Wednesday, 23 May 2018

Berkat Sabar dan Doa

PengakuanKu

assalamualaikum admin,aku harap confession aku ini disiarkan sebab aku nak ceritakan tentang sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku. First aku kenalkan diri aku seorang perempuan berumur 20 an. Alhamdulilah aku baru je menamatkan diploma aku di salah sebuah ipta. Ini merupakan kali kedua aku ambil diploma dalam hidup. Selepas SPM aku ditawarkan di salah sebuah ipta yang sangat famous dikalangan orang melayu kita. Malangnya aku dapat kos yang bukan minat aku. Selama 4 sem aku bertahan untuk habiskan diploma aku tapi akhirnya aku gagal. Aku gagal untuk menghabiskan pengajian aku yang berbaki setahun je lagi (tak termasuk kalau aku kena extend haha). Aku telah menghampakan impian mak ayah aku untuk lihat aku berjaya seperti kakak dan abang aku. Bukan aku saja saja nak give up. Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk cuba minat kos yang aku belajar tu tapi aku tak boleh. sampai satu tahap aku rasa diri aku bodoh sangat. aku study siang malam tapi keputusannya tetap hampa. Selepas aku keluar je dari ipta tersebut,aku dah buntu apa nak jadi dengan diri aku. Aku nak berjaya seperti orang lain. dapat mengenggam segulung diploma itu dah cukup bermakna bagi aku. saat aku down,tak ramai kawan yang bagi semangat kat aku. semua marah dan hina aku mcm2. cakap aku buang masa belajar tak habis. membazir duit. ada jugak yang cakap kau nak jadi apa nanti kalau takde diploma. sumpah wehh setiap hari aku menangis. aku hampir give up dengan hidup aku tapi aku yakin perancangan Allah itu lebih baik . aku ambil keputusan untuk sambung pengajian di sebuah ipta yang kebiasaannya budak lepasan SPM taknak masuk. mesti korang tahu kan.

saat aku melangkah masuk untuk minggu suai kenal,aku tekad dalam diri aku yang kali ini aku mesti berjaya untuk dapatkan segulung diploma. mak ayah aku pesan cukup sekali je gagal,jangan ulang kesilapan yang sama. setiap sem aku strunggle untuk dapatkan keputusan yang cemerlang dan alhamdulilah aku tak pernah ada subjek yang fail setiap sem. setiap kali aku selesai solat,aku berdoa supaya aku dapat habiskan pengajian 3 tahun ni dan dapat mengembirakan mak ayah aku. aku juga berdoa semoga aku dapat pekerjaan yang bagus selepas aku tamat pengajian nanti dan dipermudahkan segalanya.. btw masa aku sambung diploma yang kedua ni,ramai je yang mencemuh aku,,cakap dah tua baru nak ambil diploma ke ? ada jugak yang pandang hina kat aku. tapi aku tak kisah. lantaklah orang nak cakap apa. yang penting aku tahu apa yang aku nak dalam hidup aku dan aku akan usaha untuk dapatkannya.

alhamdulilah sekarang aku dah dapat kerja dalam bidang aku yang belajar jugak. aku sempat menggangur sebulan je selepas aku habis belajar hari tu. Allah permudahkan segalanya untuk aku. walaupun aku lambat berjaya dari orang lain,tapi rezeki yang aku dapat hari ini adalah lebih dari aku sangkakan. alhamdulilah jugak aku dapat kerja berdekatan dengan rumah aku. dapatlah aku berbakti pada kedua orang tua aku. Allah itu maha adil. Dia makbulkan setiap doa kita. yang penting usaha dan jangan pernah putus berdoa. buat adik adik yang pernah gagal dalam pelajaran,ingatlah gagal sekali bukan bermakna akan gagal selama lamanya. jangan pernah dengar kata-kata orang yang nak menjatuhkan kita. yakin dengan diri sendiri. usaha dan doa itu penting. inshaAllah Allah akan tolong kita.

sekarang aku dalam perancangan untuk sambung part time degree. bukan aku taknak buat yang full time tapi aku sayang nak berhenti kerja. kerja yang aku dapat sekarang dh cukup okay bagi aku. lagipun zaman sekarang semua company nak yang ada pengalaman kerja. Doakan aku supaya aku dapat mengenggam segulung ijazah satu hari nanti. Di bulan ramadhan ni jugak aku berharap Allah akan makbulkan doa aku supaya dipercepatkan jodohku. aku ada minat kat seorang mamat ini tapi pintu hati dia belum terbuka untuk sesiapa lagi. setiap hari aku berdoa yang pintu hati dia akan terbuka untuk aku. doakan aku ye kawan-kawan supaya Allah bukakan pintu hati si dia untukku. terima kasih kerana sudi membaca kisah aku yang tak seberapa ini. salam ramadhan dan selamat berpuasa.

-Cik Bunga

– Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.