Sunday, 13 May 2018

8 Bulan Mengajar Hidup

PengakuanKu

Assalamualaikum

Firstly, aku kenalkan diri aku dulu.. panggil aku Mia.. aku lulusan ijazah dari sebuah universiti awam dia belah pantai timur iaitu negeri kelahiran aku.. aku anak bongsu dalam keluarga..adik manja kepada abang abang aku..

Setelah tamat belajar, aku mulakan kerjaya sebagai ejen insurans.. enam bulan aku mencari langkah dalam kerjaya di bumi kelahiran aku.. selepas enam bulan aku dapat tawaran kerja sebagai account assistance di ibu kota.. aku terima tawaran tu dan decide untuk teruskan kerja sebagai ejen insurans di ibu kota.. pada mulanya agak susah untuk meyakinkan ibu ayah serta abang abang untuk melepaskan aku hidup sendirian di ibu kota kerana selama 26 tahun aku hidup aku belum pernah berjauhan dengan mereka.. secara mudah aku memang tidak pandai berdikari..

Disini lah LAPAN BULAN YANG MENGAJAR ERTI HIDUP aku bermula.. aku hanya mampu bertahan bekerja sebagai account assistance selama dua bulan … honestly aku tak mampu bertahan dengan tekanan yang diberikan oleh majikan bukan dengan tekanan kerja.. tapi aku ambil keputusan untuk terus menetap di ibu kota dan meneruskan kerjaya sebagai ejen insurans.. alhamdulillah aku mampu bertahan dengan kerjaya yang aku pilih walaupon pendapatannya yang tak seberapa (maklum ler based on commision).. tapi dalam menempuhi hidup pasti ada cabarannya..

masuk bulan ke tujuh aku berada di ibu kota, aku mula lost. aku mula lost apabila orang yang selalu membantu aku dalam kerjaya sebagai ejen takaful mengambil keputusan untuk berhenti dalam kerjaya nya.. aku gelarkann dia sebagai cik nur….oh lupa, pada mula mula di ibu kota aku terjatuh hati dekat seorang lelaki ni.. dia salah seorang kenalan aku dalam kerjaya ejen insurans ni… dia tahu tentang perasaan aku.. pada mulanya, tindak balas positive terlihat dari pihak beliau..

okey sambung cerita pasal cik nur, selepas cik nur stop dalam kerjaya insurans kehidupan aku agak kelam kabut.. kewangan aku semakin merosot serta pada masa yang sama cinta yang aku harapkan dari si dia rupanya palsu.. kehidupan aku terus kelam..

aku mengambil keputusan untuk bercerita tentang semua ini kepada abang aku.. dalam menangis abang aku cakap, balik lah dik.. kita sama sama susah dekat rumah.. bina balik hidup dekat dengan keluarga.. dan pada masa itu lah aku sedar, aku bukan seorang yang kuat. dan tempoh lapan bulan aku di ibu kota benar2 mengajar aku erti hidup yang sebenar… dimana mengajar aku untuk lebih menghargai keluarga dan mengajar untuk aku kembali kepada yang maha berkuasa.. selama aku mencari balik arah hidup, hanya kepada NYA aku memohon doa..

kepada cik nur, terima kasih mengajar saya untuk menjadi ejen terbaik dan segala kasih sayang cik nur.. hanya tuhan yang mampu membalasnya..

kepada si dia, terima kasih kerana awak mengajar saya untuk menilai balik diri saya yang sebenarnya dan saya doakan awak dapat apa yang awak impikan

sekarang , aku dah mulakan hidup baru bersama keluarga dan masih berkerjaya ejen insurans di bumi kelahiran aku sendiri..

TQ
_Mia

– MIA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.