Monday, 21 May 2018

Buntu Balas Jasa Mak

PengakuanKu

Assalamualaikum semua dan Selamat Berpuasa. Straight to the point, tujuan aku bercerita dekat sini tak lain tak bukan untuk minta pandangan yang luas jika ada yang pernah berpengalaman macam aku.

Aku dan isteri baru mendirikan rumahtangga lebih kurang setahun setengah, Ekonomi kitorang nak kata mewah tu takdelah sebab bila combined gaji berdua adalah below 6K, tapi alhamdulillah cukup lagipun kitorang belum ada anak lagi. Awal tahun haritu kitorang decide untuk pindah ke flat low cost di Kota Damansara sebab bila kira-kira dalam setahun yang lepas, keputusan kitorang menyewa dekat kondo adalah keputusan yang sangat salah. Semuanya sebab apa? Ye, sebab kitorang taknak orang lain tengok kitorang susah, tak mampu atau erti kata lain cikai. Duduk kondo ni nak invite kawan datang pun sedap, lepastu mak aku pun seronok cerita dengan sedara-mara anak dia duduk kondo, so pejam je mata bayar sewa kondo even tengah bulan sesak yakmat.

Nak dijadikan cerita, pertengahan tahun lepas isteri aku berhenti kerja sebab kesihatan dia merudum siap keguguran lagi. Masa tu kesian jugak dengan dia jadi aku suruh dia duduk je rumah jaga makan pakai aku, bila dia rasa dah sihat and nak kerja, bolehlah kerja. Sepanjang aku sorang je kerja, memang terasa beban sebab komitmen dari kongsi bayar berdua, tinggal aku sorang je yang kena bayar. Isteri pulak time jadi housewife memang tak demand apa-apa, shopping pun tak. Hari-hari dia masakkan bekal breakfast, lunch and kudap-kudap untuk aku bawak pergi ofis. Tapi tulah, benda ni dalam diam membuatkan mak aku upset sampai dia malu if sedara mara find out isteri aku tak kerja. Kadang-kadang depan-depan dia boleh reka cerita isteri aku pergi kursus la, seminar la like my wife masih berkerja. Takpelah, hanya sabar sahaja yang mampu aku pujuk isteri aku.

So, since dah menyewa rumah murah ni dapatlah aku bernafas sikit even awal-awal dulu mak aku mcm tak setuju sangat duduk sini sebab kawasan dia lain sangat dengan kondo dulu. Ye lah dah nama pun flat kan? Kat sini ada konflik sikit bila mak aku mcm malu if orang tahu kitorang duduk sini. Tapi xpelah sebab rezeki ni kita tak sangka. Awal tahun haritu isteri pun alhamdulillah dapat tawaran kerja. Jadi time ni lah aku lapang sikit nak merancang kewangan untuk nak beli rumah, bayar ptptn and nak ada baby. Fyi, kitorang berdua 28 tahun. Untuk lebih penjimatan, kitorang berdua naik motor pergi kerja dan bawak bekal. Struggle jugaklah bila kena time hujan tu memang lencun habis, tu belum lagi tiba-tiba motor rosak.

Bila kewangan kitorang dah stable sikit ni, tipulah kalau takde rasa atau niat nak balas balik jasa mak bapak kan? Lagi pulak, time kawin dulu aku baru 6 bulan kerja so parents aku macam tak merasa lagi hasil aku kerja tu. So slowly aku try bayar hutang-hutang time aku sempit dulu, and bila nampak keadaan mcm ni, mak aku memang sangka kitorang banyak duit. Benda ni membuatkan aku serba salah bila ada masa aku tak dapat nak tunaikan permintaan dia mcm bawak jalan-jalan setiap minggu, bagi duit shopping, bawak bercuti. Sebab apa? sebab bajet kitorang memang cukup-cukup je, kos minyak kos tol semua diambil kira and everything kena plan. Sampai satu tahap, mak aku selalu mengungkit pasal duit yang dia habiskan untuk kenduri aku dulu, duit yang habis selama dia hantar aku belajar. Sometimes dia mengungkit jugak kenapa aku nak kawin awal sangat even baru kerja, kira macam pengorbanan dia tu tak berbaloi sebab aku tak dapat tunaikan permintaan dia. Pedih jugak bila dengar, tapi nak buat macam mana, aku bukan berkira tapi kewangan setakat tu je.

Aku sampai sekarang buntu nak fikir, macam manalah aku nak balas jasa mak aku ni sampai dia rasa cukup. Hari-hari aku berdoa supaya rezeki melimpah ruah so that apa yang mak aku nak, aku boleh bagi. Dia pun tak perlu susah hati nak compared anak dia dengan anak orang lain. Bila dia cerita anak orang lain bagi 7-8 ratus sebulan aku krik-krik je la sebab tak mampu nak bagi macam tu, hidup dengan isteri pun dah sehabis jimat. Lagipun dengan umur mcm ni, kerja pun baru 2-3 tahun, mustahil aku nak capai financial freedom. Aku ingat kalau ekonomi tahun ni bertambah baik, aku nak carik kerja lain dengan gaji yang tinggi, harap-harap bolehlah buat hati mak aku senang and sedap sikit dia cerita dekat sedara mara. Kalau tak memang aku dengan isteri kerap sahaja diperli sebab menyewa rumah yang murah dan kecik. Hehehe.

So, korang doakanlah aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah supaya aku dapat gembirakan hati mak aku and buatkan dia rasa proud ada anak macam aku. Sesiapa yang ada pengalaman macam ni, mintak share pendapat dan pandangan apa yang korang buat untuk balas jasa mak korang. Mak korang rasa terbalas tak? Ok, thanks! Selamat Berpuasa.

– Ahmad Faiz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

About the Author

PengakuanKu / Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.