Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya siarkan confession ini.
Firstly, I am very sorry to all. Aku pure melayu. Tapi aku gigih nak merojakkan bahasa aku. Bagi aku, english words ni boleh buat aku lagi rasa motivated. Sebab tu tajuk aku letak in english. Aku tak tahu taste orang lain macam mana. Tapi aku menulis ni untuk aku sendiri dan untuk semua yang sedang struggle dengan hidup masing-masing.
Everyone have their own struggle. Dari masalah kecil mahupun besar. Dari yang masih baby mahupun yang dah bertongkat tiga. Dari yang sihat mahupun yang sakit. Kita semua sedang cuba untuk survive. Because this life is all about survival. Tiada yang terkecuali. Hatta binatang dan tumbuhan pun struggle untuk hidup. You are not alone.
Kau tak akan pernah terkecuali dari merasa susah. Susah cari duit. Susah nak belajar. Susah nak berkawan. Susah nak berjalan. Susah nak terima kekurangan diri. Susah nak adapt dengan rata-rata manusia yang banyak ragamnya. Susah nak buat pilihan. And the list is goes on. Tak akan pernah stop.
Give up is only excuses. Alasan untuk kau malas berusaha. Alasan kau malas nak memperbaiki apa yang kurang. Alasan untuk kau mengelak dan lari dari masalah. Pernah tak bila kau putus asa, semuanya jadi baik-baik saja? Semuanya kembali normal. Atau masalah tu kekal tergantung without settle down? Tapi kau terus move on dari masalah tu. Tanpa kau sedar it will happen again, repeatedly in your life. Nak tak nak you will have to face it. Again and again.
I will share a quote that everyone already knew and dah lali pun. “Disebalik kesusahan itu ada kesenangan.” This quote, nak tekankan, please please please dont ever ever ever giving up easily. Kau tak akan nampak sinar kemenangan kau kalau dari awal kau dah putus asa. Ibarat kau naik Bukit Broga separuh jalan. Kau tak akan nampak keindahan di atas puncak sana. The view is really nice and so peaceful. Sape yang hiking separuh jalan tu, you will regret it.
You know what its mean when i said, ‘everyone is struggling’? They are just like you. Kalau kau struggle nak cari jodoh, aku struggle nak cari kerja. Kalau kau struggle nak sabar dengan perangai orang yang annoying, aku struggle nak improve diri aku jadi lebih positif.
Kau kena faham. This life is more than what you are thinking. Your problem is not gonna end today, it is continuous. It will never end. You need to be prepared. Setiap masalah yang kau kena hadap sekarang, tak lain tak bukan nak menguatkan kau untuk akan datang nanti. Kita tak akan pernah tahu apa lagi dugaan yang Allah nak bagi lepas ni. Bahkan boleh jadi something yang perlukan lebihhh effort untuk kau bersabar dari putus asa.
Whatever you are facing right now, fight! Dont give up! Jangan dengan mudah kau nampak lemah. You have to be strong. Allah tu Maha Tahu. Dia tahu setakat mana kau mampu. So, apa pun yang Dia bagi dalam hidup kau, bukan untuk kau easily mengalah. Tapi, Dia nak kau tahu kau lebih lebih lebih lebihhhh dari mampu. Dia jentik kau sikit je tu. Dia nak suruh kau ‘Tolongggglah bersabar.’. Allah nak ajar diri kita ni jadi lebih kuat untuk hadapi our upcoming obstacles. Yes macam aku mention sebelum ni, masalah tak akan pernah stop menghantui hidup kita. Nak tak nak, running away from your problems is just melambat-lambatkan masalah kau untuk settle je. Buang masa kan? So, nak putus asa atau keep on fighting? You choose. Its depends on you.
You are not the only one yang tengah susah. Luar sana ramai lagi yang jauhhh lebih terseksa dari kau. Kau kena terima hakikat ni.
Kalau kau sedar, in everything that happened semuanya mesti akan buat kita back to The Creator. Kerana dari Allah lah semuanya datang. Dan kepada Allah lah kita perlu meminta pertolongan. Hidup kita ni cuma bergantung dengan Allah je. Kalau Allah tak bagi, tak dapatlah apa yang kita nak. Dekat akhirat nanti pun, kita masing-masing akan jadi selfish. So, dengan siapa lagi masa tu kita nak bergantung?
Jangan rasa helpless. Allah tu tak kejam sampai nak memudaratkan hidup kau. Mesti ada sebab kenapa. Mesti ada benda Dia nak sampaikan dekat kau. Masa ni lah kau kena perbaiki balik hubungan kau dengan Tuhan. Allah tahu saja dengan bagi kau masalah lah baru kau nak cari Dia. Dia rindu nak dengar luahan kau. Jangan segan dengan Allah. Jangan rasa diri kau hina untuk memohon pertolongan dari Allah. You deserved it. Allah is our Creator. Letakkan sepenuhnya kebergantungan kita pada Allah. Tak rugi sikit pun.
Setiap hari keep on do reflection on your life. Dari sini kau akan melatih diri kau untuk jadi lebih positif dan hadapi hari esoknya dengan lebih professional dan matang. Kadang-kadang ada kurang tu biasa. Kita ni manusia biasa je. Tak perfect pun. Tak sempurna. Tak akan selalu smooth je dalam hidup ni. Ada masa kita berada di tempat tinggi. Ada masa kita dekat bawah. Ada masa tengah elok-elok jalan pun boleh tersepak tunggul. Biasalah mata tengok depan je tak boleh focus dekat semua benda. Sebab kita tak sempurna. Halangan tu akan datang dengan tiba-tiba.
Sesuatu yang kau dah mulakan, dont stop. Unless its harming yourself or others. Keep fighting. Aku tak suka diri aku jadi loser and i bet takde orang pun suka dia jadi loser. Someone yang sentiasa berusaha lagi elok dari someone yang duduk diam takut nak melangkah. If you do nothing then you will get nothing. Ya lah nak hasil apanya kalau kau sendiri tak usaha. Even benda tu kau rasa susah yang amat sekali pun, itu bukan point untuk kau mengalah.
Give up is the worst thing ever that you should not do. So, impress yourself with your keen to be strong in whatever you do. Nothing will lost, unless you keep missing it. Your life is fully depends on how you handle things.
P/s Pardon my poor english. Kalau ada yang tak sampai tu, sorry sangat-sangat. I will keep improving my vocab and grammar.
– Siput
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment