Assalamualaikum,
Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Nama aku N. Sedang menuntut di salah satu ipta di semenanjung. Berumur awal 20an dan seorang anak sulung dalam keluarga.
Apa yang aku nak ceritakan ini mengenai family aku. Family aku sederhana tetapi semua serba cukup. Tetapi satu family aku tak solat. Adalah solat kadang-kadang. Macam ayah aku tak pernah langsung solat.
Mak aku kadang solat. Kadang tak. Adik2 aku pun sama. Aku dulu macamtu tapi sekarang dah cuba untuk solat 5 waktu. Adik2 aku yang kecik lagilah tak ada galakan untuk mereka solat atau ajak solat sama-sama.
Aku sedih family aku macam tak utamakan agama sangat, tak tekankan pentingnya solat. Kadang aku pernah hadiahkan sejadah/buku2 agama/telekung dekat family aku untuk bagi hint suruh solat & jaga solat. Tapi hampa.
Aku teringin sangat nak solat berjemaah satu family macam family kawan baik aku buat. Seumur hidup aku tak pernah sekali pun kami solat berjemaah satu family dan berimamkan ayah. Itu sahaja impian dalam hidup aku.
Al-quran tak payah cerita lah. Sepanjang aku duduk rumah masa cuti semester boleh dikira dengan jari berapa kali aku dengar alunan al quran dalam rumah ni. Serious aku sedih.
Then, yang aku sedih parents aku ni main nombor ekor (judi). Mereka sorokkan daripada aku tapi aku tahu. Aku terdengar perbualan mereka. Siap cakap nak beli makanan guna duit yang dapat hasil daripada judi tu.
Seterusnya, bila ada majlis doa selamat. Apa yang aku dengar daripada ceramah & aku ada bertanyakan beberapa orang ustaz & ustazah, tak boleh gunakan kemenyan ketika ada majlis doa selamat. Asap kemenyan tu adalah makanan jin & syaitan (correct me if i wrong). Tapi family aku still mengamalkan adat baca doa selamat sambil membakar kemenyan. Aku tak sure itu syirik atau tidak.
Parents aku hanya hantar kami adik beradik ke sekolah agama dan mengaji sahaja untuk menuntut ilmu agama. Dan serahkan bulat-bulat tugas itu kepada ustaz & ustazah. Tidak ditekankan sangat ilmu agama di rumah.
Disebabkan tidak mengutamakan agama, family aku macam terumbang ambing. Asyik bergaduh. Bila tengah makan, depan rezeki asyik bertikam lidah. Mulut kadang selalu keluar sumpah seranah mencarut terhadap diri masing-masing.
Daripada apa yang aku perhatikan, family aku susah sangat nak murah rezeki. Maybe faktor jarang bersedekah jugak. Dulu aku tak solat, tak jaga aurat, tak jaga ikhtilat, buat maksiat. Tapi sekarang aku perlahan lahan nak berubah dan nak ajak family aku berubah juga. Tapi aku tak kuat. Penat sangat.
Mohon bagi pendapat dan pandangan. Terima kasih.
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment