliti Orang Kita

PengakuanKu

Assalamualaikum, Ini kali kedua saya menulis di laman IIUM. Previous post, saya telah berkongsi pengalaman saya sebagai postgrad yang salah pilih SV. Kalini pula, saya akan share mengenai mentaliti orang kita dia alam pekerjaan.

Saya ditawarkan terlebih dahulu untuk bekerja sebagai pembantu makmal (kontrak) di salah sebuah universiti tempatan. Gaji tidak lah banyak. Sementara menunggu pekerjaan tetap, saya bekerja dahulu. Di setiap jabatan di universiti, pasti ada pembantu tadbir, ketua-ketua jabatan, dan baru lah saya dan lain-lain sebagai pembantu.Senang cakap, kuli lah. Pembantu tadbir bergred diploma sangat lah sombong dan memandang rendah terhadap kami. Saya tidak lah merasa kecil hati terhadap layanan, tetapi saya lebih bersimpati dengan pakcik-pakcik yang berjawatan rendah seperti pembantu dan tukang kebun. Mereka umpama sudah lali dengan cacian makian orang-orang atasan. Belum lagi para gadis-gadis, akak-akak, makcik-makcik yang mencuri tulang pergi ke mall untuk membeli tudung. Yang mereka tahu memberi arahan, complain dan mengumpat sesama mereka. Habis.

4 bulan saya bekerja, alhamdullilah saya ditawarkan bekerja di salah sebuah well-known company.Jawatan yang ditawarkan sangat bertepatan dengan landasan saya selama ini. Suasana bekerja di international company sangat lah berbeza berbanding sebelum ini. Mereka lebih terbuka, tetapi menghormati budaya timur kita. Disini saya bergaul dengan different races from different country. Langsung mereka tidak bertanya mengapa bertudung, mengapa pakai macamni. Tak seperti yang readers fikirkan. Tak semua company macamtu. Kami lebih berbincang mengenai kerja dan perkembangan semasa. Jauh berbeza di tempat dahulu. Yang saya dengar, asyik complain dan mengumpat. Bayangkan pasal tudung pon makcik-makcik boleh complain.

Rakan-rakan kerja sangat membantu. Saya fresh grad. Pengalaman bekerja hanya di lab. Saya tidak terdedah dengan suasana luar yang dimana kita akan berhadapan, berkomunikasi dengan CEO, Manager, Assistant. Semua membantu. Cita-cita saya untuk masuk government lepas grad dah pon lenyap. Mungkin kalau ada rezeki di kemudian hari, saya akan consider. Hehe.

Apa yang saya cuba ceritakan disini, banyak pengalaman yang rakan-rakan boleh peroleh di syarikat swasta. Dan anda lebih berfikiran terbuka apabila bercampur dengan bangsa-bangsa lain. Dan mereka lebih mengutamakan courtesy berbanding orang kita. Dan saya banyak belajar dari mereka. Dan mereka sebenarnya sangat menghormati budaya dan agama kita.

Sekian.
Orkid

– Orkid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Si Yatim

PengakuanKu

assalamualaikum, tq min post confession aku..

aku lelaki dan mcm mana yg aku tulis dalam tajuk, aku sorg yatim piatu dan bukan orang senang.

tulisan ini bukan nak menagih simpati atau pun riak sekadar berkongsi kalau ada yg baik amik lah kalau ada x suka abaikan.

aku student ipta di sebuah p.timur alhamdulillah skrg dah habis susah senang kat U aku je tau, aku tak cerita pada family sebab akau tak nak dorang risau aku yang jauh makan 5++ km ni.

aku bukan pelajar power, nak dekan satu sem pun aku x pernah tapi kat U aku banyak belajar benda diluar bilik kuliah, cara hidup berdikari ,cara cari duit, dan cara bersyukur. mungkin salah satu faktor kawan.. ya kawan main peranan sgt besar dalam kehidupan di kampus.

Aku pernah susah, sangat2 susah masa duk rumah sewa, terpaksa jual beberapa barang peribadi untuk bayar sewa rumah, terpaksa beli makan tengah hari bahagi separuh untuk makan malam, kadang terpaksa menangis tahan perut nak tgu esok dan makan. Tetibe rasa rindu zaman u. Alhamdulillah.. rezeki Allah. dan Dia bagi kesenangan lepas tu rezeki berpanjangan.

Oh yah, aku buat bisnes lepas tu dengan bantuan kawan, dan selama 4 tahun belajar aku dapat saving +- RM8k. dan lupa aku tak amik PTPTN, cuma bergantung tajaan daripada satu badan NGO yang bernilai Rm1.5k satu sem.

Masuk tahun 3, rezeki Allah kasi, pendapatan aku sebulan +- RM1K SYUKUR SANGAT bukan susah tapi kena usahakan,:aku pegang kata2 member aku, “kalau nak solat tahajud tiap2 mungkin tak mampu, tapi kalau dhuha waktu sianh ko tak buat ko loser’.

Sentap lah jugak, dan sangat berat nak buat mula2 tu tapi sekarang dah jadi amalan bila tak buat akan rasa rugi, and one thing believe me. power of Dhuha, hidup aku berubah seratus peratus bila amalkan pendapatan aku satu minggu tak kurang seribu kadang hampir 2k seawal 23 tahun ni.

best hidup, tapi cari lah pendapatan yg halal, agar berkat. aku bukan orang yg ramai orang kenal masa kat u.. tapi aku banyak belajar sistem perniagaan kat U aku tu. jadi manfaatkan masa muda anda terokai alam perniagaan. ramai aku tgk dropship, seller online kat u masing2. jangan risau kalau pulangan x banyak tapi risau kalau ko dah mula rasa malas nak berniaga.dont give up!!!

dan aku tolak beberapa tawaran kerja sebab aku selesa apa aku buat dan agak santai,. kerja cara kita

berniaga lah, sebabnya orang yang berniaga lebih dekat dengan tuhan lerana meletakkam segala kebergantungan rezeki pada Allah.

– si yatim piatu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Perlukah Berdikari?

PengakuanKu

Assalamualaikum. Apa yang aku nak share ni hanyalah benda simple tapi disusahkan hanya kerana tidak boleh berdikari. Sebelum tu aku perkenalkan diri sikit. Aku hanyalah seorang pekerja biasa bkn dengan kerajaan tp swasta shj. Umur aku lewat 20-an. Pengalaman bekerja masih belum sampai 5 tahun. Walaupun rezeki jodoh masih belum ada tapi Alhamdulillah Allah permudahkan aku dalam mendapatkan pekerjaan.

Aku masih ingat lagi, 2 hari selepas aku konvo degree, aku dah mula lapor diri dekat company milik chinese. Kerja yang aku dapat ketika itu memang mengikut bidang yang aku belajar zaman universiti dulu. Semasa aku kerja di sana, semua perkara aku cuba belajar sendiri. Contohnya penggunaan microsoft excel dan microsoft word. Yes, aku tahu benda2 tu basic tapi ada benda2 yang aku tak pernah guna dan perlu digunakan pada waktu itu. Dulu semasa aku kerja di situ, jangan haraplah orang nak ajar kau benda2 tu semua. Diorang pun sibuk dengan kerja sendiri inikan pula nak ajar kau benda remeh temeh macam tu. So, nasib baiklah sekarang ni zaman it. Kau cakap je nak belajar apa semua ada kat hujung jari tu hah..

Ada 1 perkara lagi yang aku belajar semasa kerja di sana, fotostat. Ya FOTOSTAT. Jarang sangat aku nak dengar, ” jom si A, saya nak ajar awak guna mesin fotostat”. Kalau ada, memang orang yang nak mengajar tu hidup dia time tu betul-betul rilex a.k.a tak ada kerja langsung ( ok itu dkt company yang aku kerja dulu ya! Kalau kt workplace korang tu mungkinlah ADA macam tu )……. so mcm mana cara aku belajar? Semasa ada orang guna mesin fotostat tu, aku cepat2 pergi ke sana dan tengok dan tanya macam mana kalau nak fotostat macam tu macam ni dan bla bla bla ((ini tentang mesin fotostat yang besar tu ok bukannya mesin fotostat yang skali dengan printer yang guna kt rumah tu..kalau yang tu petik jari pun blh tekan mcm tu je melainkan kalau printer tu rosak.hihihi.)) ataupun minta dengan supervisor or sesiapa yang arif pasal tu untuk bg ilmu tentang penggunaannya, set kan time dgn diorang bila blh luangkan masa. Alaa tak lama sangat pun, dalam 5 – 10 minit pun dah cukup. Then hasilnya 4,5 bulan kemudian aku pulak yang jadi tukang repair bila fotostat tu stuck..hahaha :’-)

Now, aku nak kongsi sikit pengalaman aku kat tempat kerja sekarang (2nd workplace after degree). Boss aku sekarang ni melayu. Alhamdulillah baik juga orangnya ( tapi baik sangat ni, orang masuk kerja tak sampai seminggu berhenti pastu bagi bayar gaji + ot pulak tu, kalau aku memang tak lah nak bagi sebab dalam kontrak pun mmg terang2 tulis xakn dpt klau xbg notis 2minggu bhenti) ok dah pasal boss aku tu.

Yg aku nak share sebenarnya pasal 2,3 orang pekerja yang bagi aku sempat kenal lah [sebab diorang semua dah resign dan juga diberhentikan…’-‘ ] ok apa yang aku boleh katakan diorang ada sifat yang lebih kurang sama dan berkaitan dengan apa yang aku ceritakan kat atas tadi. Contoh 1, Z tak pandai guna microsoft word. Boleh kata maybe 10% je kot dia tahu. Sebabnya dia tak tahu macam mana nak insert word, nak tukar color word or outline word tu, nak tebalkan outline word, nak insert picture (hah seriously?) Ya, dia tak tahu pun nak guna. Sebelum semua nak kutuk aku bajet pandai or whatever, meh nak cakap sikit Z ni ada kelulusan degree dr ipta. So, takkan lah tak pernah guna microsoft word dan tak tahu langsung cara nak guna? Logik ke? Mmg ada eh students sekarang yang tak pernah guna? Kalau nak cakap lupa, Z tu blh dikatakan masih freshgraduate, umur pun bwh 25.. hurmmm aku pulak yang pening.

Contoh 2, K tak tahu cara nak fotostat. Ok ini bukan mesin fotostat yang macam aku guna kt tempat workplace dulu tapi ini fotostat yang dkt printer macam yang dkt rumah punya. Printer tu jenama HP. Ok yang ni mungkin logik la sikit dia tak tahu maybe dia mmg tak pernah guna. So, aku ada la ajar dia jugak cara nak guna tu macam mana. Alaa setakat letak je kertas kat atas tu then click nak color or black..zreett zreett fotostat la. Macam aku ckp tadi petik jari je kalau guna yg ni ( bajet bagus sangat aku ni, angkuh gila..hahaha) ok dah. Then next 2 days, K tu cakap tak pandai juga nak guna, kwn kerja aku sorang lagi tlg la pulak ajar dia.. ptg tu pulak cakap tak tahu nak guna.. srh org tlg buatkan..hanginn aku, dah tu bila yang nak tahu gunanya? >:-(

Ok itu sahajalah dulu aku share dgn korang. Ada lagi contoh2 lain tapi dah pjg lebar sangat dah aku menempek disini. Saja je share ni, kot2 la ada yg terbaca kisah yang tak seberapa ni perangai lebih kurang macam ni. Harap2nya terbukalah pintu hati tu untuk tak bergantung pada orang lain sangat. So, anda rasa perlukah kita untuk berdikari? (Baca ikut intonasi iklan panadol..hihihi)

Cuba2 berdikari ya hensem dan cantik.. ;-) [sesungguhnya ciptaan Tuhan itu semua hensem dan cantik]
berdikari untuk masa depan diri sendiri juga ok ;-)

*Ya Allah ya tuhanku, ampunilah segala dosa2 si penulis ini jika ada yang terlebih kata yang tak sepatutnya tapi dinyatakan juga disini dan juga ampunkan lah segala dosa2 kami sebagai pembaca serta elakkanlah kami daripada fitnah antara satu sama lain*

Terima kasih kerana sudi membaca..^_-

– Ries

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Sibuk Dengan Side Income, Kerja Sendiri Diabaikan

PengakuanKu

As salam semua pembaca IIUMC. Terima kasih kepada admin seandainya coretan aku ini diketengahkan untuk tatapan. Ambil lah pengajaran yang baik dari penulisan ini. Seandainya tidak bersetuju dengan apa yang dicoretkan, terpulanglah. Itu hak masing masing. Selamilah hati nurani, carilah kebenaran yang hak dan hakiki.

Mencari sumber pendapatan tambahan adalah satu perkara yang bagus. Malahan ianya merupakan salah satu kaedah untuk meneruskan survival kita di dalam ekonomi yang teruk sekarang. Ramai yang merasakan betapa sempitnya hidup dengan hanya mempunyai satu sumber pendapatan untuk keluarga.

Aku sangat menyokong, malahan kagum dengan keazaman mereka untuk meningkatkan ekonomi hidup mereka.

AKAN TETAPI

Aku tidak bersetuju dengan pendekatan yang mereka lakukan untuk mencapai azam mereka. Setakat dari apa yang aku nampak berlaku di kalangan rakan sepejabat aku, itulah yang berlaku sekarang.

APA DIA???

“SIKAP KURANG MENGENDAHKAN KERJA HAKIKI TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MENGUTAMAKAN KERJA – KERJA TEPI”

Dapat gambarkan apa yang aku cuba sampaikan?? Konsep dia mudah je. Kerja pejabat kau lengah lengahkan tapi kerja tepi kau dahulukan.

Macam mana aku tahu? Sebab semuanya berlaku di depan mata aku sendiri. Sebelum ada antara kamu yang berkata “alahai…buat apa bising kat sini IIUMC ni. Baik kau cakap dengan diorang face to face terus. Kau tulis kat sini pun bukannya diorang baca”..

Aku bukan bebal. Aku dah face to face dan nasihat mereka one by one. Tujuan aku tulis di IIUMC ni adalah sekadar perkongsian, dan juga untuk menegur mereka yang berperangai sama di luar sana. Siapa yang makan cili dia yang terasa kepedasannya, betul tak?

Modus operandi mereka bagaikan skrip. Semuanya sama lebih kurang. Di dalam pejabat, dengan jelas aku boleh saksikan apa yang mereka lakukan, walaupun mereka cuba untuk menyorokkan perbuatan mereka itu. Contohnya:

Pekerja A merupakan seorang kerani. Pada hujung minggu beliau juga merupakan seorang jurugambar perkahwinan. Agak terkenal lah jugak namanya di daerah tempat aku tinggal ni. Sebagai seorang kerani sudah pastinya akan ada dokumen dokumen rasmi yang perlu diselesaikan. Dan selalunya dokumen dokumen itu akan melibatkan aku. Setiap kali tiba masanya aku minta untuk semakan, pastinya akan ada saja alasan.

“Belum siap lagi” atau “Tengah difinalisekan” atau “Nak siapkan laporan lain dahulu”

Sedangkan dalam masa yang sama aku lihat dari jauh si A khusyuk mengedit gambar2 pengantin dengan Photoshop saban hari menggunakan komputer pejabat. Macam mana nak siap laporan / dokumen kalau kamu sibuk mengedit gambar pengantin sepanjang masa??

Pekerja A dah ditegur oleh aku dan diberi amaran.

Pekerja B pula merupakan seorang ustaz di pejabat kami. Dalam masa yang sama pada waktu malam, beliau akan mengadakan kelas tusyen Bahasa Inggeris. Hebat ustaz ni. Bila bersembang tak lepas dari selitan tazkirah. Ramai yang kagum.

Masalahnya, beliau rupanya selalu gunakan masa bekerja untuk membangunkan modul modul tusyennya. Sedangkan dalam masa yang sama, kerja kerja hakiki beliau di lengah – lengahkan. Bila dikejar dateline baru terkejar kejar. Kalau masa meeting selalu pula “berjaya” melarikan diri. Bila diberi tugasan adhoc ada saja alasan untuk menepis. Sangkaan awal mungkin kerana beliau benar benar sibuk tetapi ternyata tembelangnya sudah pecah.

Ustaz ini juga dah ditegur oleh aku dan diberi amaran.

Itulah contoh yang boleh aku berikan. Ada beberapa lagi yang wujud di dalam pejabat aku tapi tak perlulah aku tulis semuanya. Kamu semua pun boleh bayangkan macam mana kisahnya. Yang jual tudunglah, yang MLM lah, Public Mutual lah…macam macam. Ada yang bijak mengurus masa. Tapi ramai juga yang melakukan aktiviti kerja tepi pada waktu pejabat tanpa sekelumit rasa bersalah timbul di hati. Guna waktu pejabat untuk bukak system online bisnes mereka sebagai contoh. Semuanya aku dah jumpa dan nasihatkan. Mereka nak dengar, dengarlah. Siapa lagi yang nak menegur kalau bukan kawan sendiri.

Kenapa jadi macam ni ya? Itu kan amanah yang telah diberi kepada kita. Adakah kerana terlalu selesa dan yakin bahawa kerja tetap itu setiap bulan gajinya masuk? Maka tak kisahlah kalau tak perform pun? Tidakkah kamu terfikir akan keberkatan gaji tersebut? Ingatlah bahawa PEMECATAN itu benar belaka saudara dan saudari, pakcik dan makcik. Jangan disalahkan majikan jika itu berlaku. Tidak mustahil. Tiada majikan yang akan membiarkan wujudnya kanser didalam organisasi.

Akhir kata, tak salah untuk mencari sumber pendapatan sampingan. Asalkan jangan sampai mengganggu fokus kamu pada kerja yang hakiki. Kerja itu dituntut haknya dari kamu dengan setiap sen yang dibayar. Jangan buta hati kerana duit. Beringatlah.

p/s: Aku yakin tindakan aku ini akan dibenci. Lantak pi lah. Aku dah jalankan tanggungjawab.

– Sang Pemerhati.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tips Belajar Matrikulasi

PengakuanKu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin dan readers iium confessions. Aku harap post ni dapat memberi manfaat dan membantu adik2 yang belajar di matrikulasi untuk skor. Sebagai pengenalan, aku merupakan bekas pelajar matrik aliran sains (program satu tahun). Aku cuma dapat 4A dalam SPM. Masa dapat tawaran matrik, aku memang bersyukur sangat .Aku nekad untuk menebus kegagalan aku semasa SPM dan ubah cara belajar aku memandangkan silibus matrik agak padat dan diberi masa yang singkat. Ni tips2 nya:

1. Kena pandai cari kawan
Peranan kawan memang sangat penting. Carilah kawan yang tak lokek ilmu dan selalu bersemangat nak belajar . Confirm ada. Nanti baru korang semangat nak belajar dan boleh saling mengingatkan antara satu sama lain. Elakkanlah gaduh2 ke apa. Jangan asyik nak berkawan sampai pelajaran terabai. Ingat, belajar kat matrik ni sekejap je. Jangan buang masa fikir hal remeh temeh.

2.Belajar dengan cara yang betul
Ada orang dia suka belajar sendiri dan ada juga yang suka buat study group. For me, kalau nak buat study group tu better dalam dua tiga orang je. Takut nanti sembang je lebih tapi belajar ciput. Kalau nak belajar sorang pulak better ada orang berdekatan yang korang boleh rujuk bila tak faham ataupon catat dulu terms yang tak faham lepastu tanya kat lecturer atau kawan kemudian.

3.Bijak Urus masa
Masa kat matrik sangat pack. Kelas dari pukul lapan pagi sampai empat petang. Tu belum lagi kalau ade kelas tambahan yang lecturer buat sebab nak habiskan silibus. Kalau aku dulu, lepas habis kelas petang tu aku selalu beli makanan bungkus untuk dinner dan makan kat bilik je. pastu rehat kejap, solat ,mandi dan terus buat homework. Sebab aku rasa buang masa sangat nak masuk keluar bilik. Baik buat homework(sentiasa banyak) or study.

4.Jangan paksa diri sangat
Kalau otak dah rasa full sangat atau dah mengantuk sangat berhenti la dulu. Rehat ke tidur dulu. Jangan buang masa, buang tenaga. Bukan masuk pon apa korang study tu bila dah tak boleh concentrate. Lepas dah rasa okay, sambunglah study balik.

5.Manfaatkan hujung minggu
Setiap hujung minggu confirm lecturer korang bagi banyak homework. Lab report la apela. Time aku dulu, aku memang pagi2 sabtu ahad tu dah siap2 pergi sarapan dan belajar kat luar bilik( luar library etc.). Sebab aku pantang tengok katil je rasa nak tidur( lagi2 hari cuti).Hari hujung minggu tu biasa aku settlekan segala homework lepastu study tajuk2 yang aku lemah lagi yang dah belajar minggu tu. Takdelah semua, tapi aku lemah math jadi aku memang banyak fokus kat math. Alhamdulillah, dari C meningkat ke A.

6.Fokus dalam kuliah
Jangan sesekali ponteng kuliah. Sebab dalam satu kuliah lecturer akan ajar banyak benda, pernah lecturer aku habis kan satu bab sehari. Dan fokus dalam kuliah. Dahla masa pack, kalau tak fokus ni bila pulak korang nak study balik. Jangan main phone dan borak dengan kawan masa lecturer mengajar. Masa malam pulak baca balik apa korang belajar supaya tak lupa balik.

7.Jaga hubungan dengan semua
Jaga hubungan dengan tuhan, ibu bapa, lecturers, kawan2 dan semua orang yang korang jumpa. Selalu call parents, minta restu dan doa. Jaga adab dengan semua orang. Rajin minta maaf bila buat kesalahan.

8.Buat latihan
Untuk subjek2 mengira macam math dan chemist tu banyak2kanla buat latihan. Baru senang ingat.

Dah tu je kot setakat ni. Alhamdulillah aku dapat pointer yang hampir2 dengan 4flat dan aku dapat sambung dalam bidang yang aku nak. Terima kasih sudi baca penulisan aku ni. Aku minta maaf kalau ada typo yang aku terlepas pandang. Kepada adik2 yang masuk matrik, ingat ni je peluang untuk ubah masa depan korang. Lagi tinggi result korang, lagi banyak kemungkinan untuk korang dapat sambung bidang yang korang nak untuk peringkat degree. Teruskan usaha dan jangan mengalah!

– Budak matrik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Diet dan Family

PengakuanKu

Yes memang zaman sekarang ramai orang diet. Sampai tak makan malam, i mean tak makan nasi just makan roti,
buah and others. But this situation can relate with family relationship tau. Kalau fikir balik, celah mana nak direlatekan?
I have one story just want to share with you guys. its happened to me. Lately my adik beradik tak makan malam,
just lunch and malam hanya makan biskut-biskut je itu pon makan dalam bilik. Pernah sekali hanya my parents je yang
dinner. Yang lain duduk dalam bilik main phone scroll insta, FB.

Then situasi ni berlarutan berminggu-minggu. One day, i jerit dari meja makan ‘jom makan’, adik beradik i
semua kata tak makan. Maybe ayah i rase macam tak kene, yelah emak i masak penat- penat, masak banyak
sebab ingatkan semua makan lepas tu yang makan hanya sorang dua je. Baik tak payah masak, makan luar je
kalau gitu. Sebenarnya, makan reramai satu family satu meja dapat rapat ukwah lah dikatakan. Yes, memang
semua orang tau tu. But disebabkan diet, nak kurus, jaga berat badan, bende ni jadi.

Malam tu i tetiba teringat kawan i ade beborak pasal parents dia. Parents dia keje kerani biasa je. Gaji bole la
nak tanggung satu family. parents dia sanggup tahan makan lunch, just makan roti or bende ringan-ringan
untuk alas perut sebab nak makan dinner satu family dekat rumah. Nak ambil berkat and nak beborak dengan
anak beranak. I pikir entah- entah perents i pon macam parents kawan i tak makan lunch. After that day, i paksa
adik beradik i makan dinner. I kata ‘kalau diet pon, makan lah sikit sian emak masak penat-penat’. Nasib baik diorang paham.

So, i nak bagitau sister brother semua. Makan lah dinner dengan family satu meja. Makan makanan air tangan
ibu confirm sedap. Its worth tak ada rugi apa-apa. Kalau takut berat naik sebab makan nasi time dinner, exercise la.
Kalau makan then tak lupa exercise, berat ok punye lah. Just think about your relationship dengan family. Takut rindu je nanti……

– Cik Yid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Powered by Blogger.