Tuesday, 1 August 2017

Jenis-jenis Perawat di Malaysia

PengakuanKu

Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh¬!

Hari ni,aku nak berkongsi pengalaman aku pergi merawat di merata tempat,dan dirawat oleh beberapa orang perawat yang berbeza. Tak perlulah aku cerita dari awal kenapa aku perlu pergi merawat dengan siapa. Cukuplah korang yang membaca ni tahu yang aku pernah mengalami gangguan oleh jin hingga menyebabkan aku nampak makhluk-makhluk yang tak sepatutnya aku nampak.

1- Perawat yang tak ada ilmu yang tepat untuk merawat pesakit yang hijabnya terbuka.

Waktu tu tahun 2015,pertengahan tahun,pada malam jumaat… Itulah hari pertama dan kali pertama hijab aku terbuka. Masa ni abi baru keluar hospital dan ada consult ubat-ubatan alternatif dengan seorang kenalan. Kita namkan kenalan abi ni S. S ni pulak kenal dengan seorang pengamal Reiki. Aku memang tak tahu dan tak faham Reiki tu apa,tapi aku anggap benda tu macam chakra jelah,nak bagi senang.

Masa ni,aku sekeluarga sangat clueless kenapa aku boleh nampak makhluk-makhluk tu tiba-tiba. Disebabkan kami curious,terutamanya ummi… Kami ambil keputusan cubalah dengar pendapat Doktor Reiki ni. Setelah consultation personal dengan doktor tu malam tu,doktor tu menyimpulkan bahawa hijab mata aku yang terbuka tu adalah satu anugerah dan semulajadi terbukanya. Malam tu aku sedikit gembira,sebab aku rasa macam… Ada jugak sesuatu yang istimewa pada diri aku!

Little did I know that it wasn;t special at all,nor that was a gift.

2- Perawat yang menggunakan ilmu yang tak sepatutnya atau menggunakan perantaraan/menurun.

Kisah 1 : Ini berlaku sebelum abi masuk hospital…

Abi sangat benci perkataan hospital dulu. Aku ingat lagi yang abi memang tak nak pergi hospital walaupun sakit teruk,sampai ke tahap abi sanggup pergi berubat dengan pengamal ilmu yang tak mengikut syariat. Aku dengan ummi memang cukup bengang,tapi akur dengan kehendak abi. Apa yang membuatkan ummi dan aku yakin yang manusia tu perawat yang tak bertauliah ada beberapa sebab :

Isteri dia yang sambut kitorang tu tak pakai tudung.
Kami sekeluarga datang waktu maghrib,jadi memang tumpang solat dekat situ. Azan kuat kat luar,tapi yang solat cuma aku,adik dengan ummi.
Manusia tu sibuk mengutuk cara muazzin mana entah melaungkan azan,siap mengejek lagi.
Dia kata dia boleh buat pembedahan batin.

Dia ada bagi ubat apa entah dekat abi,dan lepas tu keadaan abi makin teruk. Tak lama lepas tu,abi mengalah dan masuk jugak ke hospital lepas kitorang call ambulans. Masa abi dekat ICU,doktor cakap kuman abi sampai 200 dan abi berkemungkinan maut. Allah je yang tahu betapa aku dan ummi sedih waktu tu. Balik ke rumah untuk rehat sekejap,kitorang cek satu kotak ni. Tengok dalam tu dah berpuluh kotak kecik ubat yang manusia tu bagi dekat abi. Ummi yakin ubat tu yang buat keadaan abi jadi lagi teruk. Sebabkan au sakit hati,aku mintak izin ummi nak buang nombor manusia tus enyap-senyap dekat telefon ummi.

Kisah 2 : Ini kejadian baru-baru ni…

Baru-baru ni hijab aku terbukak balik,dan atuk ialah salah seorang insan yang paling risau dengan keadaan aku. Disebabkan kerisauan atuk yang memuncak tu,atuk panggil anak saudara dia untuk datang tengok keadaan aku. Malam tu abi keluar jemput ummi balik dari khusus pukul 9 lebih. Aku dekat rumah dah tak sedap hati bila atuk bagitahu yang sepupu abi,U datang lepas Isyak nak ‘rawat’ aku. Aku memang tak tsiqah dekat pak cik U ni,sebab aku dah pernah pergi rumah dia. Tengok keadaan rumah dia,aku dapat negative + gloomy vibe.

Pukul 10 lebih,baru ummi dengan abi sampai. Lepas pukul 10.30 (atau lepas tu…),pak cik U tu tiba-tiba terpelanting ke belakang. Lebih kurang macam kena tolak dengan sesuatu. Lepas tu,dia menggigil-gigil dan menangis. Anak dia yang dekat sebelah tulah konon-kononnya macam tenangkan ayah dia ke apa entah. Aku pun tak tahu. Aku yang memang tengah pasang ayat Ruqyah Mishary masa tu sengaja kuatkan lagi,nak biar dia panas. (Aduhai diri,tak matang gaya kau masa tu!) Dah nak dekat 40 minit,baru pak cik U tu okey.

Maka,bermulalah sesi soal jawab. Aku rasa nak gelak dekat muka pak cik U tu dengan anak dia,sebab satu pun tekaan dia tak kena pada situasi aku. Aku tahu jelas situasi aku sebab aku pernah berubat dengan seorang ustaz sebelum ni,memang kerap aku pergi untuk diruqyah ustaz tu sebab ustaz tu seorang yang thiqah (boleh dipercayai). Pak cik U tu suruh aku pakai tangkal,aku tolak mentah-mentah. Aku siap tanya depan-depan nak buktikan yang pak cik tu pakai perantaraan. Terus ummi cubit aku dari belakang. Dia pesan lagi jangan baca ayat surah Yasin yang mula dengan kalimah salamun tu… Kata dia,ayat tu akan buat hijab makin terbukak. Aku tanyalah,habis tu macam mana aku nak baca surah Yasin setiap hari Jumaat? Terus dia dengan anak dia dumbfounded,lepas tu speechless.

Dia terangkan pulak lepas tu langkah rawatan yang seterusnya. Kena kumpul 7 botol air daripada kolah masjid yang lain-lain,dan kena mandi bunga nak naikkan balik semangat. Abi beria-ria tanya itu ini,adik pulak dah pucat dekat belakang aku sebab tengok pak cik U tu menurun. Ada beberapa pengajaran yang aku nak korang ambil daripada kisah 2 ni :

1- Berhikmahlah dalam bercakap walaupun korang nak mempertahankan akidah depan perawat yang tak bertauliah macam ni,dikhuatiri dia hantar apa-apa pulak pada korang.
2- Banyakkan berzikir dan kuatkan iman supaya korang kuat semangat bila berhadapan dengan situasi macam ni. Kalau tak,jadi pucat dan lemah macam adik aku nanti.
3- Banyakkan menuntut ilmu agama supaya korang tak mudah terpengaruh macam abi aku,dan korang dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

Suka aku nak sebut dan highlight,sesungguhnya berubat jarak jauh adalah tidak dibenarkan dalam ISlam! Ini mak aku sendiir tanya dekat ustaz yang rawat aku tu.

3- Perawat yang BNU (baru nak up).

Aku gunakan istilah BNU sebab istilah tu sangat dekat dengan diri aku yang merupakan seorang remaja ni. Apa yang aku maksudkan dengan perawat yang BNU ialah perawat yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran,dan doa-doa pilihan dalam rawatan mereka,akan tetapi rawatan mereka KURANG BERKESAN. Kenapa kurang berkesan? Mungkin disebabkan mereka masih lagi mentah dalam dunia rawatan Islam,ataupun mereka masih tak banyak pengalaman merawat orang walaupun dah berkecimpung lama dalam dunia rawatan Islam. Sebab-sebab lain,Allahhu aa’lam.

Aku ada jumpa 2 ke 3 ke 4 orang perawat dalam kategori ni. Perawat pertama kategori ni yang aku jumpa ialah semasa tahun 2015 di Darussyifa Shah Alam,seksyen 11. Ustaz tu ‘scan’ aku dan abi dengan ayat Ruqyah,dan bila dah habis sesi rawatan. Ustaz tu terangkan beberapa perkara,sampailah kepada bab hijab mata. Dia kata yang hijab terbukak ni cuma mereka yang sejak lahir boleh nampak dan mereka yang dah nak mati. Ustaz tu selamba kata filter mata aku rosak sebab tu aku nampak benda-benda tu. Aku tak tahu kenapa,tapi aku terasa sangat dengan ayat ustaz tu sampai aku jadi menyampah dengan ustaz tu,sampailah tahun 2017 ni haa. Balik ke rumah,aku memang tak ada rasa beza apa-apa. Aku masih boleh nampak.

Perawat ke-2 pulak ialah saudara ummi. Rawatn ni baru je lagi berlaku .Ustaz ni pun baru-baru jugak berkecimpung dalam dunia rawatan Islam. Macam biasa,sesi rawatan berjalan. Kemudian sesi buat kesimpulan pulak berlaku. Saudara ummi tu kata,aku ni hati kosong sebab tu jin mudah masuk dan buat aku boleh nampak benda-benda. Dia jugak salah tafsir mimpi aku pasal air. Habis berawat dengan ustaz ni,aku tak ada rasa perubahan sangat pun. Macam tu jugak keadaan aku.

Apa yang aku boleh simpulkan tentang perawat BNU ni,mereka biasanya akan buat kesimpulan yang paling simple dan mudah bila kau pergi berawat dengan mereka. Diorang akan secara halusnya mempersalahkan kau atas gangguan yang berlaku pada kau. Kebiasaannya jugak diorang tak akan depat detect jin yang mengganggu korang ni berasal daripada keturunan (saka),ataupun jin tu suka dekat korang,ataupun lain-lain.

4- Perawat yang thiqah.

Perawat pertama yang dengan izin Allah membantu aku sembuh daripada jin yang nak berdamping dengan aku tu ialah Ustaz Asy-Syahidi. Ustaz ni memang berkebolehan,Alhamdulillah. Orangnya suka senyum dan memang peramah. Ustaz ni jugak takkan bagitahu secara detail tentang gangguan yang berlaku pada korang tu melainkan keadaan korang severe. Tapi,secara umumnya dia memang takkan cakap jin yang mengganggu korang tu ialah keturunan atau mendatang. Dia tekankan apa yang perlu pesakit fokus hanyalah nak sembuh,bukan mencari punca mana makhluk tu datang. Ustaz Syahidi ni kalau merawat pesakita perempuan,dia memang takkan sentuh kulit. Langsung tak sentuh!

Kalau korang nak pergi berawat dengan dia,aku memang galakkan jumpa ustaz Syahidi daripada korang pergi berawat dengan perawat kategori 1 dan 2 (mungkin jugak 3). Tapi aku warning awal-awal,ustaz ni memang sibuk memanjang. Jadi cepat-cepatlah contact dia dan set tarikh kalau nak pergi berubat.

Perawat kedua yang memang aku thiqah ialah ustaz Azhar,salah seorang pensyarah dekat CFS IIUM. Ustaz ni gunakan lada hitam dan juga satu batang besi waktu merawat pesakit. Aku suka ustaz ni sebab dia mesra student. Dialah perawat pertama yang buat aku rasa tersentuh sebab dia faham dengan jelas situasi aku. Dia ada pengalaman 18 tahun dalam dunia rawatan Islam. Ustaz ni waktu baca ayat-ayat Al-Quran,dia baca dengan qiraat. Jadi itu satu pengalaman yang agak baru dan menarik buat aku. Kalau korang ada ahli keluarga yang masih lagi student yang ada gangguan,aku galakkan bawak pergi jumpa ustaz ni.

Aku nak korang tahu yang perawat yang thiqah ada 2 ciri-ciri penting. Pertama,dia merawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kedua,dia merawat dengan menggunakan suara yang nyaring ketika membaca ayat-ayat Ruqyah. Aku harap penulisan aku ni dapat menambah ilmu korang dan membukak mata korang dalam aspek nak pergi berawat. Sekian,terima kasih dan assalammualaikum. Last but not least,maaf kalau tertypo dan terkasar bahasa.

– Oetoriya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.