Assalam. Kalau tulisan aku ni disiarkan aku ucapkan terima kasih. Apa yang aku nak sampaikan ni panjang sikit dan kalau nak baca boleh teruskan. Ni apa yang berlaku pada adik aku dan turut terkesan kepada aku dan keluarga.
April tahun lepas, aku balik kampung hujung minggu. Mak aku bagitahu adik aku ni nak sangat belajar jurusan maritim. Dia dh siap pergi karnival pendidikan mara kalau tak silap aku. Banyak la universiti awam mahupun swasta yang berkampung kt situ nak tarik budak2 lepasan spm. Ada baiknya jugak untuk bg pendedahan pada diorang ni. Minat kursus ape, kolej mana yang nk pergi. Boleh tanya macam-macam mane yang xfaham.
Adik aku ni result dia okay la jugak. Dia dh apply pun upu sebenarnya tapi tak menyabor. Dalam byk2 kolej dia blh pilih nak masuk Netherland Maritime Institute of Technology kat Johor Bahru.
Balik rumah dia bagitahu mak aku. Tapi mak aku tak setuju sebab dia kalau boleh nak adik aku ambik bidang kemahiran. Dia pujuk ayah pulak. Siap bawak ayah pergi karnival tu. Kebetulan masa tu aku balik kampung. Mak aku suruh aku pergi pulak. Yelahkan orang marketing cakap semua nk gebang. Kau abis belajar dik, kerja nanti gaji besar kau tengoklah yuran pun mahal, bukan calang-calang2 kursus ni tau. Haha adoi. Dahlah diploma je pun yuran 100k. Dia cakap xpe dik, pinjaman mara ada jangan risau. Kalau result adik cemerlang mara akan bagi diskaun.
Balik rumah aku bagitahu mak aku, aku pun tak setuju. Aku pun kalau blh nak adik aku belajar universiti awam. Takdelah yuran sampai 100k! diploma je tau. Aku yg habis blajar sampai degree ni pun tak sampai 50k tau.
Adik aku ni memberontak la jugak. Last-last nak tak nak terima jelah dia nk blajar kat situ. Tak masuk lagi ni dia dh mintak bayaran RM500. Kat sane kene sediakan 3k untuk pendaftaran.
Adik aku ni belajarlah kat sana. Ayah aku masih lagi bg duit belanja sebab pinjaman dalam proses lagi. Adik aku ckp senior dia dah nk habis belajar masih tak dapat pinjaman.
3 sem berlalu, universiti call adik aku. Dia cakap yuran dh 50k dah ni. Kene bayar dulu sikit. Dan diorg cakap kalau boleh kene bayar sekurang-kurangnya RM1500 sebulan pada universiti padahal adik aku masih belajar di sem 3. Ayah aku bagi duit belanja RM1000 pd adik aku setiap bulan dan kalau kene bayar pada universiti pulak jadi RM2500? Kesian ayah aku. Dan kawan-kawan adik aku yang keluarga diorg tak mampu nak tanggung berhenti belajar macam tu je dan bayaran 3k mase pendaftaran tu burn macam tu je.
Aku nak nasihatkan adik-adik lepasan spm dan ibu bapa, jangan terpedaya dengan kolej/ universiti swasta ni. Bukan zaman aku belajar diploma dulu tahun 2008. Dapat pinjaman mara kalau cgpa 3.5 ke atas jd biasiswa, kalau cgpa 3.0 ke atas mara bagi diskaun bayar 10% je beb. Sekarang dh takde! Pilihla universiti awam. Kalau tak layak masuklah politeknik ke, giat mara ke sebab yuran tak semahal universiti swasta!
Kak A
– Kak A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment